Bab 65

359 22 6
                                    

" Abang kenapa cakap macam tu dengan Jess?" Tegur Amira lepas Jessica keluar.

" She needs to know her place."

" Tapi diakan cousin abang. Lagipun apa yang Jess cakap tu betul. Mira tak kisah kalau abang bagi pada Jess."

" Sayang nak balik rumah kita tak?" Malas ingin membahas hal itu, dia sengaja menukar topik.

" Mestilah nak. Mira dah penat duduk sini. Tak selesa dan bosan kalau dekat rumah at least Mira ada juga benda nak buat."

" Tapi sayangkan tak boleh banyak bergerak lagi." Tegur Tengku Mikhail lembut.

" Bukan kerja berat pun. Tengok bibik tanam pokok bunga pun dah tenang hati ni dari duduk sini... tapi Mira faham abang masih belum sihat. Abang dah sihat nanti baru kita balik."

Seminggu Kemudian...

Hospital, Moscow - OCT-19 10:00 AM

Walaupun beberapa kali dibantah oleh Amira, Tengku Mikhail tetap berkeras dan meminta anaknya untuk menguruskan perjalanan pulang ke Malaysia.

" Papa dah makan ubat?"

" Belum. Dalam jet nanti baru papa makan."

" Jangan banyak gerak nanti luka papa terkopek." Tegur Tengku Damia, dia juga telah mendapat kebenaran untuk pulang.

Tengku Mikhail ketawa melihat wajah berkerut puterinya itu, dia yang sakit Tengku Damia pula yang lebih-lebih.

" Jess dah balik?" Tanya Tengku Mikhail pada anaknya seminggu wanita itu tidak menjeguknya.

" Dah. Minggu lepas tiba-tiba dia suruh Aus uruskan penerbangan mereka."

" Merajuk dengan papa lah tu." Ujar Tengku Mikhail sambil ketawa. Perangai Jessica tak pernah berubah, cepat sentap dan kuat merajuk.

" Macam mana keadaan Aisy?"

" Alhamdulillah sudah membaik mungkin lagi 2 minggu Aisy dah boleh balik. Zard dah suruh Haq ubah suai rumah jadi nanti senang sikit mama nak bergerak." Jawabnya sambil mengemas beg.

" Odessa ada disini jadi Mike terus balik sehari selepas surgery dan dia dah tahu semuanya jadi Zard tak akan halang incase dia nak jumpa Aisy lepas ni." Terang Tengku Haizard.

" Lepas saja Zard settle semua kerja dekat sini Zard kena pergi United States. Papa ingat Donald?" Tengku Mikhail angguk.

" Kami tengah main game kucing dan tikus tapi sejak akhir-akhir ni dia busy... terlalu busy sampai tak ada masa nak bermain." Tengku Mikhail ketawa, bangga.

" Okay semua dah ready." Maklum Tengku Haizard selepas menerima text dari Ozzie.

Tengku Haizard, Ghuas dan Ozzie mengiringi Tengku Mikhail sekeluarga ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air.

Bak kata perpatah Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Amira tak sabar untuk pulang ke rumahnya.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Sebulan Kemudian...

Malaysia - Nov-12 21:00 PM

" Home sweet home." Ucap Tengku Mikhail pada anaknya.

Amira menggunakan kerusi roda untuk bergerak manakala Tengku Mikhail masih terbaring di atas katil atas arahan doktor kerana lukanya mungkin mengambil masa 6 bulan untuk kering sepenuhnya.

" Thanks pa." Balas Tengku Haizard mencium Amira dan bersalam dengan ayah serta bapa-bapa suadaranya.

" Apa nama dia?" Tengku Haizard menciut pipi anak kedua Khairul yang baru berusia 4 bulan itu. Berkulit putih kemerahan dan berambut dominan.

