Bab 86

57 10 5
                                    

Tengku Haizard menyambut jenazah Aisy Amni yang di hulur oleh ayahnya dan membaringkan jasad itu ke dalam liang lahad.

Selesai pemakaman Jessica dan Aisy Amni secara bersebelahan, mereka memberi ruang pada Tengku Haizard untuk bersendiri.

Dia menangis memegang batu nisan, tangisan sayu Tengku Haizard itu bergema di tapak perkembumian islam itu.

Tubuhnya menggeletar menahan diri dari terus menangis dan tak mahu meratapi pemergian isteri tercinta itu.

" I ingat I kuat tapi sebenarnya I tak kuat Aisy... I tak kuat! I lemah sebab tu I tak pernah membayangkan hidup I tanpa you."

" Macam mana I nak terima semua ni bila you pergi tinggalkan I tanpa amaran macam ni sayang."

Dadanya rasa sesak.

" Kau ni ada nyawa banyak macam kucing ke?" Wartawan itu menjerit kesakitan kerana Ghuas mencekak kolar bonenya.

Ghaus merampas camera milik wartawan itu, jika gambar Tengku Haizard sekeluarga dan moment pengebumian itu terlepas ke public repotasi Mikhail Holding akan terjejas.

" Kenapa majlis resepsi Tengku Haizard dan Aisy Amni hari ini dibatalkan?" Dalam kesakitan wartawan itu tetap ingin mengorek apa yang telah terjadi pada keluarga billionaire itu.

Jika dia berjaya menyiarkan berita itu tentu dia akan mendapat ganjaran yang besar.

" Kau ni!" Ikutkan hati pecah muka wartawan itu di hentam tapi mereka masih di kawasan perkuburan, Ghaus mematikan niatnya.

" Kau nak pergi mana?" Ghuas mencengkam belakang leher wartawan itu jatuh melutut di atas jalan tar.

" Nyawa kau ada banyakkan? Kau ni orang dah bagi muka melebih-lebih pulak kau." Marah Ghuas mencapai cangkul dan mengheret wartawan itu masuk ke semak.

" Tolong! Tolong! Tolong maafkan aku. Aku janji lepas ni aku tak kacau korang dah. Tolong jangan bunuh aku." Dia ketakutan kerana tahu semua khabar angin tentang keluarga pemilik Mikhail Holding adalah benar.

Tapi tetap memberanikan diri mengekori Tengku Haizard untuk mendapatkan berita sensasi.

" Kau nak sangat matikan. Hah mati kau!" Ghuas menanam wartawan itu tanpa menghiraukan rayuan dan jeritan lelaki itu.

" Kau buat apa?" Tegur Tengku Haizard mendengar suara orang menjerit dari dalam tanah.

" Kau nak balik dah ke?"

" Haah jom lah balik." Ghaus mengangguk faham mengikut Tengku Haizard ke kereta.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Aisha mendekati ayahnya dan Tengku Haizard yang kelihatan tegang itu.

" Dad, are we going back tomorrow?" Tanya Aisha kerana malam itu adalah malam terakhir kenduri tahlil tiga malam berturut-turut.

Aisha rasa sesak dengan sitausi itu, dia juga berasa iri dengan kembarnya kerana ramai orang menyayangi dan merasa kehilangan dengan kematian kembarnya.

Dia rasa seperti dirinya tidak di sedari oleh keluarga Tengku Haizard dan Tengku Haizard sendiri. Hatinya juga sakit tiap kali Tengku Haizard cuba mengelak darinya.

" Yeah, we are going back, there is no point for us to stay here any longer. As I said I will take Zulaikha with me. I'm very disappointed in you Haizard. You should handle her before this happened."

" I'm sorry this happened because of my carelessness."

" Your apology is worthless. It's too late and you'll make up for this." Ujar Mike membawa Aisha pulang ke hotel yang di inap.

Kenduri kahwin bertukar menjadi kenduri tahlil berita kematian Jessica dan Aisy Amni hanya di maklum kepada kenalan rapat dan pekerja-pekerja Mikhail Holding sahaja.

" Ma door gift yang kak Aisy buat ni nak letak mana?" Tanya Damia.

" Isi dalam container atas cabinet dapur. Goodies tu bagi pada mama biar mama bawa naik ke bilik abang Zard." Door gift itu di sediakan oleh Aisy Amni untuk diberikan kepada para tetamu undangan.

Niat Amira untuk masuk ke dalam bilik anaknya terbatal. Dia sebak dan terkedu melihat Tengku Haizard menangis memeluk dress terakhir yang dipakai oleh Aisy Amni pada hari akad nikah mereka.

Tubuh anaknya yang tegap dan gagah itu kelihatan sangat kecil dimatanya.

" Shhh jangan nangis. Kalau Zard nampak dia akan bertambah susah hati."

" Tapi abang, Mira rasa bersalah sangat sebab Mira tak boleh bantu anak kita." Ujar Amira memeluk suaminya.

Pada malam pertama tahlil anaknya itu kelihatan tenang memimpin bacaan yasin, jadi Amira memujuk hatinya supaya tidak overthinking.

Amira memaksa Tengku Haizard untuk tinggal bersama mereka buat sementara waktu kerana bimbang anaknya kesunyian.

" Aisy!" Jeritan Tengku Haizard itu bergema di tingkat atas banglo 3 tingkat itu.

Amira memeluk erat Tengku Haizard yang tersedar dari mimpi buruk itu.

" Hanya Allah yang tahu perasaan kamu tapi kamu perlu redha dan ikhlas, Allah lebih sayangkan dia." Pujuknya.

Sejak dari malam itu Amira dan Tengku Mikhail berpindah ke sebelah bilik Tengku Haizard. Amira bimbang kesihatan Tengku Haizard terjejas kerana kurang tidur.

" Ana datang dengan siapa? Thom mana?" Tanya Damia kerana sepatutnya Nor Ansha berehat di rumah Adam.

Terkejut dengan kejadian dan kematian Jessica dan Aisy Amni, Nor Ansha mengalami pendarahan teruk dan hampir saja kehilangan anak yang di kandung.

" Ana nak jumpa abang Zard. Ana nak minta maaf sebab mummy... Sebab mummy abang Zard kehilangan kak Aisy. Ana nak minta maaf..." Rayu Nor Ansha.

Damia memeluk erat Nor Ansha, simpati pada Nor Ansha yang baru kehilangan ibu dan juga di selubungi rasa berdosa pada Tengku Haizard.

Hanya masa saja yang boleh mengubati segalanya.

Selepas kematian Jessica, Adam menarik diri dari Mikhail holding, Adam tak dapat memaksa dirinya untuk menjejakkan kaki ke dalam bangunan itu kerana tempat itu telah meragut nyawa isterinya.

Bersimpati dengan nasib Adam, Rayyan menawarkan Adam tinggal bersamanya supaya mudah Adam mendapatkan rawatan dari isterinya, Dr. Raihana.

Seminggu selepas itu...

Amira membaca nota yang ditinggalkan oleh Tengku Haizard sebelum anaknya itu menghilangkan diri.

' Mama, maafkan abang pergi tanpa pamit. Abang minta izin untuk pergi sekejap kerana ada perkara penting yang perlu diselesaikan.'

To be continued...

Book 2:Born To Be The LeaderWhere stories live. Discover now