" Our daughter." Mike menunjukkan gambar anak perempuannya yang sebijik seperti Aisy Amni.
" Ya Allah..." Zulaikha menangis, dia ingat anaknya benar-benar telah mati.
" I named her Aisha Tyson. She is healthy now." Ketika Tengku Mikhail menyerahkan Aisha padanya hidupnya berubah 180°.
Tengku Mikhail mencampak Aisha padanya tanpa dia sempat mempersiapkan dirinya.
Dia banyak meluangkan masa mencari doktor terbaik untuk membuat pembedahan anaknya berbanding mengembangkan perniagaannya. Kepalanya yang dulu dipenuhi dengan wang kini berubah.
Keadaan Aisha berlarutan hingga gadis itu berusia 15 tahun, selepas menerima hati yang sesuai, Aisha tidak lagi harus bergantung pada ubat-ubatan.
Mike pernah berjumpa Aisy Amni tapi sayang bila dia mencari background tentang gadis itu satu petunjuk pun tidak di temui.
Mike yakin ada orang yang menyembunyikan latar belakang gadis itu, tak sangka rupanya Tengku Mikhail di belakang semua itu.
Bagi mengelakkan dari pesaingnya sedar tentang kewujudan gadis itu Mike memutuskan untuk berhenti mencari tahu.
Melihat Aisy Amni yang terbaring diatas katil dengan alat bantuan penafasan itu buat Mike hilang kata. Wajah gadis itu sebijik seperti wajah puterinya walaupun gadis itu kelihatan pucat dan kurus.
Hospital, Moscow - OCT-10 09:00 AM
Tengku Haizard menyuruh adik kembarnya menjaga ibubapa mereka walaupun Dr. Aryan mengatakan bahawa pembedahan itu tidak berbahaya dia tetap susah hati.
" Zard, duduklah. Penat aku tengok kau ni." Tegur Ghaus sambil menunjuk pada Zulaikha yang tak henti berdoa dan beristighfar itu.
Dia tidak mahu Zulaikha bertambah susah hati bila melihat Tengku Haizard gelisah.
Pembedahan Mike dan Aisy Amni di jalan serentak bagi memudahkan pemindahan gingal dilakukan pada masa yang sama.
" What the h*ll hey sir this is a hospital you can't stand here like this... You guys will scare the other patients." Tegur jururawat itu.
10 orang bodyguards Mike mengawal sepanjang koridor termasuk pintu masuk bangunan hospital itu.
" What's your problem. I want to go inside too." Ujar jururawat itu ingin mengikut Tengku Damia.
" No." Balas bodyguard itu sepatah menghalang jururawat itu dari masuk.
" It's okay nurse you can go first." Ujar Tengku Damia pada nurse yang menolak kerusi rodanya itu.
Keselamatan Mike sepanjang pembedahan adalah tugas utama mereka. Line kerja mereka membuat mereka harus lebih berwaspada.
" Mia buat apa dekat sini?"
" Ish abang ni Mia dah sihatlah. Mia nak tunggu kak Aisy juga." Balas Tengku Damia memukul lembut lengan abangnya itu.
Ring. Ring.
" Yes. Okay." Tengku Haizard mencapai ipad dan membuka berita.
'Berita terkini: Pada 7 Oktober Amerika digemparkan dengan berita kes rompakan besar melibatkan Mr. Bill bekas president United States. Dilapurkan bahawa kes rompakan itu bukan hanya berlaku dikediaman beliau malah rompakan bersenjata tersebut itu juga berlaku di dua buah rumah lelongan dan muzium milik bekas president itu.'
' Pada 8 Oktober sekali lagi rumah lelongan milik bekas presiden itu dirompak, anggaran kerugian adalah mencecah 30 billion dollars (RM142.02 billion). Pagi ini kita digemparkan lagi dengan kematian Mr. Bill akibat serangan jantung.'
YOU ARE READING
Book 2:Born To Be The Leader
Adventure🌹 COMPLETED🌹 Dilahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang besar dan bahagia, segala keinginannya di penuhi dengan usaha dan sokongan keluarga tercinta, mengejar erti kehidupan dan mencari kenikmatan dunia tanpa halangan. Tengku Adam Haizard...