Majlis pertunangan Tengku Haizard dan Aisy Amni meriah walaupun tanpa kehadiran Tengku Mikhail dan Amira.
Anak buah Tengku Mikhail iaitu Rayyan, Hafiz, Shahrul, Iskandar, Adam, Hazid, Amirul, Khairul bersama keluarga mereka berkumpul dirumah Tengku Mikhail untuk meraikan majlis pertunangan Tengku Haizard dan Aisy Amni. Amir tidak bersama mereka kerana tugasannya di luar kawasan.
" Congratulations on your engagement abang. Mia doakan jodoh abang dan kak Aisy berpanjangan. Orang kata tempoh pertunangan ini banyak rintangan."
" Sedangkan laut sanggup ku renang apakan pula rintangan pertunangan. Small matter." Usik Ghuas menerima sorakkan dari anak buah Tengku Mikhail.
Meluat melihat kegembiraan itu Jessica bangkit ingin pulang.
" Darling, you nak pergi mana?"
" Majlis dah selesaikan. Semua orang pun dah balik." Ujar Jessica malas berlama di situ.
" Kenapa ni darling? Tadi I tengok you happy je berbual dengan rakan kongsi Mikhail Holdings. Sekarangkan satu family tengah berkumpul nanti kalau Zard tak nampak you kecil hati dia."
" Ish whateverlah. I penat I nak balik kalau you nak stay, you stay lah tapi kalau you balik lambat siap you." Balas Jessica.
Nor Ansha mendekati Tengku Haizard dan menyerahkan sebuah hadiah semperna pertunangan abang saudaranya itu.
" Tahniah." Ucapnya sepatah sebelum berlalu ke dapur.
Nor Ansha mengesat air matanya, sedar bahawa hati lelaki itu bukan untuknya bila Tengku Damia memperkenalkan Aisy Amni sebagai seseorang yang istimewa ketika datang bertandang ke rumah mereka.
Hatinya tetap terluka kerana sudah lama dia menyimpan perasaan lebih dari seorang adik pada abang saudaranya itu.
" Buat apa tu?" Tegur Ghaus dengan nada bergurau.
Nor Ansha menoleh kebelakang melihat Ghuas dan Thomas berdiri di pintu dapur. Ghaus memegang cawan manakala Thomas pula bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh.
" Eh Ana pun ada dekat dapur." Tegur Ghaus baru perasan dengan kehadiran Nor Ansha itu.
" Kenapa Aus nak tambah air ke?"
" Haah ye. Air minum dekat depan dah habis. Kek pun dah habis." Ujar Ghaus meletak cawannya di atas meja dapur.
" Jap Ana siapkan."
" Kau buat apa dekat sini." Tanya Ghaus pada Thomas yang memerhati gerak geri Nor Ansha itu.
" Nanti kau bawa air ke depan kalau kau busy sangat merenung anak dara orang. Kau jerit je nanti Ghan datang ambil." Pesan Ghaus menepuk bahu Thomas.
Nor Ansha tidak selesa untuk bergerak kerana rasa dirinya diperhatikan.
" Nah." Nor Ansha menyerahkan dulang air pada Thomas tanpa memandang mata lelaki itu. Dia mendongak bila hulurannya itu tidak disambut.
Thomas senyum kecil mengambil dulang dari Nor Ansha dan meninggalkan Nor Ansha terpinga-pinga disitu.
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.
Keesokan harinya…
Amir menghubungi Tengku Haizard sebaik saja dia menerima pesanan video daripada Tengku Mikhail.
Tengku Haizard mengarah semua untuk berkumpul di dalam bilik meeting.
" Assalamualaikum banyak benda yang berlaku sepanjang aku tiada dan Mikhail Holdings juga mungkin akan bertukar tangan." Ujar Tengku Mikhail bersahaja.
YOU ARE READING
Book 2:Born To Be The Leader
Adventure🌹 COMPLETED🌹 Dilahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang besar dan bahagia, segala keinginannya di penuhi dengan usaha dan sokongan keluarga tercinta, mengejar erti kehidupan dan mencari kenikmatan dunia tanpa halangan. Tengku Adam Haizard...