Bab 80

63 6 0
                                    

Malaysia

Aisy Amni berlari keluar bila melihat sosok tubuh orang yang sangat di rindui dan di cari selama berbulan-bulan itu berdiri di depan pintu rumah Tengku Mikhail.

Tengku Haizard ketawa menerima sebuah tamparan sebagai hadiah pertama dari Aisy Amni selepas berbulan tak jumpa.

" I miss you..." Ujarnya menarik Aisy Amni ke dalam pelukanya, terubat sudah perasaan rindunya pada pemilik hatinya itu.

" Sampai hati you buat I macam ni. I cari you merata-rata! I called you banyak kali tapi you tak angkat. You janji nak call I bila semua kerja you dah sattle!" Marah Aisy Amni memukul dada Tengku Haizard.

Tengku Haizard memujuk Aisy Amni dalam pelukannya itu sambil tertawa kerana rajuk Aisy itu kedengaran sangat comel.

" Hah tahu pun jalan balik rumah. Mama ingat kamu menetap terus dekat Sabah tu." Perli Amira di depan pintu rumah. Tengku Haizard ketawa kuat mendengar perlian maknya itu.

Tengku Mikhail memberitahu Amira bahawa anak sulung mereka terpaksa tinggal lebih lama di Sabah dan tidak dapat dihubungi kerana masalah line.

Nasib baik Amira percaya dengan kebohongan suaminya itu.

Melihat bertapa gembiranya Tengku Haizard berbicara dengan Aisy Amni hati Aisha seperti di robek-robek.

Aisha tahu siapa Aisy Amni pada Tengku Haizard dan dia juga tahu bahawa Aisy Amni adalah kembarnya yang selama ini terpisah.

" Adam..." Panggil Aisha merangkul lengan Tengku Haizard.

" Hi, nice to meet you." Aisha hulur tangan untuk bersalaman dengan Aisy Amni.

Mata Aisy Amni tajam melihat lengan Tengku Haizard yang di peluk oleh Aisha itu. Aisha membuat Aisy Amni terpaku.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

2 hari kemudian...

Tengku Haizard mendekati Jessica yang rancak menari merakam video untuk di muat naik ke laman sosial Instagram miliknya.

" Apa hubungan you dengan Donald?"

" Siapa Donald?" Jawabnya tanpa menoleh masih meneruskan aktiviti yang baru di selami itu, siapa sangka rupanya Jessica mempunyai bakat menari.

" Bila you balik sini? Ingatkan dah tak mahu balik lagi." Ujar Jessica sinis sambil mengelap peluh dengan tuala.

" Haha Jess. Jess. Tolonglah berubah dan hentikan rancangan buruk you tu before you regret it."

" Apa you merepek ni? After 4 months tak jumpa now you nak accuse I buat benda tak elok pula! Respect sikit I ni mak suadara you tau bukan kawan-kawan you."

" Hahaha..."

" It's not funny!" Marah Jessica melempar tuala di tangannya pada Tengku Haizard.

" Respect is something you earn, not given. I know Donald is your ex and I know what you've done." Jessica meneguk air dengan rakus, tekaknya terasa kering mendengar kata-kata Tengku Haizard itu.

" I'm not mad but this is my last warning." Ujar Tengku Haizard sebelum pergi.

Ghuas kata Tengku Haizard terlalu lembut dan mudah memaafkan Jessica, dia menafikan kenyataan kawan baiknya itu kerana dia hanya menghormati Jessica sebagai keluarga.

Jessica membaling botol air minumannya ke lantai hingga pecah. Rasa takut dan marah bercampur baur di hatinya. Marah kerana dirinya di pandang remeh oleh Tengku Haizard. Takut kerana tahu apa yang akan terjadi jika Tengku Haizard rasa tercabar.

Lelaki itu terlalu kejam untuk memaafkan seseorang yang telah di anggap musuh.

