Bab 4

4.7K 181 5
                                    


ORANG ramai menjeling-jeling kearah mereka sekeluarga, seperti sebuah satu keluarga besar yang berkumpul untuk menghantar anak ke luar kota.

Tengku Haizard menjeling jam di pergelangan tangannya, masa flight hampir tiba tapi kelibat Nor Ansha masih belum kelihatan.

Tengku Haizard bersalaman dengan semua anak buah Tengku Mikhail dan mengusap perlahan bahu Tengku Damia dalam pelukkannya itu.

Si kembar turut menangis melihat Tengku Damia menangis, tidak mahu melepaskan abangnya itu pergi.

" Uncle, Mana Ana?." tanya Tengku Haizard pada Adam yang sedang rancak berborak dengan Hafiz dan Shahrul.

" On the way kut. Ghaus cakap dia jemput Ana dekat sekolah tadi."

Tengku Haizard mengeluh bila beberapa kali cuba mendail nombor Ghaus tapi panggilannya tidak di sambut.

" Tu pun dorang." kata Ghani menunjuk kearah kanak-kanak perempuan yang masih berpakaian sekolah rendah sedang berlari kearah mereka.

Tengku Haizard menyambut dan mendukung Nor Ansha yang terus berlari ke dalam pelukkannya itu.

" Ana cakap ada something nak bagitahu abang. Apa dia?." tanya Tengku Haizard berbisik pada Nor Ansha.

" Dah besar pun minta dukung."

" Betul tu. Dah besar pun manja." kata-kata si kembar dua orang itu membuatkan suasana menjadi bingit dengan gelak tawa anak buah Tengku Mikhail.

" Ana sayang abang." bisik Nor Ansha sebelum turun dari dukungan Tengku Haizard dan berlari memeluk ayahnya, Adam.

" Hahahaha. Kuat sinetron betul lah budak zaman sekarang." kata Iskandar disambut ketawa oleh yang lain.

" Take care of yourself. No drinking. No sex. No clubbing." pesan Amira.

" Your wishes is my command." balas Tengku Haizard memeluk maknya buat kali terakhir.

" Don't forget to use protection man." jerit Ghaus melambai tangannya pada sahabat karibnya yang sudah masuk ke balai pelepasan itu.

Dia lambat kerana mencari parking.

Tengku Haizard membuat isyarat okay dengan jarinya sambil ketawa bila melihat Ghaus yang sedaya upaya cuba mengelak dari pukulan Amira.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Tengku Haizard menjalankan rutin sebagai seorang pelajar seperti biasa mengabaikan pandangan orang sekelilingnya dia sudah terbiasa dengan sikap racist mereka.

" Look bro who is this. An Asian. Oh yeah we have an asian's boy here."

" Smell spicy... Boo... Boo..."

Tengku Haizard mengabaikan mereka, dia mengambil buku dalam lokernya dan berlalu.

" Hey buddy where are you going? we're not done yet." kata salah seorang budak lelaki itu memegang bahu Tengku Haizard.

" Hey Rock, don't you think he's a little big for an Asian?."

" Yeah. Asian usually small. Skinny. Nerdy."

" He looks more like Europe than an Asian."

" I think I know why... He drinks his mummy milk." ruang jalan itu bingit dengan tawa.

Muka Tengku Haizard berubah merah menahan amarah, 'Sabar Zard' pujuk hatinya.

" Big but not bigger than me!."

BAM!

Rock menolak tubuh Tengku Haizard ke loker menyebabkan loker besi itu sedikit kemik.

Pelajar-pelajar disitu mula bersorak kuat, menunggu Tengku Haizard membalas.

" Booo. Boo. He's crying he's cried. Look at his face." Tengku Haizard menepis kasar tangan yang cuba menyentuh wajahnya.

Melihat tatapan tajam Tengku Haizard remaja lelaki itu bergerak ke kelompoknya semula.

