BAB 26

5.7K 242 0
                                        

"Jadi Fiza terima nak nikah dengan abang?" Aizat menganguk dan bibirnya menguntum senyuman manis.

"Abang harap dia tak macam bekas teman wanita abang." Mama Azura ikut tersenyum dan menganguk.

"In shaa Allah dia tak macam teman wanita abang. Mama tengok dia baik orangnya." Kata mama.

"Wah! Kau dah nak kahwin dengan boss sendiri? Omaigod boss ku suami ku" Kata Aulia dan aku hanya tergelak kecil.

"Lepas ni tinggal kita dua jelah Aulia. Sahabat kita ni mesti akan ikut encik suami" Ujar Sumayyah sedih.

"Tu boss korang dua ada cuba lah pikat." Sum menjulingkan mata nya.

"Aku nak pikat si buaya tu? Lambat lagii. Tunggu dia insaf dulu baru aku suka." Masing masing melepaskan ketawa.

"Kau pulak macam mana Aulia? Macam sepadan ja nama korang dua. Aulia Aydan."Aku menjongket kening berkali kali seakan mengusik.

"Ish! Dia tu baik ja tak ada lah buaya tapi astagfirullah dia punya sound disco macam nak bagi dengar satu syarikat kau tahu." Tangan kanan naik memegang dahi. Aku tergeleng kecil.

Yang sorang mamat dingin. Yang sorang kaki disco. Yang sorang lagi jenis pasang banyak. Macam macam jenis ragam lah.

"Bagi pendapat aku lah cuba korang yang volunteer diri untuk ubah diorang. Macam kau Sum. Ubah lah dia jadi setia dengan satu perempuan." Tutur ku dan Sumayyah menghela nafas perlahan.

"Nanti nanti jelah aku cuba." Aku sengih ke arahnya.

"Aku nak naik tidur dulu. Besok pagi nak jumpa bakal suamiii" sempat aku mengenakan mereka berdua sebelum lari ke tingkat dua.

"Tahulah nak bersuami dah pun!" Jerit Aulia dari ruang tamu.

KAKI mengorak langkah masuk ke dalam syarikat dan berkerut dahi bila melihat wajah wajah di staff tu pucat lain macam saja.

"Akak Laila. Kenapa muka diorang semua pucat ja ni?" Soal ku pelik.

"Fiza lupa ke boss tak suka menunggu. Fiza datang office pun lambat tau mana dia tak mengamuk." Aku tersengih.

"Maaf lah bukan saya sengaja. Tak pa biar saya uruskan." Aku berlalu pergi ke bilik Aizat walaupun jantung berdegup kencang.

"Baru nak sam-"

"Assalamualaikum future husband." Aizat yang mahu marah terus tidak menjadi. Didehem perlahan.

"Baru nak sampai? Ingat ni office kau punya?" Tajam matanya memandang wajah putih bersih tu.

"Maaf, tadi sakit perut sampai muntah sebab semalam makan pedas." Diusap belakang tengkuk yang berada dalam tudung.

"Muntah? Sayang okeyh tak sekarang? Nak pergi klinik?" Panik Aizat. Marah nya tadi hilang bergitu saja bila mendapat tahu Fiza sakit perut.

"Dah okeyh dah tapi kekadang menyucuk jugak lah. Awak masih marah ke?" Dipandang wajah jejaka tu. Aizat mengeleng.

"Tak, sini duduk" Aku melabuhkan pungung di sofa. Jejaka tu berlari ke meja kerja dan laci dibuka.

"Nah sapu." Dihulurkan minyak angin dan aku menyambut.

"Jangan lah tengok." Tersentak Aizat.

"Oh sorry" dipandang ke arah lain. Aku menyelak baju di perut dan disapu perlahan.

"Dah" jejaka tu menoleh semula ke arah ku setelah aku selesai menyapu minyak angin.

"Dah tahu tak boleh makan pedas jangan makan."Tegas suara nya dan aku tersengih saja.

"Mana lah nak tahu nasi goreng china tu pedas tapi sedap." Aizat pandang tajam ke arah ku.

"Okey okey maaf." Aku menunduk. Aizat tersenyum nipis melihat bakal isterinya.

"Harini duduk ja dalam office aku." Aku pandang ke arah nya yang sudah bangun untuk ke meja kerja.

"Tak apa ke?" Bagaikan keseronokan buat ku. Yelah duduk dalam bilik dia tak perlu aku nak hadap kertas dekat bilik sebelah.

"Hmm" balasnya dan aku tersenyum suka.

"By the way lusa kita pergi cuba baju kahwin. Tema putih sebab aku malas nak fikir pasal tema warna." Katanya sambil menyelak kertas.

"Okeyh. Hm Aizat." Jejaka tu angkat muka.

"Perut menyucuk." Berkerut dahi ku dan jejaka tu hela nafas perlahan.

"You can sleep sayang. I can't do anything cause you not my wife." Jika Fiza halal untuknya sudah lama dia mengusap perut tu tapi sekarang dia tidak boleh buat apa apa.

"It's okeyh." Aku baringkan badan di sofa. Tangan kanan diletakkan di atas perut.

SUAMIKU ENCIK COLD [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang