Aizat yang mendengar ketukan pintu tu memandang ke arah bilik Fiza dan tidak semena mena bibirnya diketap kuat.
Jejaka tinggi lampai yang dia tidak tahu siapa tersenyum manis ke arah Fiza bergitu juga dengan gadis tu membalas senyuman sang jejaka.
"Jom lunch sayang. Kesian kesayangan saya ni tak makan lagi." Hizwan berkata sedikit kuat ketika melalui depan pintu bilik boss aku.
"Awak belanja eh" aku sengih ke arahnya dan Hizwan menganguk sedangkan yang berada di dalam bilik sana sudah seakan mahu meletus.
"Her boyfriend?" Aizat ukir senyuman sinis. Dari segi raut wajah dia dapat mengagak sesuatu.
"Tu ke boss awak? Ketat betul muka dia." Kata Hizwan dan aku hela nafas sebelum menganguk.
"Dah cuba nak lembutkan hati dia tapi tak dapat. Itu yang saya buat plan gila macam ni nak tengok apa dia akan buat." Jelas ku dan dibalas anggukan faham oleh Hizwan.
"Tak apa saya tolong lagipun girlfriend saya pun okeyh saya tolong awak." Aku sedikit terkejut mendengarnya.
"Oh dah ada girlfriend? Maaf lah ya saya janji benda ni akan selesai sekejap ja." Hizwan hanya tersenyum sambil menganguk. Air lemon tea dihirup perlahan.
AKU mengatur langkah masuk ke dalam office semula dan kendengaran suara garau tu memanggil.
"Fiza, come here." Aku dah teguk air liur bila mata tu tajam sahaja. Kaki mengorak langkah masuk ke dalam biliknya.
"Ya boss kenapa?" Wajah dikawal sehabis baik seakan tidak ada apa apa.
"That your boyfriend?" Aku angguk perlahan.
"Or fake boyfriend?" Kening ku bertaut hairan. Hah sudah jangan cakap dia tahu.
"Real lah boss mana ada fake." Aizat tergelak kecil tapi bukan ikhlas, lebih kepada sinis.
"I know Shafiza Nerissa. Kau ambil fake boyfriend sebab takut plan kau hancur kan? I am right girl?" Dia bangun dari duduknya dan mendekati ke arah ku. Terundur aku beberapa langkah.
"Bila masa pula saya ambil fake boyfriend. Dia memang bf saya lah boss." Aku tetap dengan pendirian ku walaupun rasa nak meraung ja sekarang bila rancangan seakan mahu hancur.
Aku berundur sehingga hampir saja mahu jatuh ke sofa namun sempat Aizat menahan pinggang ku.
"Don't lie me Shafiza. I don't like cheaters. Just to be honest sayang." Berdegup kencang jantung ku tatkala mendengar dia memanggil sayang. Air liur ditelan sedaya upaya.
"Taknak jujur hm?" Didekatkan lagi wajahnya. Nafas ku sudah tidak teratur bila jarak kami sangat dekat bahkan mahu melarikan diri tidak dapat.
"Okeyh fine saya ambil fake boyfriend. Puas hati boss?" Terukir senyuman sinis di bibir nya. Ni aku tak suka bila dia senyum macam tu.
"Nothing you can hide from me Shafiza. Petang ni jam 5 kita pergi Pahang. Do not be late." Tegas suara nya dan melangkah ke meja kerja semula.
"Kau boleh balik pukul 1 sekejap lagi." Aku hanya diam saja dan diatur langkah keluar dari bilik tersebut. Aizat pandang ke arah PA nya.
AULIA berkerut dahi bila melihat sahabatnya sedang memasukkan baju dalam bag.
"Kau nak pergi mana ni Fiza? Kau nak tinggalkan kitorang ke? Janganlah takkan lah disebabkan plan kau hancur kau nak tinggalkan kamiii" Aulia peluk erat kedua kaki sahabatnya. Hampir saja aku nak tumbang namun sempat memegang tilam.
"Aish kau ni Aulia. Aku bukan nak tinggalkan korang berdua. Aku kena pergi Pahang sekejap lagi. Takkan lah boss korang tak pergi jugak? Diorang dua kan kawan Aizat." Aulia terdiam dan mendongak memandang wajah Fiza.
"Eh ha ah lah! Aku terlupa patutlah dia bagi aku balik awal harini." Berdesup Aulia keluar dari bilik ku. Tergeleng kepala aku melihat nya.
![](https://img.wattpad.com/cover/319711946-288-k807190.jpg)
YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK COLD [C]
RomanceAIZAT ARYAN : Berwajah yang ketat setiap masa mampu buatkan orang ramai gerun dengannya. Dingin? semestinya!. Pantang ada yang melawan cakap nya pasti ditengking. SHAFIZA NERISSA : Gadis lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bertemu pula dengan je...