BAB 34

5.4K 240 0
                                        

"Yow sahabat, lama tak jumpa bila dah kahwin ni." Kata Sum dan aku mengukir senyuman sambil melabuhkan pungung di kerusi berhadapan Sum serta Aulia.

"Korang dua bila lagi? Macam lah aku tak tahu yang korang sedang dalam fasa nak mengenal antara satu sama lain." Memerah wajah Sum serta Aulia.

"Erm adalah Luqman cakap nak jumpa family aku." Sumayyah tersengih. Aku menganguk faham. Tak lama dah la ni nak makan nasi minyak.

"Sama lah Aydan pun dan kau macam mana? Okey ke berumah tangga?" Tanya Aulia dan lemon tea dihirup perlahan.

"Alhamdulillah okey ja. Si Aizat tu tak habis habis usik aku. Boleh blushing tiap tiap hari macam ni." Tergelak Sum dan Aulia.

"Masa awal nampak kemain ketat ja muka eh rupanya sweetalker." Ujar Aulia.

"Itulah. Tadi nak datang jumpa korang pun kemain banyak dia soal. Risau ada lelaki katanya." Tergeleng kepala sahabat ku. Air milo ais dihirup perlahan.

"Kuat cemburu jugak ke suami kau tu Za?" Soal Sumayyah. Aku menganguk perlahan.

"Boleh tahan kuat cemburu jugak lah. Ni aku nak ajak bergosip sikit pasal dia." Kedua sahabat ku sudah tak sabar sabar mahu mendengar.

"Korang tahu tak si Aizat tu cemburu dengan bantal busuk aku tu sebab aku selalu peluk dia. Punya lah malam tu aku cari tak jumpa rupa rupa nya dia sorok dalam bilik kerja dia." Mahu tersembur Aulia yang mendengar cerita kawannya.

"Bantal pun cemburu? Kau peluk jelah suami kau tu sepanjang masa biar dia tak cemburu." Aku menjulingkan mata. Nak peluk tiap tiap hari cari kena marah ja nanti.

"Apa kata kau pula usik dia. Cari kelemahan dia tu." Cadang Sum dan aku berfikir dahulu sebelum mengoyak senyuman sinis.

"Ada betul juga tu sekali sekala kenakan suami sendiri." Kedua sahabat ku mengangkat thumb up.

PULANG sahaja dari cafe, diatur langkah masuk ke dalam rumah dengan senyap. Sosok tubuh suami nya yang sedang menghadap laptop dipandang dengan senyuman sinis.

"Abang sayanggg, Fiza dah balik." Hampir saja laptop tu mahu jatuh dari riba Aizat. Jejaka tu menoleh ke arah si isteri.

"What you call me dear?" Soalnya ingin mendengar sekali lagi. Laptop diletakkan di atas meja ruang tamu. Fiza yang mendekati segera dipandang.

"Abang sayang." Lemah Aizat mendengar nya. Pinggang aku ditarik olehnya dan dia menyembamkan muka nya di perut ku.

"Jangan gini yang, lemah abang." Aku tergelak perlahan. Okey aku dah dapat kelemahan dia.

"Abang blushing ke?" Laju saja Aizat mengeleng. Maruah seseorang lelaki tidak boleh tercalar!.

"Dah tu kenapa sorok dekat perut Fiza ni?" Soal ku sengaja ingin mengusik.

"Saja rindu nak sembam muka ja." Dieratkan lagi pelukkan.

"Ke abang memang blushing? Mana tengok muka hensem abang tu." Aku mahu menjarakkan darinya namun Aizat mengetatkan lagi pelukkan.

"Taknak!" Rambut hitam milik Aizat diusap lembut.

"Taknak apa abang sayang?" Jejaka tu mengetap bibir. Lemah dia bergini jika Fiza berkata seperti tu.

"Sudahla yanggg!" Sekali lagi ketawa kecil ku terlepas. Suka dapat mengusik suami sendiri. Baru dia tahu macam mana perasaan ku bila diusik olehnya.

SUAMIKU ENCIK COLD [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang