10 tahun kemudian...
" Kau buat apa dekat sini. Puas kitaorang cari kau dekat atas." Terkejut dengan kemunculan Amir itu hampir terlepas pisau belati ditangannya.
" Dah nak jadi pengantin pun kau masih masuk sini. Habislah mengamuk mak kau kalau dia tahu. Dah pergi naik atas."
Dia berlari naik keatas takut terus di bebel oleh bapa saudaranya itu.
" Kau pergi mana bro?" Tanya Haq.
" Hehe ronda-ronda."
" Banyaklah kau ronda-ronda naik atas bersiap Mua dah sampai." Arah Haq menyepak punggung kawannya itu.
" Hi boleh kami masuk?" Tanya Haniff di depan pintu bilik bersama kembarnya dan Hafiz.
" Masuklah." Ajaknya tanpa berpaling kerana tidak mahu menganggu kerja Mua sedang memakaikan make up dan membuat rambutnya kemas.
" Aku nervous weh… kalau aku tersasul macam mana?"
" Kalau kau tersasul sampai mati kitaorang sakat kau." Jawab Haq mengundang tawa mereka semua.
Mereka ralit melihat tangan laju Mua itu mempersiapkan pengantin lelaki.
" Weh korang janganlah tenung dia macam tu." Haniff ketawa pipinya ditolak ke tepi. Dah macam nak masuk dalam beg Mua di tenungnya.
" Sis you belum kahwin right?"
Hampir tersedak air liur Mua itu bila tiba-tiba Haniff menanyakan soalan cepumas itu. Dia mengangguk mengiyakan soalan itu.
" Btw, my name is Haniff. I panggil you sis bolehkan." Mua itu mengangguk laju. Di kelilingi 5 orang jejaka tampan itu buat hatinya gugup dan berdegup kencang.
" I bet your age is around 28 and 30 years old right?" Mua itu mengangguk laju lagi. Bagaimana lelaki itu boleh meneka dengan tepat sedangkan ramai cakap umurnya seperti 25-27 tahun.
" Apa nama you?" Tanya Haniff lagi. Mereka berlima termasuk bakal pengantin fokus dengan perbualan itu sambil tersenyum sinis.
Mereka tahu yang Haniff nak masuk jarum sebab lelaki itu baru saja putus cinta.
" Nama I Sarah."
" Salam kenal Sarah." Balas mereka berempat serentak sengaja ingin mengusik.
" Weh korang janganlah usik dia. Tak siap mekap aku ni kang!"
Knock. Knock.
" Pengantin lelaki tak siap lagi ke? Kang lambat kita nak gerak ke Masjid." Tanya Shahrul di depan pintu.
" Harith sini dekat uncle." Harith adalah anak kepada Damia dan Haris, Harith mengeliat supaya Shahrul meletakkan.
Sejak pandai berjalan anak saudara sulong Tengku Haizard berusia 2 tahun itu sangat lincah dan hyperactive.
" Haris mana?" Tanya Haq. Suami Damia itu masih kekok bergaul dengan mereka semua lepas tahu pekerjaan sebenar mereka.
Flashback.
" Kau yang nak kahwin dengan adik aku!" Haris mengangguk laju dan terkurung antara dinding dan tiga orang lelaki berbadan sasa itu.
" Aku abang Mia."
" Kami adik kembar Mia."
Haris takut-takut menyambut huluran tangan Tengku Haizard, Haniff dan Hasiff. Dia terkejut bila melihat dua orang lelaki mengheret seorang lelaki terkulai tidak sedarkan diri.
" Bawa dia pergi dulu." Arah Tengku Haizard pada Ghuas dan Ghani.
" Kau ikut kami."
Sebaik saja sampai ke dalam sebuah bilik gelap kain yang digunakan untuk menutup mata Haris di buka oleh Haniff.
YOU ARE READING
Book 2:Born To Be The Leader
Adventure🌹 COMPLETED🌹 Dilahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang besar dan bahagia, segala keinginannya di penuhi dengan usaha dan sokongan keluarga tercinta, mengejar erti kehidupan dan mencari kenikmatan dunia tanpa halangan. Tengku Adam Haizard...