Bab 82 - Wedding

99 13 0
                                    

Tiga bulan kemudian…

Hari yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu hari pernikahan Tengku Haizard dan Aisy Amni.

Pagi jumaat itu dimulai dengan bacaan ayat suci al-quran dan bacaan yasin sebagai doa selamat sebelum majlis angkat nikah dimulakan.

" Mika tok kadi dah sampai." Maklum Rayyan yang sejak berbaju melayu warna soft yellow itu.

" Assalammualaikum mana satu pengantin ni? Hush semua segak-segak, berapa orang bakal pengantin." Tanya tok kadi sebaik saja melangkah masuk dalam rumah.

Ruang tamu Tengku Mikhail dipenuhi oleh anak teruna dan jejaka-jejaka tampan berpakaian sedondon membuat tok kadi keliru.

" Yang baju putih tu Ustaz." Maklum Haniff menunjuk pada abangnya yang sudah bersiap sedia di kerusi depan tempat duduk kadi dan saksi yang disediakan.

" Owh handsome pengantin lelakinya. Mana pengantin perempuan?"

Suasana riuh dengan sorakkan sebaik saja Aisy Amni turun dari tangga dan berjalan ke atas pelamin yang telah disediakan itu.

" Apa nama awak?" Tanya tok kadi sambil menyemak identiti Tengku Haizard pada kad pengenalan dan borang nikah.

" Saudara? Saudara Tengku? Nampaknya pengantin lelaki kita dah tak sabar-sabar lagi." Tegur tok kadi mencuit lengan Tengku Haizard yang terpaku menatap Aisy Amni sampai tak dengar soalan yang di tanya.

" Sabar Zard sikit je lagi." Sorak mereka mengusik.

Merah telinga dan muka Tengku Haizard dek kerana usikan itu.

" Kita buat pengesahan dulu sebelum mula ya, suadara bernama Tengku Adam Haizard Bin Tengku Adam Mikhail?"

" Ya betul ustaz."

" Panjang betul nama kamu. Kalau dekat sekolah ni jenuh cikgu nak panggil. Nama pengantin perempuan Nur Aisy Amni Binti Mikail, betul?"

" Betul ustaz."

Pss: dekat sini Mike guna nama asal bukan nama selepas dia tukar.

" Eh nama bapa kamu berdua ni sama ke? Cuba tengok." Arah tok kadi pada saksi yang datang bersamanya untuk menyemak IC kedua pasangan itu.

" Bunyi je sama ustaz. Ejaan dan nama penuh lain." Jawab Tengku Haizard.

" Alhamdulillah semua lengkap. Mari kita mulakan Bismillah..." Maklum tok kadi sebelum memulakan bacaan khutbah nikah.

Pin. Pin. Pin.

Bunyi hon kereta bingit menarik perhatian mereka dan khutbah nikah terpaksa dihentikan seketika.

4 buah kereta milik Mike berhenti di depan rumah Tengku Mikhail, Mike turun dari kereta dengan di ikuti hampir 10 orang budak suruhannya.

Saksi yang datang bersama tok kadi berbisik sesama sendiri, sekumpulan lelaki berpakaian hitam itu berjalan masuk ke dalam perkarangan rumah Tengku Mikhail.

Saksi-saksi itu sudah bersedia untuk melarikan diri dek kerana mendengar kekecohan di luar rumah kerana Rayyan menghalang Mike dari masuk ke dalam.

" Mikhail! Come out! Mika f you man." Maki Mike sebaik saja nampak Tengku Mikhail keluar.

" Where is your manner? How shameless of you to show up here unannounced." Perli Tengku Mikhail.

" Manner? You've f**king kidding me. Not only, you hide my daughter, now you want to marry her off without my permission!"

" B***s**t! you were informed about this 3 months ago but you are the one who doesn't want to come." Balas Tengku Mikhail bersahaja.

" Move." Mike menolak tubuh Tengku Mikhail ke tepi, Rayyan cuba menghalang Mike tapi Tengku Mikhail memberi kebenaran untuk membiarkan Mike masuk.

" Like father like son. So shameless. Dare to steal my daughter!" Perli Mike pada Tengku Haizard.

