Bab 1

8K 271 9
                                    

AMIRA mengusap lembut kepala anak lelaki sulung mereka yang berada diatas ribanya, rambut hitam lebat bersinar di ulas lembut.

Walaupun sudah hampir 6 tahun masa berlalu rasa seperti baru kemarin Tengku Haizard pulang dari England.

" Mama jangan buat muka sedih macam tu nanti Zard tak sampai hati nak tinggalkan mama, macam mana?." pujuk Tengku Haizard.

" Buat saja muka sedih mama biar dia tak sampai hati nak pergi tu pun kalau still ada hati lah." perli Tengku Damia.

Tengku Damia sakit hati kerana menjadi orang terakhir mengetahui bahawa abang sulungnya itu akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

" Alaa adik manja abang ni marah lagi ke?. Abang kan dah minta maafkan."

" Eleh minta maaf abang tu tak boleh pakai, tak ada keikhlasan dan ketulusan."

" Hahaha abang ikhlas lah, ikhlas abang ni Allah je yang tahu." ujar Tengku Haizard membela dirinya.

" Betul tu kita orang setuju dengan Mia tapi kali ni jelah." Sampuk si kembar adik, Tengku Hasiff yang baru pulang dari sekolah.

Tengku Haizard tersenyuman yang sengaja dilebarkan pada kembar yang menjelingnya tajam tanpa rasa bersalah.

" Assalammualaikum mama." sapa Tengku Haniff dan Tengku Hasiff mencium tangan Amira.

" Waalaikummussalam. Macam mana sekolah hari ni?."

" As usually. Kenapa Mia ada dekat rumah?." tanya Tengku Haniff melabuh pungung di atas sofa depan kakaknya di ikuti kembarnya.

" Haah betul tu. Awal Mia balik bukan sekolah Mia habis pukul 3 ke?."

" Haniff. Hasiff. Kak M.i.a bukan Mia. Berapa kali mama nak kena ingatkan." tegur Amira membetulkan panggilan anak-anaknya.

" Sorry Mama." balas si kembar serentak sambil tersengih.

" Mia tak pergi sekolah ke?." tanya Tengku Hasiff sekali lagi.

" Kak Mia! Bukan Mia degil betul lah korang ni. Suka hatilah nak pergi sekolah ke tak, korang sibuk kenapa. Jealouslah tu." balas Tengku Damia sambil membelek telefon ditangannya.

" Well tak jealous pun kita orang just..." kata Tengku Haniff

" Pelik je, yelah dengar kata orang tu pelajar terpuji dan baik tak kan ponteng sekolah kot." sambung Tengku Hasiff memerli Tengku Damia yang merupakan pelajar kesayangan cikgu-cikgu sekolah.

" Dah stop. Nanti mula lah tu menanggis."

" Abang ni nak back up Mia ke nak perli Mia?."

Tengku Damia cekak pinggang didepan Tengku Haizard yang menekap mukanya pada perut Amira menahan tawa kuatnya.

" Hahahaha. Siff jangan lebih-lebih nanti anak manja Papa ni menanggis. Puas nak menjawab dengan papa." ujar Tengku Haizard.

" Eee takut. Hahaha." balas Tengku Hasiff memeluk bantal.

" Mama tengoklah dia orang ni. Eee sebab ni Mia malas balik rumah. Menyakitkan hati. ANNOYING!!."

Book 2:Born To Be The LeaderWhere stories live. Discover now