Bab 81

117 13 1
                                    

Rumah Adam - APR-15

Jessica hilang sabar bila Tengku Mikhail memintanya untuk surrender semua saham miliknya dalam Mikhail holding.

" Apa maksud you!" Tengking Jessica.

" I will not hand over even 1% of my shares to you." Tegas Jessica. Perkara yang ditakutkan selama ini akhirnya terjadi juga.

Dia semakin yakin Tengku Mikhail tidak pernah ikhlas memberi saham itu padanya, sepupunya itu hanya ingin membuatnya leka.

" We know you sold all your shares to Donald and because of that some of our branch accounts were frozen by the authorities. You dah tak ada shares dalam Mikhail Holding."

Wajah Jessica pucat mendengar kebenaran dari Tengku Haizard itu.

" So you dah tahu semuanya lah." Jessica ketawa dan tiba-tiba menjerit. 

" Yes I bekerjasama dengan Donald untuk jatuhkan you dan I told him about your situation so he can ambush your business. So what? You nak bunuh I macam mana papa you bunuh ayah I, huh?" Tengking Jessica.

" Apa yang you merepak ni darling. Tak ada orang nak bunuh you. Duduk dulu kita bincang elok-elok." Tegur Adam cuba menenangkan isterinya itu.

Bukan bertenang malah sebaliknya Jessica mencapai pisau potong buah di atas meja dan menyerang Tengku Haizard.

Mujur saja Tengku Haizard pantas menakis dan merampas pisau itu dari tangan Jessica.

" You dah gila ke Jess." Suara kencang Tengku Haizard itu menarik perhatian Nor Ansha dan Thomas di bilik.

" Ya Allah mummy. Apa dah jadi daddy?" Tanya Nor Ansha berlari turun tangga dan cuba mendekati Jessica tapi di halang oleh Thomas.

Jessica seperti orang di rasuk hantu, berlari ke dapur dan mencapai sebilah pisau.

Adam cuba memujuk Jessica untuk menyerahkan pisau itu padanya tapi Jessica bertindak aggressive dan menghayun pisau itu hingga terkena lengan Adam.

Ghaus dan Ghani yang menunggu di depan rumah Adam masuk bila mendengar kekecohan itu.

Ghani mengambil kain alas meja dan membalut lengan Adam yang berdarah itu dan menyuruh pembantu rumah masuk ke bilik.

" Lah meroyan pulak perempuan ni. Apa jadi?" Tanya Amirul yang baru sampai, niatnya ke rumah Adam untuk menghantar dokument yang di minta oleh Tengku Mikhail.

Tapi lain pula yang disaksikan.

" Dah kantoi mengamuklah dia." Jawab Ghaus berpeluk tubuh menjadi penonton, selama dia ikut Tengku Haizard ini kali pertama dia rasa seperti dalam drama korea. Keluarga bergaduh berebutkan harta. Situasi itu buat dia rasa kelakar.

Amirul terus menghubungi Hafiz untuk menyaksikan drama itu juga.

Sepantas kilat Hafiz, Haniff dan Hasiff sampai ke rumah Adam. Mereka memang berniat untuk ikut Amirul ketika Tengku Mikhail menghubungi Amirul suruh membawa document ke rumah Adam tapi di halang oleh Tengku Damia.

Mereka berempat mengintai dari depan pintu rumah, tak berani masuk bila di jeling tajam oleh Tengku Mikhail.

" Darling, calm down honey... Letak pisau tu darling. Bahaya you pegang pisau macam tu kalau you terluka macam mana..." Pujuk Adam.

Jessica menghayun pisau sambil menjerit ketakutan bila Tengku Haizard berjalan menghampirinya.

" You tak penat ke? Berapa lama you nak berdiri dekat situ." Ujar Tengku Haizard menangkap lengan Jessica dan memeluk tubuh Jessica dari belakang.

Jessica meronta supaya dilepaskan bila Tengku Haizard memusing tubuhnya menghadap Nor Ansha dengan mata pisau tertuju pada anaknya itu.

" Lepaskan I! Lepaskan I!" Jerit Jessica lantang.

" I don't care who you work with. Donald or someone else but you kena tahu batasnya dan tahu bila untuk berhenti." Bisik Tengku Haizard di telinga Jessica.

Tengku Haizard sengaja menghalakan mata pisau itu kearah Nor Ansha. Jessica menjerit ketakutan. 

" Takut?" Bisik Tengku Haizard di telinga Jessica buat wanita itu menjerit histeria.

" You tak pernah bunuh orang kan, nak cuba tikam dia?" Soalan Tengku Haizard sempat di tangkap oleh ayahnya yang duduk tidak jauh dari tempat mereka berdiri itu.

" Haizard!" Dia ketawa kecil mendengar suara garau ayahnya memberi amaran supaya tidak bertindak gila.

" I'm just kidding." Ujarnya selamba menolak tangan Jessica yang memegang pisau ke arah Nor Ansha.

Thomas melindungi Nor Ansha dengan tubuhnya, merah wajah Thomas melihat gurauan kasar Tengku Haizard itu.

Pisau di tangan Jessica di rampas sebelum dia melepaskan pelukanya.

" Mummy..." Nor Ansha memeluk maknya yang menangis dan meraung seperti orang meroyan di atas lantai itu.

Thomas menarik isterinya bangun bimbang jika Jessica bertindak di luar kawalan seperti tadi dan mencederakan isterinya.

Tanpa menghiraukan Nor Ansha menangis dan berkeras ingin menenangkan maknya, Thomas mencempung tubuh isterinya itu ke atas.

Adam memandang Tengku Haizard sekilas sebelum mendekati isterinya.

" From now on don't let her leave the house." Adam mengangguk faham dengan arahan tegas Tengku Mikhail itu.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Aisy Amni mendekati Aisha yang termenung seorang diri di atas buaian itu.

" Don't want to join them?"

" No thanks. I don't want to move even one step. The weather here is very hot." Mereka tertawa kerana cuaca panas itu merubah warna wajah mereka.

" Got a suitable date?"

" Alhamdulillah yes, 3 months from now. Zard wants to do our wedding next month, luckily Aunt Mira denied it."

Melihat senyum dan tawa Aisy Amni seperti melihat wajah sendiri di cermin. Aisha tak tahu bagaimana reaksi wajahnya sekarang.

Walaupun mereka baru saja kenal perasaan kasih itu sudah muncul. Mungkin kerana mereka kembar seiras oleh itu perasaan mereka sangat kuat.

" How did you meet Adam?"

" We met when Zard was studying abroad. I hit him with a car."

" Omg. Seriously! is it bad?"

" No lah hahaha just a little scratch and a small cut but he overreacted because of that I was detained at the police station. After that every day he came to my house."

Aisha nampak bertapa gembiranya Aisy Amni, hatinya rasa sangat sedih.

Dia ingin menjerit ' Aku juga mencintai dia' supaya semua orang tahu, supaya Aisy tahu tapi itu hanya fikirannya.

Dia tak sanggup lukakan hati Aisy Amni dan Tengku Haizard telah pun menolak cintanya.

" I will let daddy know about your wedding date when I get home."

" Do you have to go back? Stay here with us. Mama still wants to spend time with you. Or is there someone waiting for you there?" Usik Aisy Amni.

" No. No one waiting for me... I'm single but not available... My heart has been stolen by someone..."

" Really woww... Who is that lucky person?" Tanya Aisy Amni teruja ingin mendengar cerita cinta kembarnya itu.

Aisha memandang Tengku Haizard sedang bermain bola itu.

To be continued...

Book 2:Born To Be The LeaderWhere stories live. Discover now