Bab 19

2.1K 93 4
                                    

GHANI menyusun satu persatu beg yang berisi senjata ke dalam bonet kereta, pisau belati dan peluru pistol diselit pada poket pintu kereta.

Ghaus pula semua perkataan tak elok keluar dari mulutnya tiap kali pasukannya dalam game PUBG membuat kesilapan.

Haq dan Thomas mengemaskan jaket di tubuh masing-masing, ini adalah misi pertama Haq dengan Tengku Haizard.

Sentuhan jari Thomas perlahan dibahu Haq menghilangkan sedikit rasa gementar didadanya, Haq berbalas senyum dengan Thomas sebelum turut melangkah ke kereta.

" Semua dah ready ke?. Kemaskan baju kau Aus." tegur Tengku Haizard dan terus masuk kereta.

" Dah." balas Ghani mengemaskan baju Ghaus dan menarik kembarnya naik kereta.

" Zard aku tertanya-tanya kenapa aku tak pernah dengar suara anak mat saleh tu." Ghaus memecahkan suasana sunyi antara mereka.

" Nama dia Thomas he is muted."

" Ohhh patutlah tak pernah dengar suara. Muka handsome macam Ronaldo mesti suara pun macho."

" Dah sampai." maklum Ghani menutup mulut Ghaus yang bermacam cerita dan soalan di tanya pada Thomas walaupun Thomas membalas dengan pendangan sepi.

" Be careful." pesan Tengku Haizard pada rakan-rakannya sebelum mendekati James yang sedang memberi arahan pada anak buahnya.

" Is everything ready?."

" Yes, everything is ready. The items will be there in 5 minutes." balas James.

" The goods have arrived." jerit anak buah James menyambut peti besi itu turun dari lori sebelum dipindahkan ke lori yang lain.

" Good luck and be careful on your way. Make sure to keep this safe." pesan James kerana bimbang jika barang itu rosak dia yang akan dipertanggungjawabkan.

Tengku Haizard membuat isyarat supaya Thomas duduk di sebelah Ghani yang menjadi pemandu perjalanan mereka malam itu.

Manakala dia menaiki kereta bersama Ghaus, Haq dan tiga orang anak buah James.

Tiga orang anak buah James kelihatan tersengguk-sengguk mengantuk.

Sepanjang perjalanan mereka di temani dengan nyanyian Ghaus yang seperti ingin tercabut anak tekak menarik note.

" Take me through the night
Fall into the dark side
We don't need the light
We'll live on the dark side
I see it, let's feel it
While we're still young and fearless
Let go of the light
Fall into the dark side
Fall into the dark side
Give into the dark side
Let go of the light
Fall into the dark side... "

" Aus..." Tengku Haizard memusing staring kereta ke tepi, Haq tercampak ke dinding kereta, mata anak buah James terbuntang, tersentak.

Haq menarik kolar baju dua orang anak buah James yang masih terpinga-pinga itu melompat keluar.

Mereka semua sempat melompat keluar dari kereta sebelum kereta itu jatuh ke jurang.

Tengku Haizard berlari laju kearah lori yang sudah terbalik kerana tayar pecah di tembak manakala Ghaus, Haq dan anak buah James berlari ke dalam hutan.

" 'Are you okay'. Ghan kau okay tak?." tanya Tengku Haizard berbisik pada telinga Thomas.

" Aku okay."

" Korang berdua pergi menyorok dulu biar aku check barang itu."

BANGG! BANGG!

Berdas-das tembakan berdentum di udara.

Book 2:Born To Be The LeaderWhere stories live. Discover now