BAB 28

5.3K 216 3
                                    

Pada malam tu mereka semua mengadakan majlis berinai dirumah keluarga Aizat dimana aku sedang duduk bertimpuh berhadapan dengan akak Aini untuk melukis inai di kedua tangan ku.

"Inai dah siap, Fiza jangan bergerak pun tangan ni tau. Tunggu sampai kering." Aku menganguk faham.

"Wah akak Aini, Ari pun nak jugak." Kami berdua menoleh ke arah adik Aizat yang mahu mengukir inai juga.

"Sebelah ja tau, Ari nanti nak sekolah mana boleh berinai."kata ku sambil tersenyum manis dan gadis tu menganguk kepalanya.

"Fiza nak makan buah apple? Mama suapkan." Aku pandang ke arah mama yang datang membawa sepinggan buah apple yang telah dipotong.

"Tak apa ke ma? Tak menyusahkan?" Mama Azura mengeleng kepalanya tanda tidak dan bersedia untuk menyuap ku.

"Mama dah macam ibu Fiza. Baik sangat." Terasa rindu terhadap arwah ibu. Jika ibu abah masih ada pasti mereka bahagia bila melihat satu satunya anak perempuan mereka bakal bernikah.

"Anggap ja mama macam ibu kandung Fiza lagipun Fiza akan jadi salah satu ahli keluarga ni." Mama Azura memeluk ku dari tepi.

"Oh ya ma, Aizat mana? Tak nampak pun dia." Dari tadi lagi bayangan jejaka tu tidak nampak.

"Ada dekat luar tengah sembang dengan kawan dia." Aku angguk faham.

"Haii bestiee" Aulia dan Sumayyah duduk bersilah disebelah ku. Mereka berdua menyalami tangan mama Azura terlebih dahulu.

"Tak apa lah mama nak pergi dapur sekejap. Korang borak lah dulu." Kami bertiga memandang pemergian mama Azura sehingga hilang disebalik dinding dapur.

"So how bestiee rasa macam mana dah nak bergelar isteri ni?" Sumayyah tersenyum sambil menjongket keningnya berkali kali.

"Nervous lah jugak. Tak sangka sekejap ja kitorang dah nak kahwin padahal kenal tak sampai setahun." Sungguh aku tak percaya apa yang jadi sekarang. Mengenali jejaka tu secara tidak sengaja dan menjadi PA pada nya malah sekarang jejaka tu akan menjadi suami nya!.

"Tudung kau senget ni." Aulia memperbetulkan tudung sahabatnya agar kemas semula.

"Thanks"ucap ku dan Aulia mengangguk. Nak buat macam mana dah tangan tak boleh gerak.

"Malam ni kau tidur sini?" Aku menganguk dengan pertanyaan Sum.

MALAM itu aku merebahkan diri ke atas katil untuk merehatkan diri yang terasa letih. Mata dipejamkan untuk tidur.

"Ma, Fiza dah tidur ke?" Soal Aizat dan dibalas anggukan oleh si mama.

"Eh kamu nak pergi mana tu?" Tanya Mama Azura bila melihat anak lelaki nya naik ke tingkat dua.

"Naik tidur lah kan Fiza dah dalam bilik." Balasnya dengan riak biasa.

"Aizat oii kamu berdua belum halal lagi! Tahulah tak sabar tunggu petang besok lah. Kamu tidur dekat bilik bawah." Aizat tepuk dahi kerana terlupa. Dia ingatkan dirinya dengan Fiza sudah halal.

"Lama lagi lah Aizat boleh peluk isteri." Katanya dengan nada sedih. Mama Azura menjulingkan mata tanda menyampah.

"Malam besok peluk jelah sekarang pergi tidur. Now!" Tegas suara mama nya dan Aizat segera berlari masuk ke dalam bilik di ruang tamu.

PETANG itu aku berdiri di hadapan cermin dengan perasaan yang gelisah. Ditarik nafas dan dihela perlahan.

"Eh kau belum siap?" Aku menoleh ke arah Aulia dan Sumayyah.

"Belum. Korang baru sampai?" Mereka berdua menganguk dan mendekati ke arah ku.

"Pergilah pakai baju pengantin. Sekejap lagi orang nak makeup kau dah nak sampai." Aku segera mengambil baju pengantin tu dan dibawa ke dalam bilik air.

SUAMIKU ENCIK COLD [C]Where stories live. Discover now