Bab 28

1.2K 73 1
                                    

RESTORAN mewah itu dipenuhi keluarga besar Tengku Mikhail mujur saja Tengku Haizard telah mengarahkan Haq untuk membuat tempahan awal.

Tempat itu merupakan salah satu port yang sangat terkenal disitu.

Makanan dan layanan yang unik restoran itu sering mendapat pujian ramai, layanan top class.

Ting. Ting. Ting.

Amir mengarahkan supaya pelayan mematikan muzik buat seketika.

" Ladies and gentlemens terima kasih kerana hadir bersama kami pada malam bagi meraihkan kejayaan penganti generasi kita." ujar Tengku Mikhail mendapat sorakkan dari pekerjanya.

" I malas nak cakap panjang so mari dengar ucapan dari main character of the day." Tengku Mikhail menunjuk pada anak sulungnya mengundang tawa semua.

" Terima kasih papa. Terima kasih pada semua sebab sanggup datang jauh-jauh untuk majlis graduasi kami bertiga. Terima kasih sebab sentiasa ada dengan Zard selama 22 tahun ini."

" Salah tu bukan 22 tapi 23 tahun." teguran itu mengundang ketawa para pendengar yang lain.

" Belum lagi Mirul bulan depan baru masuk 23." potong Khairul.

" Hah betul tu uncle Khai, selama 22 tahun ini banyak yang Zard dah belajar dan Zard yakin banyak lagi yang Zard perlu belajar dari uncles dan aunties semua."

" Booo kami belum jadi uncle bro." tegur Shahrul.

" Sokong! Kami muda lagi! Tarik balik! Tarik balik!." sorak Hafiz bergendang pada meja di ikuti dengan yang lain.

" Okay. Okay abang-abang sekalian, Zard berjanji Zard akan kalahkan papa dan dapat gelaran billionaire pada usia paling muda." kata Tengku Haizard mengalah.

" Gelaran millionaire dulu Zard baru boleh dapat gelaran billionaire."

" No Zard nak gelaran billionaire. Titik!."

" Tinggi angan-angan kau bro." tegur Shahrul walaupun mereka semua tahu yang ucapan itu bukan ucapan kosong.

" Woo jangan nak buat drama, cepat pass mic dekat dua copy cat tu kami dah lapar ni." jerit Badrul di sokong oleh Hafiz dan Shahrul.

" Nah turn kau." kata Tengku Haizard menyerahkan mic pada Ghaus, segan bila ditegur anak-anak buah ayahnya.

" Mic testing 1 2 3. Mic testing one two three. Okay semua saya nak buat satu pengumuman penting sebab alang-alang semua dah ada dekat sini kan."

" Tak ada benda yang lebih penting dalam dunia ni selain makan." potong Shahrul.

" Hahaha maaf, maaf sikit je saya nak cakap. Saya nak bagitahu yang saya berniat nak bertunang." umum Ghaus, mereka memandang pada Aisy Amni.

" Why semua pandang I? No. No. Not me." nafi Aisy Amni bersungguh-sungguh.

" Ehemm walaupun saya dan dia berbeza bagai langit dan bumi saya buat keputusan ini sebab saya tahu hal ini terbaik untuk dia dan juga untuk saya."

" Straight to the point jelah!"

" Sabar-sabar, saya berjanji yang saya akan setia kerana saya tahu setia itu mahal saya ingin mengikat dia terlebih dalu buat masa sekarang." sambung Ghaus.

" Woii kau nak ikat anak siapa?"

" Suka hati saja nak ikat anak orang."

" Anak siapalah yang malang itu."

" Aduhh sabar-sabar aku tak habis cakap lagi hahaha." jerit Ghaus sambil ketawa.

" Kau setia? Kau tahu ke apa itu setia Aus?. Baik kau jadi macam aku enjoy your life..." usik Shahrul disokong oleh kembarnya.

" Kau nak bertunang dengan anak siapa? Mak ayah budak tu redho ke anak dia jadi bakal isteri kau?" tanya Amirul bila keadaan sedikit tenang.

" Dia anak yatim piatu dan dia ada dengan kita semua malam ini." mereka menoleh kearah Aisy Amni lagi.

