Bab 87

52 7 0
                                    

3 bulan kemudian...

" Sekejap kau 3 bulan ye bro! Mama kau hampir jatuh sakit sebab risau dan rindukan kau." Ujar Ghaus duduk di sebelah kanan Tengku Haizard manakala Ghani di sebelah kiri.

Tengku Haizard membawa diri ke tempat kali pertama dia bertemu dengan isterinya. Tempat di mana perasaan cinta pada Aisy Amni berputik.

" Aku bukannya tak call. Hari-hari aku ws mama, berbalas khabar." Balas Tengku Haizard, kawan baiknya itu over je lebih.

Saja nak buat dia rasa bersalah keluar dari rumah tanpa pamit pada Amira dan Tengku Mikhail.

Walaupun menyepikan diri selama 2 bulan sebelum menghubungi Amira dan Tengku Mikhail, selama 2 bulan itu dia tetap email kerjanya pada Haq dan dia tidak lupa tanggungjawabnya sebagai seorang ketua pada pekerja dan juga keluarga tercinta.

" Kau tahu tak ramai clients datang cari kau. Kesian aku tengok si Haq tu sampai tak sempat mandi."

" Sekarang semua online. Buat apa jumpa face to face. Buang masa." Jawab Tengku Haizard bersahaja.

" Yelah tapi kalau jumpa depan-depankan lebih afdal."

" Banyaklah kau. Sebenarnya kau rindu aku kan." Usik Tengku Haizard.

" B**sh*!." Maki Ghaus mengundang tawa kuat dari Tengku Haizard dan Ghani.

Mereka bertiga termenung melihat kesibukkan jalan dan umat manusia.

Tiba-tiba Ghaus mengeluh kuat dan berkata.

" Sampai bila kau nak bawa diri macam ni? Tak berlayar sebuah kapal tanpa nahkoda."

Tengku Haizard faham maksud Ghuas tetapi kerana kemalangan yang telah meragut isteri tercinta itu banyak benda yang perlu di selesaikan.

Dia ke Italy untuk memujuk hati Mike yang murka kerana kehilangan anak yang baru dijumpai dan ke Sweden untuk selesaikan urusannya dengan Donald.

Kesibukkan itu sedikit sebanyak membantunya untuk tak memikirkan Aisy Amni walaupun setiap malam dia masih di hantui dengan suara jeritan Aisy Amni dan Jessica ketika jatuh dari bangunan Mikhail Holding.

" Aku tak boleh balik lagi... Ada beberapa perkara lagi yang aku perlu selesaikan di sini."

" Apa lagi yang nak diselesaikan. Semua tugas kau di sini sudah pun selesai." Mereka berdua datang untuk menjemput Tengku Haizard kerana mereka tahu semua urusan Tengku Haizard sudah selesai.

" Let her go bro. Biarkan dia tenang dekat sana. Kalau dia tahu yang kau akan meratap macam ni pasti dia akan kecewa. Dia wanita yang kuat begitu juga kau."

" Aku tak sekuat dia." Balas Tengku Haizard perlahan.

" No bro. Kau kuat! Kalau kau tak kuat dah lama aku tinggalkan kau. Aku tak panggil pengecut sebagai brother."

" Balik jom bro. Kami semua rindu kau." Celah Ghani yang menjadi pendengar.

" Btw shipment dari Russia untuk senjata baru tu dah nak sampai ke TH Invictus." Tambahnya lagi.

" Ish kau ni! Tak nampak ke kitaorang tengah nak feeling feeling ni." Marah Ghaus, geram.

" Tapi benda tu urgent. Siapa nak sign DO kalau Zard tak ada." Balas Ghani, kalau Tengku Haizard tak sign senjata itu tak boleh di keluarkan.

" Benda tu cakap nanti-nantilah. Benda lambat lagi sampai."

" Haq cakap kapal ETA 13/10 ni." Balas Ghani tak puas hati, jika barang itu terlepas mereka terpaksa menunggu tempoh masa yang lama lagi untuk barang itu di re-import.

" Lambat lagi ada seminggu lagi. 11/10 kita gerak baliklah sekarang kita pergi jalan-jalan dulu." Ajak Ghaus.

" Tapi kalau kita terlepas macam mana?"

" Alah kita boleh minta port hold dulu container tu nanti kita balik kita pergilah pick-up. Jomlah aku lapar dari pagi aku tak makan sebab cari kau." Ajak Ghaus, Ghani mengeluh terpaksa mengalah dengan kembarnya itu.

" Korang pergilah dulu aku tengah tunggu seseorang jap." Ujar Tengku Haizard.

" Kau tunggu siapa? Kau dah move on dari Aisy ke?" Ghaus sempat mengelak bila Tengku Haizard ingin menyepak kakinya.

Ghaus dan Ghani menoleh kearah yang di lihat oleh Tengku Haizard, ada seorang gadis sedang berlari anak dan tersenyum lebar melambai Tengku Haizard.

Mereka berdua terkedu melihat wanita itu sebijik seperti Aisy Amni dari segi wajah dan cara berpakaian, seperti mereka melihat Aisy Amni hidup kembali.

Aisha!

Apa perempuan itu buat disini dan kenapa dia bersama Tengku Haizard, Ghaus menoleh memandang wajah beku Tengku Haizard itu dengan penuh tanda tanya.

" Bro..." Belum sempat soalan di ajukan Tengku Haizard menolak pipi Ghaus.

" Hi Ghaus... Hi Ghani... What brings you guys here?" Tegur Aisha, ceria.

" What the f are you doing here? Dia dengan kau ke Zard?" Tanya Ghaus penuh penasaran.

" Nope. Tak nampak ke dekat belakang tu." Ghaus melihat ke arah yang di maksudkan, dia melihat 4 orang lelaki berpakaian hitam mengikut dan memerhatikan Aisha dari jauh.

Entah berapa ramai bodyguards yang bersembunyi di situ dihantar oleh Mike untuk menjaga dan mengawal anak perempuannya itu.

" What the f, dia buat apa dekat sini then? Kau dah jadi balaci Mike ke apa huh?" Tanya Ghaus tak puas hati.

Bukankah tempat itu mempunyai banyak memori tentang Aisy Amni. Kenapa lelaki itu bertindak seperti tiada apa-apa berlaku?

Tengku Haizard tersenyum sinis mendengar soalan Ghaus itu. Aku balaci Mike? Huh in your dream.

" Aku pun tak tahu macam mana dia boleh muncul dekat sini. Dia ni macam stalker." Balas Tengku Haizard memandang Aisha di depannya tanpa perasaan.

" Stalker? Where's he? Did he follow me?" Aisha cuak melihat sekeliling. Tengku Haizard tersenyum sinis.

" Kau buat aku cuak bro. Aku ingat kau masih belum move on dari Aisy dan nak jadikan dia sebagai pengganti Aisy."

Dahi Aisha berkerut bila nama kembarnya di sebut, apa yang dibualkan oleh dua orang lelaki itu dalam bahasa yang tidak di fahami.

" Did you get what you were looking for?" Tanya Tengku Haizard.

" Yup, do you want to see it? It's beautiful, isn't it? I really want this item..." Aisha menunjuk cendera mata yang dibeli itu dengan penuh keterujaan.

" Good for you, let's go." Balas Tengku Haizard tanpa melihat cenderamata yang di beli oleh Aisha itu.

Ghaus geleng kepala melihat Aisha berlari mengejar langkah Tengku Haizard itu.

Apalah yang buat perempuan itu tertarik dengan sikap dan wajah beku Tengku Haizard itu?

To be continued...

Book 2:Born To Be The LeaderWhere stories live. Discover now