Bab 2

5.7K 235 12
                                    


TENGKU HANIFF menjeling kembarnya tajam kerana dipersalahkan atas punca mereka berdua dipanggil Tengku Mikhail.

" NO aku tak buat apa-apa pun kali ini." balas Tengku Haniff mempertahankan dirinya, menyilang lengan ke dada.

" Manalah tahu kau kan selalu cari pasal dengan anak clients Papa Si Pidul tu."

" Siapa suruh budak tu lembik sangat, tak macam lelaki lansung." balas Tengku Haniff membela dirinya.

" Tu aku setuju tapi aku tak suka bila kena panggil dengan papa."

" Sama. Aku pun tak suka." keluh Tengku Haniff.

" Padan muka korang berdua kena panggil, sorang suka kacau anak dara orang, sorang lagi pula tak habis-habis bergaduh." sampuk Tengku Damia.

" Eleh Mia tu cakap dekat kita orang, Mia ingat kita orang tak tahu ke yang Mia kena gantung sekolah sebab patahkan hidung anak pengetua sekolah semalam."

Kakak mereka itu baru saja tingkatan satu tapi telah mempunyai ramai pengikut sendiri di sekolah.

" Ohhh Aniff rasa Aniff tahu kenapa Mia dekat rumah sebab kes tulah kan." usik Tengku Haniff membuatkan muka Tengku Damia bertukar merah padam.

" Itu Tak Sengajalah!." balas Tengku Damia mengetap gigi.

Kemalangan itu terjadi kerana anak pengetua sekolah membaca diary miliknya didepan semua rakan kelasnya.

Pihak sekolah tidak mahu membesarkan perkara itu dan terpaksa memanggil ibunya ke sekolah.

Pihak sekolah telah memutuskan untuk memberi cuti kepada Tengku Damia dan anak pengetua sekolah.

Hal itu membuatkan dia di hukum oleh ayahnya untuk menggunakan sebelah tangan ketika berlatih memasang pistol selama seminggu.

" Niff jom tolong Mama dekat dapur, duduk sini lama-lama nanti kita pula yang patah hidung."

" Lari!." kembar dua orang itu mengekek ketawa bila Tengku Damia membaling bantal kearah mereka.

Mereka sangat suka mengusik Tengku Damia kerana kakak mereka itu mudah menanggis dan selalu bereaksi seperti yang mereka inginkan.

Tengku Haizard tertawa melihat Tengku Damia yang melepaskan amarahnya pada remote tv itu.

Kasihan remote yang tidak bersalah itu menjadi mangsa, seperti nak tercabut punat remote itu ditekan.

" Abang nak pergi mana?."

" Abang nak pergi jumpa papa."

" Mia nak ikut."

" Abang nak jumpa Papa sweetheart." ulang Tengku Haizard lagi.

Hanya orang yang punya urusan penting saja yang dibenarkan untuk turun ke basement rumah itu.

Bahagian rumah itu telah diubah suai sebagai pejabat dan tempat Tengku Mikhail menyimpan dokumen milik clientnya.

Tengku Mikhail masih boleh bertolak ansur jika anak-anaknya masuk ke pejabatnya tetapi tidak pada bahagian tertentu dalam basement itu.

Book 2:Born To Be The LeaderWhere stories live. Discover now