Bab 83

78 8 0
                                    

' Aku harap aku boleh habiskan dia satu hari nanti.' Haizard ketawa faham perasaan Thomas itu.

Selepas mendapat kebenaran dari Tengku Mikhail baru Adam berani untuk membawa Jessica ke majlis Tengku Haizard itu.

Haizard balas supaya Thomas bersabar dengan menggunakan bahasa isyarat, nasib baik Nor Ansha tidak terlalu mahir menggunakan bahasa isyarat kalau tak mesti sedih Nor Ansha jika tahu Thomas ada niat ingin membunuh maknya.

" Cepatlah sikit jalan tu." Marah Jessica.

Thomas menepis kasar tangan Jessica yang menarik Nor Ansha itu, mujur saja Nor Ansha tak terjatuh.

' Dia mengandung! hati-hati.' Jessica mengabaikan amaran Thomas itu dan berjalan laju menuju ke kereta.

Jessica tidak mahu pergi ke majlis itu tapi terpaksa sebab nak buat Adam percaya yang dia sudah menyesal saja.

Jam 3 pagi itu tiba-tiba telefon bimbit Aisy Amni tidak berhenti berdering. Aisy Amni menjawab panggilan telefon itu dalam keadaan mamai.

" Hello… hmmm Jess kenapa you call I pagi-pagi ni?"

" I need your help. Ana is bleeding." Hilang kantuk Aisy Amni mendengar suara cemas Jessica itu.

Mungkin kerana sering berbalas masej Jessica jadi tidak hairan jika wanita itu menelefonnya untuk meminta pertolongan ketika dalam keadaan cemas.

" Kak Aisy nak pergi mana?" Tanya Damia yang terbangun kerana Aisy Amni membuka pintu almari untuk mengambil jacket.

Damia tidur dengan Aisy Amni pada malam itu kerana malas balik ke biliknya.

" Jess cakap Ana bleeding."

" Oh my god. Mia nak ikutlah." Ujar Damia bingkas bangun dari katil.

" Papa dan mama dah tahu ke?" Tanya Damia semasa mereka dalam perjalanan ke lokasi yang diberi oleh Jessica.

" I tanya Jessy tadi dia cakap dia dah call mama dan papa. Mia, ni bukan company you ke?" Tanya Aisy Amni pelik sebab waze membawa mereka ke bangunan Mikhail Holding.

" Eh apa yang Ana buat dekat office pagi-pagi buta ni?" Patutlah Damia macam kenal dengan jalan yang mereka lalu.

" Try call Jess." Arah Aisy Amni memberi telefonnya pada Damia.

" Dia tak jawab."

Aisy Amni menurunkan cermin tingkap di depan pintu masuk bangunan Mikhail Holding. Tanpa memeriksa kenderaannya pegawal keselamatan itu membuka pintu pagar.

" You dekat mana? Ana okay ke tak?" Tanya Aisy Amni.

" You naik ke office Adam. Cepat sikit." Arah Jessica sebelum menamatkan panggilan telefon.

Mereka terpaksa memanjat anak tangga untuk naik ke tingkat 8 bangunan Mikhail Holding itu kerana lift staff sudah tidak beroperasi selepas jam 12 tengah malam dan mereka tidak membawa access kad untuk lift VIP.

" Kak Aisy tak rasa pelik ke? Apa Ana dan Jess buat dekat sini pagi-pagi buta ni." Damia berhenti seketika menarik nafas.

" Patutnya kita call je Ana dulu sebelum datang tadi. Jessica tu jejak kaki di office boleh di kira dengan jari, tiba-tiba malam ni rajin pula dia ye." Ujar Damia dalam kelelahan memanjat tangga.

Kerana sudah lama tidak bersenam Damia termengah-mengah memanjat tangga sedangkan Aisy masih bertenaga.

" Mungkin ada kerja urgent sebab tu mereka ke sini." Jawab Aisy.

" Hello ye abang... abang tolong check CCTV dan guard house." Arah Damia sebaik saja Tengku Haizard menjawab panggilan telefonnya.

" Abang dah sampai mana? Lagi 5 minit okay baik. Kami dah sampai. Kami naik tangga lift tak boleh guna.. haah ye.. okay.. okay.. tak yah risaulah Jessica tu belum gila lagi nak buat kerja gila pagi-pagi buta ni." Damia menyangkal abangnya itu.