" Ahmad Khairin Bin Muhd Khairul. Cuba tengok samakan muka kami." Mereka tertawa dengan pro-claims Khairul itu walaupun pada hakikatnya bayi lelaki itu mengikut wajah maknya berbanding Khairul.

" Kenapa semua ada dekat sini? Ada apa-apa yang Zard tak tahu ke?"

" Hahaha of course lah ada benda penting sebab tu kami semua berkumpul dekat sini." - Amirul.

Tengku Haizard pelik, dalam jadualnya tiada benda penting pada hari itu.

" Jangan nak pelik sangatlah." - Hazid.

" Mana ada benda penting selain menyambut kepulangan anak boss kami yang paling berjaya ni." - Shahrul.

" Betul tu. Kami pun dah lama tak berkumpul ramai-ramai." - Iskandar.

" Yelah masing-masing sibuk. Dengan keluarga, kerja lagi tu tak termasuk mencari jejak ayah kau yang mengada tu." - Hafiz.

" Bila uncle Shah balik?" - Tengku Haizard.

" Kitaorang baru jugak balik, 3 hari lepas." Shahrul dan Iskandar yang ditugaskan untuk membantu Amir.

" Aku dah tak nak pergi sana." Ujar Amir yang baru keluar dari dapur dengan sepingan nasi ditangan.

" Kebulur aku dekat sana. Semua makanan tak kena dengan tekak melayu aku ni. Tekak aku ni nak air tangan Kira je." Sambung Amir lagi.

" Kau rindu air tangan Kira ke? Kau rindu Kira sebenarnya." Usik Hafiz.

" Dua-dualah. Cuba kau duduk tempat aku, 3 tahun weh duduk negara orang pishang nak mampus." - Amir.

" Tengoklah kalau kerja uncle smooth uncle bolehlah duduk sini terus. Nanti Zard belikan banglo belakang tu untuk uncle." Mereka bersorak untuk Amir.

Amir gembira mendengar berita itu mencium pipi isterinya Syakira dengan mulut comotnya.

" Kami rancang nak buat doa selamat untuk Mika dan Mira esok. Kita buat dekat rumah baru kau, Zard." - Amirul.

" Renovation dah siap ke?"

" Dah. Semua dah settle. Rumput untuk padang pun dah siap trim." - Amirul.

" Aku dah suruh Thomas pergi beli lembu minggu lepas tapi dia pergi beli anak lembu tapi nasib baiklah aku pergi check pagi tadi." - Rayyan.

Kalau dia tak tergerak hati untuk melihat lembu yang dipesan pasti menu untuk majlis mereka esok terpaksa di tukar.

" Lah kau bagi dia pergi sorang-sorang tu kenapa hahaha." - Amir.

" Tak terfikir weh hahahaha." - Rayyan.

" Bolehlah kau buat kandang lembu dekat sebelah padang futsal rumah Zard lepas ni." - Hazid.

" Wife kau mana?" Tanya Rayyan pada Adam yang menjadi pendengar saja itu.

" Dekat rumah."

" Kau dah makan ke belum. Pergilah masuk dapur makan dengan Zard." Adam mengangguk sebelum ke dapur.

" Uncle nak banyak mana?" Tanya Tengku Haizard mencedok nasi dalam pingan Adam yang baru menarik kerusi meja makan itu.

" Sikit lagi. Siapa masak ni? Sedap, dah lama uncle tak makan masak lemak."

" Entah, siapa masak?" Tanya Tengku Haizard pada Thomas.

" Aunt Kira dan Aut Hana yang masak." Jawab Ghaus dengan mulut penuh.

Melihat Adam makan dengan berselera itu Tengku Haizard mencedok nasi tambah untuk Adam.

Keesokan harinya...

Rumah TH - NOV-13 23:00 PM

" Arh!" Nor Ansha terjerit bila tiba-tiba tangannya di rentap kasar dari belakang sebelum dia tidak sedarkan diri.

To be continued...

Book 2:Born To Be The LeaderWhere stories live. Discover now