"Kau dah lega ke demam?" Tanya Sum dan dibalas anggukan oleh ku.
"Lega dah sikit tapi boleh lah ni nak pergi kerja." Kata ku dan tangan kanan naik mengetuk dagu.
"Hm Aulia boleh aku minta tolong?" Aulia menjongket keningnya menandakan apa dan aku ukir senyuman sinis.
TELEFON yang berdering segera dikeluarkan dari poket dan aku pandang wajah Aizat. Jejaka tu seperti biasa tidak kesah.
"Eh hai sayang, kenapa call ni." Sengaja aku mahu melihat reaksi Aizat. Aku nampak tangan kanan nya sudah terkepal erat.
"Oh nak ajak lunch kejap lagi? Boleh sayang." Aku mengatur langkah keluar dari bilik Aizat.
Jejaka tu pandang tajam ke arah Fiza yang duduk dikerusi. Rahangnya bergerak gerak menandakan marah.
Senyuman di bibir Fiza ketika berbual dengan seseorang di hujung talian menyemarakkan lagi marah nya yang sedari tadi terbakar mendengar Fiza memanggil orang tu dengan panggilan sayang.
"Kau call dengan siapa?" Terkejut aku yang sedang menaip di papan kekunci. Dipandang ke arah Aizat yang bersandar di muka pintu.
"Boyfriend saya. Kenapa boss?" Soal ku dengan wajah yang bingung padahal rasa nak gelak ja sekarang.
"Ouh" Dia menganguk dan berlalu pergi. Aku berkerut dahi. Tak menjadi ke plan aku dengan Aulia?!!.
"Shit" rambut diraup ke belakang.
"How can she have a boyfriend. What the fuck of this?" Nafasnya memburu dengan kasar.
"Fuck!" Dihela nafas kasar dan ditenangkan dirinya terlebih dahulu namun dia tetap mahu marah. Diatur langkah ke bilik Fiza semula.
"Siapa bf kau." Tajam renungan mata kelabu tu. Aku dongak memandang nya.
"Kenapa boss nak tahu lagipun kita tak ada kaitan." Rahang Aizat bergerak gerak. Bibirnya ukir senyuman sinis.
"Okeyh kalau kau taknak bagitahu. We will see" Ditegakkan badannya sempat di smirk ke arah ku.
"Takkan lah dia nak cari tahu siapa bf aku. Hah sudah macam mana kalau kantoi." Aku pegang kepala dan diraup kasar wajah ku.
Aku pandang ke arah bilik Aizat dan mata kami bertembung. Senyuman sinis terukir di bibir jejaka tu.
"Lingkup plan aku." Aku menunduk rapat ke meja. Nafas dihela perlahan.
"Fiza masuk bilik saya sekarang." Arahnya.
"Besok aku nak kau bawa pakaian kau. Aku nak pergi pahang untuk tengok kawasan dekat sana."Katanya dan aku menganguk faham.
"Berapa hari?"
"4 hari. Kalau selesai awak kita balik awal." Aku angguk lagi dan dia buat isyarat jari untuk aku keluar.
"Amacam jadi tak plan kita tadi?" Tanya Aulia dan duduk di sofa berhadapan dengan ku.
"Jadi tu jadi tapi masalahnya dia macam nak cari tau siapa bf aku. Jahanam lah macam ni." Kepala yang tidak gatal digaru. Tergelak Aulia dan Sumayyah.
"Apa yang aku tahu dari boss aku si Aizat tu bukan calang calang orang. Dia cepat peka walaupun kita ada sembunyi kan sesuatu." Tutur Aulia dan aku sudah gelisah.
"Korang dua tak ada ke kawan lelaki yang boleh jadi bf fake aku sekejap?" Soal ku. Biarlah fake pun janji plan menjadi.
"Aku ada nombor Hizwan. Rasanya dia boleh tolong." Aku tersenyum lega.
"Nanti kau send nombor dia dekat aku." Sumayyah menganguk sambil mengangkat simbol okeyh.
YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK COLD [C]
RomanceAIZAT ARYAN : Berwajah yang ketat setiap masa mampu buatkan orang ramai gerun dengannya. Dingin? semestinya!. Pantang ada yang melawan cakap nya pasti ditengking. SHAFIZA NERISSA : Gadis lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bertemu pula dengan je...