Aisy mendengar perbualan Damia, dia ingat dirinya overthinking dengan sikap pelik pegawal keselamatan itu, selalu pegawal itu akan buat pemeriksaan dan menegurnya dengan ramah.

Masuk saja ke dalam office Adam, Aisy dan Damia dikepung oleh orang upahan Jessica. Tak perlu bertanya mereka sudah pasti dengan situasi mereka sekarang.

Aisy sudah tidak merasa takut atau gentar menghadapi perkara seperti itu kerana sudah banyak kali mengalaminya. Dia menghela nafas lega kerana tiada kelibat Nor Ansha di dalam office itu.

" Good job Aisy for bringing Mia with you. I nak you buka bilik ayah dan abang you." Jessica mengarahkan orang upahannya untuk membawa Damia keluar.

" Don’t touch me. You dah gila ke Jess. I mana tahu password bilik papa dan abang Zard well kalau I tahu pun.. I tak nak buka."

Jessica tak boleh memecah masuk bilik Mikhail dan Haizard kerana jika alarm dihidupkan seluruh bangunan itu akan di shutdown.

Bukan hanya orang di luar tak boleh masuk, orang di dalam bangunan itu juga tak boleh keluar selagi alarm tidak dinyahaktifkan.

Melihat kereta Haizard masuk ke dalam perkarangan syarikat itu dari CCTV, Jessica menjadi panic dan mengarahkan orang upahannya untuk membawa Aisy dan Damia mengikutnya.

Damia dan Aisy cuba mempertahankan diri tapi kerana kelelahan naik tangga dan jumlah lawan mereka yang 10 kali ganda, Jessica berjaya membawa mereka naik ke atas bumbung bangunan itu.

" Welcome Haizard. As I thought you would come alone. That is why you are Tengku Mikhail's pride."

" Aren't you tired of playing this childish game?" Tanya Haizard melihat keadaan isteri dan adiknya.

" I won't stop until I get what I want. I heard your conversation with Mika. He wants to give this company to you when you get married and take back all my shares."

Tengku Haizard menghela nafas, mak saudaranya itu tidak pernah rasa cukup dengan apa yang di miliki.

" Hey Jess, Did you forget that you sold all your shares to Donald. You dah tak ada shares dalam Mikhail Holding. Duit belanja berpuluh-puluh ribu yang you habiskan tiap bulan tu semua dari bookcheck uncle Adam, your husband." Sampuk Damia, fed up.

" Imposibble! Impossible! You jangan nak tipu I. Harta daddy I semua bapak you bolot now you nak bolot shares I pula!" Jerit Jessica.

" Jess bertenang, please jangan berdiri di situ bahaya." Tegur Tengku Haizard cuba mendekat.

" Jessica kau tak sayang nyawa kau ke hah!" Marah Ghaus yang baru sampai bersama Ghani itu.

" Baik kau datang sini."

Tidak boleh terima hakikat bahawa dirinya kalah dengan Tengku Haizard, Jessica mengamuk, mengetuk kepalanya dengan tangan sendiri dan mengigit kukunya sampai terkopak.

" Apa lagi yang korang nak dari aku! Jangan dekat kalau tak aku terjun." Ugut Jessica.

" Sabar Jessie... Datang sini." Pujuk Aisy Amni menghulur tangannya pada Jessica.

" No! Don't touch me! Aku dah mengalah dengan Amira. No... No... Dia dah rampas Mika dari aku... Sekarang dorang nak rampas harta aku pula.... No... No... Aku tak boleh biarkan..."

Melihat Jessica yang berdiri terlalu dekat dengan tebing itu Aisy Amni cuba menarik tangan Jessica tapi kerana Jessica meronta dan cuba merentap tangan Aisy Amni pada tangannya.

Jessica hilang keseimbangan dan terlentang kebelakang, dia sempat menarik lengan Aisy Amni sebelum kedua-dua mereka terjatuh dari tingkat 8 bangunan itu.

"Aisy!" Tengku Haizard berlari cuba mencapai lengan isterinya.

Bagaimanakah keadaan Aisy Amni dan Jessica?

To be continued....

Book 2:Born To Be The LeaderWhere stories live. Discover now