" Kau tunggu Haizard. Kau dan ayah kau akan rasa macam mana aku sekarang ni! Aku janji akan buat korang menyesal seumur hidup."

Semua rancangannya musnah di tengah jalan kerana Donald di tangkap oleh pihak berkuasa. Jika Donald mengikut arahannya untuk menghapuskan Tengku Haizard pasti dia tak akan berada di situasi itu.

Tengku Mikhail pasti akan melutut padanya.

" Ya Allah darling, kenapa sepah-sepah ni? Siapa pula yang sakitkan hati you kali ni." Ujar Adam sambil menyusun bantal sofa yang berteraburan itu.

Setiap kali Jessica bad mood rumah mereka pasti berubah 180 darjah, seperti di landa garuda.

" Datin mana pula yang sakitkan hati you kali ni?" Tanya Adam duduk di sebelah Jessica yang masam mencuka itu.

" You nak I buat dorang datang melutut pada you atau you nak dorang bankrupt macam Datin Anis tu." Soalan itu Adam buat Jessica tersenyum.

Jessica tahu Adam tidak pernah main-main bila berkata kerana suaminya itu selalu membalas 2 kali ganda pada orang yang telah menyakitkan hatinya.

" Siapa pula mangsa mummy kali ni? Jangan ikutkan sangat permintaan merepek mummy tu daddy." Sampuk Nor Ansha yang baru balik bersama Thomas.

" Eh you tak tahu apa-apa jangan nak menyibuk. Baik you diam je kalau you tak nak I sumpah you jadi bisu macam husband you tu."

Nor Ansha menarik tangan Thomas naik ke atas, sakit hati mendengar hinaan Jessica yang tak pernah habis sejak kali pertama Thomas minta untuk memperisterikannya dan kini mereka sudah pun sah menjadi sepasang suami isteri.

" Darling tak baik cakap macam tu dekat anak kita." Tegur Adam lembut takut Jessica terasa.

" Ah peduli apa I. I memang tak suka budak bisu tu dan I tak akan pernah terima dia sebagai menantu I. Ni semua salah you!"

" Dah lah tu darling. Kita tak ada hak untuk mengatur siapa pilihan Ana. Kita sebagai ibubapa doakan yang terbaik untuk anak kita tu. Lagipun Thomas dah banyak tolong dan sentiasa ada di sisi Ana." Adam masih terkilan dengan peristiwa yang pernah menimpa anak perempuannya itu.

" Eee dah lah... Penatlah dengar you berceramah sebab si bisu tu."

" Lah you yang tak bagi dorang pindah. Condo yang Mika bagi sebagai hadiah perkahwinan Ana tu dah siap pasang perabut semua. Lagi cantik dari rumah kita, tunggu nak pindah masuk je."

" So now you nak anak kita duduk di rumah yang Mika sediakan. Eh you tak boleh fikir eh macam mana kalau Mika pasang camera tersembunyi untuk intai anak kita!"

Adam ketawa sambil memegang perutnya, sampai macam tu sekali Jessica bersangka buruk pada sepupu sendiri.

" Btw Haizard dah balik." Ujar Jessica berpeluk tubuh.

" You dengar tak? I cakap Haizard dah balik." Ulang Jessica geram bila Adam mengabaikannya.

" Dengar darling. Ye I tahu dia dah balik so?"

" Omg Adam, you're so slow. You tak takut ke what if Mika gives all the shares of Mikhail Holding to Haizard."

" Suka hati dia lah. Haizard kan anak dia."

" Habis kita macam mana? Apa yang kita dapat?"

" Shares you kan ada, so you dapat shares you lah."

" You are so st.... Eee annoying. Nanti bila you dah kena halau keluar dari Mikhail Holding you jangan nak minta tolong I ya."

Adam hanya mampu geleng kepala dengan perangai Jessica itu, makin tua makin takut hilang harta bukan nak dekatkan diri dengan yang Esa malah semakin jauh menyimpang.

To be continued...

Book 2:Born To Be The LeaderWhere stories live. Discover now