" Assalammualaikum mama... papa." Tengku Haizard mencium tangan mak ayahnya.
Amira menarik Tengku Haizard ke dalam pelukannya.
Terkejut dengan perubahan ketara pada fizikal anaknya itu, pipi cengkung dan badan kurus. Sangat berbeza hingga dia tidak sangka bahawa itu anaknya.
" Selesai sudah kerja kamu?"
Amira memukul lengan suaminya, bukan nak tanya khabar malah hal kerja juga soalan pertama suaminya itu.
" Sudah papa."
" Baguslah minggu depan kamu boleh lapor diri dekat Mikhail Holding. Banyak kerja yang perlu kamu selesaikan."
" No! Zard jangan dengar cakap papa kamu ni. Rehat saja dulu bila kamu dah rasa sihat sepenuhnya baru masuk kerja." Larang Amira.
" Abang tak sakitlah mama." Balas Tengku Haizard memeluk maknya itu.
" Kalau Zard tak masuk kerja terus boleh tak Ma?" Usik Tengku Haizard sambil ketawa kecil.
" Kenapa pula tak boleh! Boleh je mama lagi suka kamu duduk rumah dengan mama." berkerut dahi Tengku Mikhail mendengar jawapan penuh keyakinan isterinya itu.
" Sayang kalau Zard tak masuk office abang kena masuk tau."
" Alah selama 3 bulan Zard tak ada abang bukannya masuk office pun. Abang dah retired. Jangan nak tipu saya." Amira mencubit lengan kekar suaminya itu.
" Haii nasiblah badan abang ni kekar kalau tak habis isi ni dicubit." Sunggutnya kuat supaya didengari oleh Amira yang hilang ke dapur itu.
" Pa, Zard ingat nak balik rumah Zard malam ni."
" Tidur saja di sini."
" Rumah dah lama tinggal kosong, Pa. Esok Zard akan masuk office."
" Tidur sini..."
" Abang Zard. Mia rindu abang." Damia berlari memeluk erat tubuh abangnya itu.
" Mia sihat?"
" Alhamdulillah sihat. Kenapa abang tak call Mia langsung. Abang tak rindukan Mia ke?"
" Eh siapa nak rindukan awak. Awak tu asik merengek je." Perlian Haniff buat Damia naik hantu.
Bingit rumah itu dengan suara anak-anak Tengku Mikhail, melakar senyum bahagia di bibir Amira.
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.
Amira terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu rumah Tengku Haizard. Alangkah terkejutnya mereka bertiga ketika melangkah masuk ke dalam rumah itu.
Ruangan rumah itu di penuhi dengan gambar Aisy Amni pada dinding rumah, diatas sofa dan diatas lantai.
" Banyaknya gambar kak Aisy." Tegur Haniff mengangkat gambar Aisy Amni yang di lakar atas sebuah canvas besar itu.
" Haizard! Ya Allah abang." Amira terkejut melihat bilik Tengku Haizard berselerak sedangkan anaknya itu seorang pembersih dan mempunyai OCD.
" Abang bangun."
" Aisy..." Panggil Tengku Haizard dalam mamai. Letih baru balik dari pejabat.
" Eh mama... Bila mama sampai?" Tengku Haizard bingkas bangun dari baringnya.
" Mama call kamu tak jawab sebab tu mama datang. Kamu dah makan ke belum ni?" Tanya Amira mengusap kepala Tengku Haizard.
" Belum lagi. Belum lapar." Balas Tengku Haizard memeluk pinggang maknya, masih mengantuk.
Balik saja dari bertemu client dia tertidur sampai tidak sedar Amira menghubunginya berkali-kali.
" Mahu atau tidak, kamu kena ikut mama balik rumah!" Ujar Amira tegas.
Amira membenarkan Tengku Haizard pulang ke situ kerana anaknya itu berjanji akan menjaga kesihatan dan selama 2 bulan mereka tinggal bersama anaknya itu kelihatan kembali ceria seperti dulu.
Siapa sangka anaknya itu menelan semua yang di rasai kerana tak mahu membuat Amira bimbang.
" Haniff! Hasiff! Datang sini. Mama nak korang angkat abang korang ni ikut kita balik rumah."
" Menurut perintah madam!" Balas kembar itu serentak, Haniff memegang lengan kiri manakala Hasiff memegang tangan kanan Tengku Haizard.
Mereka berdua mengangkat Tengku Haizard pulang ke rumah Tengku Mikhail.
Amira mengetap giginya geram, kenapa Tengku Mikhail tidak memaklumkan keadaan Tengku Haizard padanya.
" Ma, kita solat maghrib berjemaah ye." Ajak Tengku Haizard.
" Pergilah mandi dan bersiap. Haniff dan Hasiff pun sama naik atas mandi nanti papa balik kita boleh solat sekali."
" Baik Ma."
" Mia kamu tunggu apa lagi?" Damia tersenggeh bila namanya juga di seru.
Amira rasa lega melihat gelak tawa dibibir anak sulungnya itu bergurau senda dengan adik beradiknya.
Tengku Mikhail beraduh kesakitan memegang perutnya yang di cubit Amira itu.
" Kenapa ni sayang?"
" Kenapa abang tak bagitahu Mira tentang keadaan anak kita." Rajuk Amira, geram.
" Kenapa dengan anak kita?" Tanya Tengku Mikhail semula.
" Abang tak nampak ke keadaan Zard. Dah hampir 4 bulan Aisy pergi tapi anak kita makin hari makin tak terurus Mira tengok."
" Ye ke? Abang tengok Zard okay je. Performance semakin tip top. Anak kita tu di puji sebagai usahawan muda yang terbaik pernah ada di negara kita tau."
" Abang jangan..."
" Ma, kami dah siap!" Panggil Haniff, mereka semua sudah menunggu di dalam surau.
" Abang pergi mandi dulu. Lepas solat isyak kita makan sama-sama. Mira bawa Haizard datang sini. Mulai hari ni Haizard akan tinggal dengan kita."
" Ai ai captain." Usik Tengku Mikhail sebelum ke bilik.
Selesai solat maghrib dan solat taubat berjemaah Tengku Haizard memberitahu Amira bahawa dia sangat mengantuk dan menggunakan paha maknya sebagai bantal.
" Dah lama abang tak baring atas riba mama macam ni." Ujar Tengku Haizard mencium perut Amira.
Amira mengusap rambut Tengku Haizard dan mencium dahi anaknya itu.
" Ma, abang ngantuk sangat. Abang nak tidur sekejap nanti bangunkan abang bila sudah masuk waktu."
Amira mengangguk faham mengusap kepala Tengku Haizard di atas ribanya, anaknya itu kelihatan letih dan kelelahan.
" Zard. Haizard... Abang bangun bang. Orang dah azan... Haizard... Haizard bangun sayang, dah masuk isyak ni." Amira cuba membangunkan anaknya yang tertidur lena itu.
" Haizard! Abang anak kita bang." Amira merasa pipi dan mengenggam tangan Tengku Haizard yang terasa sejuk itu.
Tengku Mikhail bingkas bangun mendekati isteri dan anaknya. Dia merasa nadi dipergelanggan tangan anaknya itu.
" Papa kenapa dengan abang, Pa?" Tanya Damia tak sedap hati dengan kebisuan ayahnya itu.
To be continued...
YOU ARE READING
Book 2:Born To Be The Leader
Adventure🌹 COMPLETED🌹 Dilahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang besar dan bahagia, segala keinginannya di penuhi dengan usaha dan sokongan keluarga tercinta, mengejar erti kehidupan dan mencari kenikmatan dunia tanpa halangan. Tengku Adam Haizard...