Rock bersorak bangga sambil menepuk bicepnya yang besar dua kali ganda dari Tengku Haizard pada rakan-rakannya.

" See you around Nerdy." kata Rock berlaku pergi dengan gengnya.

Tengku Haizard hanya memandang sepi lelaki bernama Rock dan rakan-rakannya pergi, dia mencapai buku yang berada di atas lantai dan menuju ke kelas.

" Hey hottie." tegur sekumpulan pelajar perempuan ketika Tengku Haizard melepasi mereka.

Loceng terakhir berbunyi, pelajar mula bertempiaran keluar menuju ke kereta masing-masing, ada yang menaiki bas dan ada yang berjalan kaki.

Tengku Haizard melepaskan keluh malas bila melihat sekumpulan pelajar lelaki yang membulinya tadi berdiri di depan kereta Porches miliknya.

" Hey buddy. Is that your car?." Tengku Haizard membalas dengan menunjukkan kunci kereta didepan muka Rock.

Mereka mula bubar dari situ dan hanya mampu memandang kereta Tengku Haizard meluncur laju keluar dari situ.

" Welcome back master. You got one new email from Uncle Amir." maklum SIRI.

Tengku Haizard mencapai ipad dan membaca email yang dihantar oleh Amir tugasan yang diberikan sudah tidak boleh ditangguh lagi.

" Master you got one voice mail from 'Penyibuk 1' would you like to hear it?"

" Yes." Tengku Haizard yang masih bertuala keluar bilik air meneliti dan menyusun peluru yang baru dibelinya atas meja.

" Woii bro kau tak rindu aku ke? Nak gila aku rasa duduk sini lectures dekat sini semua kejam-kejam dohh. Kau betul-betul bawak diri eh bro seminggu tak ada khabar..."

Tengku Haizard mematikan pesanan suara itu sebelum keluar menuju ke garaj kereta.

Destinasi yang dituju adalah sebuah kelab malam yang sering dikunjungi oleh golongan middle class.

Tengku Haizard menolak lembut pelukkan seorang gadis dengan senyum manis dan melangkah kearah sekumpulan lelaki dan perempuan yang sedang leka menari.

Secara tiba-tiba suasana berubah sunyi bila muzik dimatikan membuatkan pengunjung kelab malam itu terpinga-pinga.

Ting. Ting. Ting.

Bunyi lagaan gelas dan sudu besi menarik perhatian mereka semua kearah seorang lelaki yang sedang berdiri diatas meja.

" Tonight!! you guys can order everything, its my treat!!." jerit lelaki itu dan menerima sorakan gemuruh dari para pengunjung.

" Enjoy the party!!!" jerit lelaki itu pada rakan-rakannya.

Mereka menari, bersorak dan bersuka-ria tanpa menyedari setiap langkah, setiap gerak mereka diperhati oleh sepasang mata bak helang yang ingin menyambar mangsanya.

Lelaki itu dengan terhuyung hayang bergerak kearah tandas tanpa sedar dirinya diekori.

Tengku Haizard mendekati lelaki itu dan menarik lelaki itu keluar dari situ.

" Who are you, boy?!." tanya lelaki itu cuba kembali kearah teman-temannya.

" Inilah sebab kenapa aku benci berurusan dengan orang mabuk. Menyusahkan!." desisnya.

Tengku Haizard menahan tangan salah seorang lelaki dari tiga orang lelaki yang tiba-tiba datang untuk membawa pergi targetnya itu.

" What the f*ck." maki salah seorang lelaki itu cuba melepaskan pegangan Tengku Haizard.

" Hands up man." arah Tengku Haizard.

" Take him, we will take care of him." arah salah seorang lelaki itu pada rakannya menolak Tengku Haizard kebelakang.

Dia mengisyaratkan supaya rakannya membawa pergi lelaki itu dari situ.

Tengku Haizard mengesat bajunya yang di sentuh dengan belakang tangannya.

To be continued...

Book 2:Born To Be The LeaderWhere stories live. Discover now