Aisy Amni menutup mukanya yang bertukar merah seperti tomato masak ranum itu dengan tangan.

" Umur Aisy berapa?"

" 19 bulan depan baru 20 tahun."

" Ohh Aisy muda tiga tahun dari Zard lah ye?" tanya Amira lagi menyentuh lembut lengan Aisy Amni.

" Yes, auntie."

" Aus hang jangan nak cari pasal, hang buat anak orang bunting ka?" tanya Mak Su sudah panas mendengar penguguman anaknya itu.

Muskil dan timbul sedikit kebimbangan pada hatinya bila anaknya yang seorang kaki perempuan itu tiba-tiba membuat keputusan untuk berkahwin.

" Aus hang sa... Tak apalah sambung balik ucapan hang." kata Mak su bimbang dengan fikirannya telah meleset jauh.

Tidak mungkin anaknya itu mengidap penyakit kritikal.

" Mak nak tanya apa?" bisik Ghani mengusap bahu Mak Su.

Mak su mengeleng kepala dan menepuk perlahan belakang tangan Ghani dibahunya.

" Mak jangan risau kami sihat walafiat dan masih waras." bisikkan Ghani melegakan hati Mak su, dia mencubit perlahan perut Ghani.

" Bila je hampa berdua waras?" Ghani mencium pipi Mak su sambil tersengih dengan ucapan maknya itu.

" Siapa gadis yang berjaya memikat hati kamu tu Aus? Kalau dengan Aisy mama setuju sebab Aisy gadis yang baik." kata Amira membuat dewan makan itu bingit dengan sorakkan.

Kening Tengku Haizard berkerut, tegang dengan ucapan maknya itu.

Hatinya rasa pelik.

" Kami tak setuju. Kami bangkang! Auntie Zu pun pasti tak setuju kan." bantah Amirul disokongan oleh kembar.

" Sabar-sabar bagi saya habis cakap dulu bawak bertenang ye semua, sorry mama but tekaan mama tu salah."

" So kau nak kahwin dengan siapa? Cepatlah! Meleweh la kau ni."

" Bukan kahwin aku nak tunang je dulu sebab saya yakin dia pun ada pilihan hati dia nanti." balas Ghaus.

" Siapa?" tanya mereka semua serentak.

" Aus nak ikat pertunangan dengan gadis pilihan Aus dan semestinya gadis itu bukan Aisy, siapa nak gadis kasar macam dia."

Aisy Amni menghadiahkan jelingan maut pada Ghaus yang sempat memerlinya itu.

" Pilihan Aus gadis adalah kecil di sisi Mia. Maria." umum Ghaus sambil melangkah kearah Maria yang terpinga-pinga tidak memahami situasi itu.

" Will you be mine?" tanya Ghaus melutut di sebelah kerusi Maria bagi menyamakan ketinggian mereka.

" Eww pedophile!" jerit mereka serentak.

" Wehh kau biar betul Aus dia muda 13 tahun dari kau. Did you know about this, Ghan?" tanya Haq sangkakan Ghaus hanya bergurau.

" Yup."

" What the f**k are you kidding me!. Dah tak ada perempuan ke dalam dunia ni." tanya Haq mengetap giginya menahan amarah.

Tengku Haizard menepuk lembut bahu Haq dan mengeleng kepalanya bila Haq ingin menyambung kata-katanya.

Tengku Haizard tidak mahu hal itu merosakkan majlis mereka.

" Okay enough let's stop talking about this and start dine, mama dah lapar." tegur Tengku Mikhail.

" Awat hang tak bincang dulu ka dengan kawan-kawan hang?" tanya mak Su sambil mengusap lembut lengan anak lelakinya itu.

" Haizard tahu ka tentang ni?" Ghaus mengeleng kepalanya perlahan, dia takut bertentang mata dengan Tengku Haizard.

" Aus keluar sekejap mak." pinta Ghuas sebelum mengikut Tengku Haizard keluar

Dia tahu bahawa dia perlu menjelaskan keputusannya itu pada Tengku Haizard.

" Okay guys, let's enjoy the dinner. Sayang nak tambah apa-apa?" tanya Tengku Mikhail pada Amira.

To be continued...

Book 2:Born To Be The LeaderWhere stories live. Discover now