Nor Ansha mengemas buku diatas meja tidak sedap hati untuk duduk disitu lebih lama. Rasa seperti dirinya diperhatikan sejak dia berada di perpustakaan awam itu.
Dia menghantar mesej pada Tengku Damia untuk menjemputnya.
" Oh my sorry... Sorry saya tak sengaja." Ujar Nor Ansha tunduk mengutip bukunya yang jatuh kerana terlanggar seorang lelaki didepan pintu keluar perpustakaan.
" It's okay. Oh my god. Nama awak Ansha kan? budak kelas Sains." Tanya lelaki tu.
" Ya saya tapi awak ni siapa ye?" Tanya Nor Ansha tidak lupa mengucapkan terima kasih kerana lelaki itu membantunya mengutip buku.
" Saya Taufik. Awak tak ingat saya ke?"
Nor Ansha mengeleng kepala dan meminta diri tapi dihalang oleh Taufik.
" Wait.. wait takkan awak tak ingat saya. Saya pernah datang rumah awak untuk celebrate birthday awak tahun lepas..."
" Sorry mungkin awak salah orang." Nor Ansha berlari anak kearah pagar keluar.
" Tak kan awak tak ingat saya kot... Saya ni famous tau dekat sekolah kita dulu... Ramai student perempuan minat dekat saya." Kata Taufik mengejar Nor Ansha.
" Awak nak apa sebenarnya?"
" Saya nak berkawan je. Jom saya hantarkan awak balik. Kereta saya dekat parking sana."
" No thanks saya boleh balik sendiri."
" Hmm okay kalau macam tu, jom saya teman awak sampai bus stop."
" No thanks. Better awak pergi sekarang sebelum driver saya sampai." Ujar Nor Ansha tidak selesa dengan kehadiran Taufik itu.
" Alah kalau driver awak sampai pun, apa salahnya saya temankan awak dekat sini." Tanpa di pelawa Taufik duduk disebelah Nor Ansha.
" Awak selalu datang study dekat sini ke? Awak jawaplah soalan saya." Taufik menarik tali beg Nor Ansha.
" Tolong jangan ganggu saya boleh?" Tanya Nor Ansha memandang Taufik di sebelahnya.
" Saya cuba nak berkawan... Kitakan sama umur dan saya selalu nampak awak sorang-sorang je dekat sini. Tak ada teman."
" Awak stalk saya ke?"
" Hahaha mana ada. Saya selalu datang sini dan ternampak awak tapi awak je yang tak pernah pandang saya." Ujar Taufik cuba merapatkan tempat duduk mereka.
Pin pin
" Jumpa esok Ansha." Jerit Taufik melambai tangan pada Nor Ansha yang pergi menaiki sebuah kereta Alphard itu.
" Siapa tu?" Tanya Tengku Damia pelik melihat Nor Ansha bersama seorang lelaki duduk berduaan walaupun ditempat awam.
Sepupunya itu adalah seorang yang pemalu dan pendiam bila dengan orang yang tidak dikenali.
YOU ARE READING
Book 2:Born To Be The Leader
Aventura🌹 COMPLETED🌹 Dilahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang besar dan bahagia, segala keinginannya di penuhi dengan usaha dan sokongan keluarga tercinta, mengejar erti kehidupan dan mencari kenikmatan dunia tanpa halangan. Tengku Adam Haizard...