Mike merenung Aisy Amni dari hujung kepala hingga ke hujung kaki, cantik dan berseri-seri bak bidadari. Wajah Aisy Amni sebijik seperti Aisha jika berdiri di samping pasti sukar untuk dibezakan.

Dia gembira untuk anaknya itu.

" Ustaz ini adalah ayah kandung pengantin perempuan." Maklum Tengku Mikhail.

" Owh wali pengantin, saya ingat ketua Mafia manalah tadi. Saya dah siap sedia nak lari dah tadi." Mereka tertawa mendengar seloroh tok kadi itu.

" Tapi kenapa kamu apply guna wali hakim." Tanya tok kadi membaca borang di isi.

" Maaf ustaz, but the father of the bride is not qualified to be a wali." Terang Haizard yang sedari tadi mendiamkan diri.

" Who said?" Sampuk Mike dengan selamba duduk di kerusi yang disediakan untuk Tengku Mikhail di sebelah Tengku Haizard.

" Do you know what the guardian's qualifications are?"

" Of course. I do." Balas Mike dengan yakin dan menyebut satu persatu syarat sah untuk menjadi wali nikah.

   1) Islam.
   2) Baligh.
   3) Lelaki.
   4) Merdeka.
   5) Tidak fasik, kafir, atau murtad.
   6) Bukan dalam ihram haji atau umrah.
   7) Waras- tidak cacat akal fikiran atau gila.

Selepas Tengku Haizard menyatakan hasrat ingin berkahwin dengan Aisy Amni, Mike mula slow-slow belajar dan bertemu ustaz untuk mengangkat syahadah semula kerana bimbang Islamnya terbatal kerana cara hidupnya.

Dia hidup dalam dosa tapi dia ingin menjadi wali kepada Aisy Amni walaupun dia tak pernah ada dalam hidup Aisy Amni selama ini.

" The bride's guardian please go do solat taubat before we start the wedding ceremony." Arah tok kadi itu.

" Aku kahwinkan engkau dan aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku Nur Aisy Amni Binti Mikail dengan emas kahwinnya bernilai RM… tunai!"

" Aku terima nikahnya Aisy Amni Binti Mikail dengan emas kahwinnya berjumlah RM… tunai!"

" Sah."

" Sah." Kata saksi.

Mike ketawa lega walaupun sudah berbulan praktis dan menghafal lafaz nikah dia tetap gugup.

Saat ini merupakan kali pertama Tengku Haizard dan Mike berasa cemas dan gugup seumur hidup mereka. 

Selesai sudah majlis akad nikah dan majlis kesyukuran pada hari jumaat yang mulia itu, hanya tinggal majlis bersanding saja lagi.

" Nampaknya malam pertama kau kena posponed lah ye." Usik Ghuas.

Amira melarang Haizard berkongsi bilik dengan Aisy malam itu kerana bimbang pasangan itu akan letih untuk majlis resepsi pada keesokkan harinya.

" Is that your outfit for tomorrow?"

" Yup." Balas Aisy yang sedang memakai mask pada mukanya.

" I can't wait to see you wear it. Did you see Adam's face earlier? He looked so mesmerized by your beauty. Luckily his brother shook him." Ujar Aisha sambil ketawa.

" Betul nasib baik tak meleleh air liur abang Zard tengok kak Aisy tadi. Esok mesti abang Zard lagi terpukau tengok akak." Sampuk Damia dan di setujui oleh Nor Ansha.

" Ana, kenapa Jess tak ada majlis tadi?"

" Ada mungkin kak Aisy tak perasan kot. Masa akad nikah mummy tak sempat tengok."

Aisy Amni tak tahu situasi sebenar hanya tahu bahawa sudah 3 bulan Adam melarang Jessica keluar rumah, Jessica hanya dibenarkan berjalan dalam kawasan rumah sahaja.

Sejak dari 3 bulan lalu juga Aisy Amni sering berbalas masej dengan Jessica.

Mereka berempat terkejut bila tiba-tiba pintu dibuka dengan kasar dari luar.

" Ada apa Jess?" Tanya Damia.

To be continued...

Book 2:Born To Be The LeaderWhere stories live. Discover now