Puas mencari kerja namun semuanya sudah penuh. Badan direbahkan di sofa kerana penat.
"Susah nya nak cari kerjaaa" Aulia terasa ingin menangis.
"Wait. Aku nak cari dekat laman web mana tau ada yang memerlukan kerja. Sumayyah mula mencari dan aku hanya menatap siling rumah berfikir bagaimana hendak membayar hutang jejaka tu.
"Weih aku dah jumpa tiga syarikat perlukan PA. Dekat sini ada tiga nombor boleh lah kita tiga ambil sorang satu." Aku bingkas bangun dan mengintai skrin telefon Sumayyah.
"Aku nak yang atas sekali." Aku segera menaip nombor telefon tu dan bangun melangkah jauh sedikit dari mereka berdua.
Aku menunggu dengan penuh sabar agar panggilan tu berhubung dan nafas lega dihela apabila dianggkat.
"Laila disini ada apa yang boleh saya bantu?" Aku mengawal debaran di dada terlebih dahulu.
"Saya tengok laman web yang syarikat A'Company perlukan PA." Tuturku penuh lemah lembut.
"Oh ya betul jadi awak berminat? Jika berminat boleh berikan nama penuh,alamat dan nombor telefon nanti kami akan call untuk interview." Terukir senyuman di bibir ku.
"Boleh" aku segera memberitahu apa yang dikatakan oleh Laila sebentar tadi. Dia berharap yang dia dapat diterima agar dia boleh selesaikan hutang nya pada lelaki tu.
"Korang dua dah call?" Mereka berdua menganguk.
"Aku harap kita diterima lah." Kata Aulia.
"Aamin" serentak aku dan Sumayyah berkata.
"Adik dah cari kerja?" Aku duduk dibirai katil dengan tangan kanan melekap telefon di telinga.
"Dah bu. Adik tengah tunggu diorang call untuk interview ja."
"Ibu doakan segala urusan adik dipermudahkan. Ibu sayang dan rindu adik. Jaga diri baik baik dekat sana apa apa call ibu tau."
"Terima kasih bu sebab sentiasa doakan adik berjaya in shaa Allah adik akan balik dengan kejayaan."
"Ibu tutup dulu ya. Assalamualaikum adik."
"Walaikumusalam bu." Panggilan ditamatkan dan diukir senyuman dengan mata memandang ke arah luar tingkap.
Badan direbahkan di katil dan berharap esok dia akan mendapat berita baik dimana dia akan diterima untuk interview.

ANDA SEDANG MEMBACA
SUAMIKU ENCIK COLD [C]
RomanceAIZAT ARYAN : Berwajah yang ketat setiap masa mampu buatkan orang ramai gerun dengannya. Dingin? semestinya!. Pantang ada yang melawan cakap nya pasti ditengking. SHAFIZA NERISSA : Gadis lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bertemu pula dengan je...