Malaysia
Adam membantu Zulaikha berpindah ke rumah yang baru saja selesai di belinya dan mendapatkan kerja sebagai seorang nurse di sebuah klinik kesihatan.
" Macam mana? Selesa tak rumah ni." Tanya Adam selepas meletakkan bagasi dalam bilik.
" Cantik. I like it thank you uncle Adam." Sorak Aisy Amni.
Pemandangan beranda panhouse itu berlatarkan menara KLCC sangat cantik.
" Terima kasih banyak Encik Adam. Maaflah kami anak beranak banyak susahkan Encik Adam sejak datang sini."
" Ish apa pula terima kasih dekat saya. Semua ni Haizard yang sediakan lagipun Puan Zulaikha adalah kenalan Tengku Mikhail." Balas Adam.
" Uncle, Aisy dengar uncle ada anak perempuan. Kenapa uncle tak bawa dia datang sini sekali. Boleh kami berkenalan."
" Haah anak uncle baru je habis SPM sebab tu uncle tak boleh joins majlis graduation Zard. Nama dia Nor Ansha tapi anak uncle tu introvert."
" Owhh really but Mia extrovert though."
" Hahahaha mungkin dia ikut uncle. Uncle pun introvert tau." Aisy Amni tertawa kuat mendengar ucapan Adam itu.
Selama perkenalan mereka dia sangat selesa dengan Adam yang dianggap seperti bapa saudara kandung sendiri itu.
Adam juga tidak menunjukkan bahawa dirinya kekok berurusan dengan mereka berdua.
" Sorry Encik Adam, coffee 3 in 1 saja yang ada. Jemputlah minum." Pelawa Zulaikha.
" It's okay ini pun dah cukup. Lagipun saya tak boleh lama-lama dekat sini..."
Ring. Ring. Ring.
" Where are you?"
" Give me 10 minutes darling I'll be there." Jawab Adam sebelum menamatkan panggilan.
" Nampaknya saya kena minta diri dulu Puan Zulaikha."
" Terima kasih tolong kami angkat barang." Ujar Zulaikha kekok, segan kerana telah banyak menyusahkan lelaki itu.
" Tak hal lah puan. Aisy, uncle balik dulu." Pamit Adam.
" Okay uncle. Bye-bye see you later and drive safely." Pesan Aisy Amni.
Adam membuka pintu bahagian penumpang mempersila madam besar. Dia ketawa melihat mulut muncung isterinya itu.
" Kenapa you lambat? Lama tau I tunggu."
" Sorry darling I thought you keluar dengan kumpulan datin-datin you tu." Ujar Adam memasangkan seat belt untuk Jessica.
" Kalau I keluar dengan kawan-kawan I sekali pun bila I call you kena datang on time. You tahu kan yang Datin Anis tu selalu menyakitkan hati I. Ish benci betul."
YOU ARE READING
Book 2:Born To Be The Leader
Adventure🌹 COMPLETED🌹 Dilahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang besar dan bahagia, segala keinginannya di penuhi dengan usaha dan sokongan keluarga tercinta, mengejar erti kehidupan dan mencari kenikmatan dunia tanpa halangan. Tengku Adam Haizard...