Ghaus membuka pintu bilik untuk melihat keadaan Tengku Haizard.
" Doktor cakap kau tak boleh banyak bergerak takut nanti jahitan terbuka." Ujar Ghaus membantu Tengku Haizard duduk.
" Nah." Ghaus menghulur segelas air dan mencapai telefon Tengku Haizard yang tidak henti berdering.
" Hello."
" Hello Zard, susah betul you nak angkat call I." Marah Aisy Amni.
" Sorry sayang... I busy sikit dua tiga harini." Balas Tengku Haizard menahan dirinya dari batuk. Tekaknya masih terasa kering.
" Nampaknya ada orang rindu suara kitalah." Usik Tengku Haizard sambil menghalau Ghaus keluar.
Ghaus membuat muka nak muntah lalu keluar, lucu melihat kawannya itu seperti seekor lebah baru bertemu dengan queen of bees.
" Zard dah bangun ke?"
" Dah. Tengah bergaut dengan gf dia. Ish geli telinga aku pagi-pagi ni." Kata Ghaus mengosok telinganya. Haq ketawa.
" Jealous ke bro?" Usik Haq.
" Pukul berapa dekat sana sekarang ni?" Tanya Ghaus pada Haq yang sedang menyediakan sarapan untuk mereka itu.
" 8 petang."
" Ish baru pukul 8, tak kan dia dah tidur kot. Susah betullah budak ni nak angkat call."
" Mak Su kan tak bagi dia guna handphone."
" Yelah, sebab tu aku call mak aku ni. Susah betul nak angkat call. Saja nak seksa jiwa raga aku lah tu." Ghaus melihat kearah kembarnya yang baru naik dari basement dalam keadaan berlumuran darah.
" Weh kenapa tak bersihkan dulu." Tegurnya sambil menutup hidung. Pagi-pagi dah sedut udara tercemar.
" Hilter dekat bawah rosak." Ujar Ghani sambil mengelap dadanya yang terkena darah dengan tuala.
" Ops sorry aku lupa nak ganti yang baru." Thomas mencuit bahu Haq dan membuat isyarat bahawa dia akan mengantikan hilter yang baru.
Haq mengangguk laju sambil berterima kasih, mujur saja bukan Tengku Haizard yang mengunakan bilik air di basement jika tidak pasti dirinya akan dimarahi.
Two days before.
Manhattan Auction's House, New York.
Tengku Haizard, Ghuas dan Thomas berjalan keluar dari rumah lelongan menuju ke tempat letak kereta.
Tengku Haizard berpusing dan mengejar seorang lelaki berpakaian hitam selepas mengisyaratkan supaya Thomas mengejar seorang lagi yang cuba melarikan diri menggunakan sebuah kereta Mercedes.
" Sh*t.. What the h*ll bro?" Tanya Ghaus sebelah Tengku Haizard.
" Kau tunggu sini aku pergi ambil kereta." Ghaus menepuk bahu Tengku Haizard yang telah mencekik lelaki itu hingga pengsan.
Thomas merentap kasar lengan dan menghempas tubuh lelaki itu ke lantai menyebabkan lelaki itu mengerang kesakitan sebelum membawa lelaki itu ke kereta mereka.
' Shhh.' bisik Thomas di tepi telinga lelaki itu bila orang melihat mereka. Pisau ditekan pada pinggang agar tidak melawan.
" Kau okay tak bro?" Tanya Ghaus selepas memasukkan lelaki yang pengsan tadi ke dalam bonet kereta.
" Aku okay." Jawab Tengku Haizard menoleh pada Thomas dan seorang lelaki di kerusi belakang.
Melihat Tengku Haizard berpeluh dan pucat, Ghaus meninggikan suhu aircon kereta.
Tengku Haizard menyelak baju kotnya dan menekan tuala pada behagian bahunya yang terkena peluru.
" Hello... Haq call Dr. Aryan." Arah Ghaus sebelum memecut kereta pulang ke rumah.
YOU ARE READING
Book 2:Born To Be The Leader
Abenteuer🌹 COMPLETED🌹 Dilahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang besar dan bahagia, segala keinginannya di penuhi dengan usaha dan sokongan keluarga tercinta, mengejar erti kehidupan dan mencari kenikmatan dunia tanpa halangan. Tengku Adam Haizard...