BAB 29

6.1K 261 3
                                        

"Aku terima nikahnya Shafiza Nerissa binti Shariff dengan mas kahwin sebanyak 12 ribu ringgit beserta seperangkat alat solat dibayar tunai." Selafaz Aizat dan dia sudah bergelar suami kepada Fiza.

Gugur air mata ku tatkala Aizat sudah melafazkan akad nikah.

"Assalamualaikum bidadari syurga." Aku tersenyum ke arah si suami dan diberikan tangan agar Aizat menurunkan cincin.

Aku menunduk menyalami tangan kasar tu dan ketika aku mengangkat muka, Aizat mencium ubun ubun ku lama.

KETIKA aku berjalan mahu ke dapur entah bagaimana kaki kanan ku terpelecot dan terseliuh.

"Aduh" Kebetulan Aizat yang melangkah masuk ke dalam rumah meluru ke arah isterinya.

"Sayang kenapa ni?" Soalnya risau.

"Tiba tiba kaki terpelecot ." Aizat tanpa buang masa terus mencempung tubuh ku ke tingkat dua. Terkejut aku dibuatnya.

"Slow slow" Aizat meletakkan ku secara perlahan lahan di atas katil.

"Sini biar abang tengokkan kaki." Katanya seraya membahasakan diri sebagai abang.

"Abang?" Hairan ku dibuatnya.

"Yes call me abang because i am your husband."Katanya sambil mengurut kaki ku perlahan. Aku tersenyum kecil melihat nya.

"Tahan, sekejap ja ni." Aku dah pelik apa dia nak buat.

"ARGH!"Tangan naik menekup mulut dan memandang ke arah wajah kosong Aizat. Digerak kaki ku dan tidak terasa sakit.

"Eh eh dah lega." Terukir senyuman manis di bibir ku. Digerak ke kiri dan kanan.

"Mana hadiah untuk abang lepas abang dah urut kaki hm?" Jejaka tu menjongket keningnya dan bangun berdiri.

"Hadiah? Hadiah apa?" Tanya ku hairan. Urut kaki pun nak hadiah bagai. Tak ikhlas langsung!.

"Sini cium" ditunjuk ke arah pipi kanan nya. Aku mengeleng tidak mahu.

"Come on sayang. Dapat pahala tau cium suami." Diukir senyuman nakal nya ke arah Fiza. Aku mengetap bibir menahan malu. Walaupun mereka berdua sudah sah tapi dia malu!.

"Kalau taknak, biar abang ja cium sayang." Pipi kiri milik ku pantas dicium olehnya. Terkejut beruk aku disebabkan perbuatan nya secara tiba tiba.

"Aizat!" Geram dia dengan lelaki ni.

"Siapa Aizat?" Soalnya.

"Awak lah."

"Siapa awak?"

"Eish abanggggg" Tersenyum Aizat melihat rengekkan isterinya. Tahu pun nak emosi. Ditarik perlahan kepala tu ke perutnya dan diusap sayang kepala Fiza.

"Izinkan abang buka tudung sayang eh." Aku menganguk dan kedua tangan Aizat mula bergerak mencari pin tudung.

Dilepaskan secara perlahan lahan tudung tersebut. Rambut isterinya yang diikat diuraikan.

"Cantik" tangan kanan nya mengusap perlahan pipi kiri ku. Terasa selesa bila diusap bergitu.

"Mengantuk sayang?" Soal Aizat bila melihat Fiza memejamkan mata dengan melentokkan kepalanya di tapak tangannya.

"Rasa ngantuk bila abang usap." Terbit senyuman di bibir jejaka tu. Isterinya suka dibelai.

"Come bangun bersihkan diri dan tukar baju lepastu tidur." Mata dicelikkan semula dan bingkas bangun untuk membersihkan diri.

AIZAT menjongket keningnya ke arah Fiza bila gadis tu seperti tidak mahu naik ke atas katil.

"Come sayang. Kenapa berdiri dekat situ? Tadi mengantuk kan?" Aku menganguk.

"Tapi Fiza maluuu" aku memuncung bibir. Jejaka tu tergelak kecil.

"Don't worry babygirl, come baring sini abang dodoikan." Aku dengan teragak agak melabuhkan pungung di atas katil dan merebahkan badan secara perlahan lahan.

Jantung ku berdetak laju bila si suami turut membaringkan badan nya. Tangan kanan dijadikan tongkat kepala dengan posisi mengiring ke arah ku.

"Close your eyes sayang." Aku pejam mata tatkala tangan besar Aizat naik mengusap pipi ku perlahan.

Diratah segenap wajah yang sedang tidur. Kening yang semula jadi terukir petak tu buatkan dia geram untuk mengusap. Ibu jari nya naik mengusap kening tu.

Dikucup sayang pipi gebu tu sebelum turut meletakkan kepala di bantal. Pinggang ramping Fiza ditarik rapat ke arahnya.

"Sleep well milo."Perlahan sahaja suara garau tu membisik di telinga si isteri walaupun dia tahu Fiza tidak mendengar.

SUAMIKU ENCIK COLD [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang