" Kau tak ada kerja ke?" tanya Haq lepas sekian kalinya mengeluh.
Naik rimas melihat Ghaus duduk melepak saja sedangkan mereka semua sedang kalut membuat persiapan sebelum pulang ke Malaysia.
" Ada tapi kami saja nak tengok kau buat kerja." balas Ghaus tidak bersalah.
Ghaus tidak puas hati melihat kerja Haq yang kelihatan mudah itu.
Hanya perlu menatap komputer tanpa bergerak.
" Dari kau tengok saja baik kau tolong aku hack system syarikat kapal yang Zard nak tu." ujar Haq, jari-jemari yang masih laju menaip diatas keyboard.
" Malas." balasnya selamba.
" Kau ni boleh tahan tamak eh." tangan Haq berhenti, dia menoleh kearah Ghaus yang sedang bermain game itu.
Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh orang kanan Tengku Haizard itu.
" Apa maksud kau?"
" Yelah sampai tiga komputer kau sorang je guna. Adik aku hacker juga tapi dia guna satu je laptop."
" Aku tengok satu je, yang kanan tu untuk location dan kiri untuk pelaburan." terang Haq.
Dia harus memantau aliran saham mereka dari masa ke semasa kerana bimbang jika ada perubahan mendadak dan akan disoal Tengku Haizard.
" Ohh patutlah kau tahu je kami dekat mana. Aku ingat kau pasang spy ikut kami." kata Ghaus.
" Aku pasang GPS dekat kereta kau." jawab Haq selamba.
" Dah macam stalker pula kau ni kan. Eee seram. Tah tah kami tengah membuang pun kau tahu."
" Tak ada lah sampai situ gila. Tu bila perlu je"
" Ee stalker plus pervert." gurau Ghaus sambil membaca kertas yang baru di print oleh Haq itu.
Haq mencapai kertas ditangan Ghaus dan mengerakkan kerusinya ke meja meeting.
" Okay guys, aku dah masuk system dorang tapi aku dapat bertahan 5 minit saja so ni je yang aku dapat." Haq menunjukkan kertas keatas meja.
" Location yang aku hantar tu adalah lokasi gudang dorang tapi aku tak pasti barang apa." sambungnya lagi.
Haq memaparkan beberapa keping gambar pada papan putih.
" Urusan jual beli dekat gudang yang ni. Berdasarkan perjanjian perjumpaan malam tu hanya Zard dan Nicko saja." Haq menerangkan urusniaga yang bakal dilakukan itu.
Ghaus, Ghani dan Thomas mengangguk faham.
Tengku Haizard menyambut huluran Shahrul itu dan ketawa kecil bila membaca perkataan yang ditulis pekerja ayahnya itu.
" Yang lain standby dekat luar." sambung Haq memandang Tengku Haizard.
" Aku dengan Hafiz yang akan escort Zard malam tu nanti." ujar Shahrul.
" Kami pun ada sniper uncle Shah." pangkah Ghaus.
" Lagi ramai lagi meriah. Lagipun kami dah lama tak beraksi sejak 'Mikhails Holding' kena audit." balas Shahrul.
" Berapa jam dari sini?" sampuk Ghani mengintai map di telefon Tengku Haizard.
" Tiga jam dari sini."
Haq kembali menghadap komputernya dan memaparkan beberapa gambar yang berkaitan.
" Ganja." kata Tengku Haizard sepatah selepas melihat gambar itu.
Gambar sebuah gudang besar dipenuhi dengan kotak-kotak hingga ke atas itu ditenung Ghaus.
" Seriously? Banyak tuh!."
YOU ARE READING
Book 2:Born To Be The Leader
Adventure🌹 COMPLETED🌹 Dilahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang besar dan bahagia, segala keinginannya di penuhi dengan usaha dan sokongan keluarga tercinta, mengejar erti kehidupan dan mencari kenikmatan dunia tanpa halangan. Tengku Adam Haizard...