Tengku Haizard meriba tubuh kaku Aisy Amni sambil mengelap darah di muka isterinya.
" Aisy... Sayang please open your eyes... Sayang please... Sayang jangan tinggalkan I sayang." Rayu Tengku Haizard memeluk tubuh kaku Aisy Amni di atas ribanya itu.
" Call ambulance!" Arahnya pada Ghaus.
Ghani melihat ke arah yang di tunjuk oleh Tengku Haizard, dia berjaya menangkap paparazi yang selalu mengekori Tengku Haizard ketika lelaki itu cuba melarikan diri.
" Babe kalau I mati you akan cari pengganti I tak?" Dahi Tengku Haizard berkerut dengan soalan tiba-tiba dari Aisy Amni itu.
" Hahaha sayang merepek apa ni?" Balas Tengku Haizard menciut hidung Aisy Amni.
" Eee babe jawab jelah... Kalau I mati you akan cari pengganti I tak?" Rengek Aisy Amni mengoncang lengan sasa Tengku Haizard.
" Kenapa ni sayang, tiba-tiba cakap pasal mati. Penat sangat ke try baju kahwin sampai terfikir tentang mati pula ni?" Usik Tengku Haizard.
" No lah setakat try 20 pasang baju tu hal kecil je dah biasa." Ujarnya menunjuk lengannya dengan bangga.
" Eee you sengaja nak tukar topikkan. Babe, let's say I pergi dulu apa yang akan you buat?" Ulangnya lagi.
" Babe, kalau Allah jemput I dulu, I nak you buka hati you untuk mencintai yang lain." Sambung Aisy Amni lagi kerana tunangnya itu membisu.
" Sayang, fyi, you dah curi hati I macam mana I nak mencintai yang lain." Balas Tengku Haizard mengenggam tangan Aisy Amni ke dada.
Wajah Aisy Amni merah mendengar pengakuan jujur dan ikhlas Tengku Haizard itu.
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.
Dua minggu sebelum majlis pernikahan mereka...
Dalam asyik berbual dan bercerita tiba2 Aisy Amni seperti tenggelam dalam dunia sendiri.
" Sayang nak terjun dalam tasik tu ke?" Usik Tengku Haizard mencuit hidung Aisy Amni yang merenung tasik di depan mereka itu.
" Dekat sini mana boleh mandilah." Aisy Amni menunjuk pada tanda amaran yang di pasang oleh pihak majlis pembandaran itu.
" Babe kalau I mati I nak you lupakan I dan cari pengganti I." Tengku Haizard tersedak mendengar permintaan tiba-tiba Aisy Amni itu.
" Ya Allah sayang, kenapa ni? Tak habis lagi ke cerita tu hahaha. You ada penyakit kronik yang you sorok dari I ke?" Gurau Tengku Haizard.
" Eee mulut ni! tak baik cakap macam tu? Kata-kata tu satu doa tau." Marah Aisy Amni menepuk mulut Tengku Haizard, geram.
" Sorry... sorry I tarik balik soalan I tadi. Biar I tukar soalan tu. Why are you keep talking about death honey? I know kita semua akan mati but what's wrong with you these days?"
Aisy Amni terdiam, dia sendiri tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini perkara itu selalu terlintas di fikirannya.
" Please promise that when I'm gone, you'll move on and find your own happiness. Never blame yourself and forget about me. I want you to be happy even without me."
" Nope! How am I supposed to live without my heart." Aisy Amni menangkap jari Tengku Haizard yang cuba mencuit hidungnya itu.
" But hati you di sini." Aisy Amni menepuk dada Tengku Haizard.
" You ada lelaki lain ke?" Aisy Amni ketawa kuat mendengar suara tegang dan wajah serius Tengku Haizard itu.
Tengku Mikhail yang baru tiba di hospital itu beriringan dengan Haniff dan Hasiff mendekati Tengku Haizard.
" Zard." Tengku Haizard menoleh pada ayahnya, Tengku Mikhail menarik Tengku Haizard ke dalam pelukannya.
" Zard! Zard! Jess mana Zard? Macam mana keadaan Jessy?" Tanya Adam seperti orang di rasuk mencari Jessica.
Walaupun ramai tak suka dan meluahkan rasa simpati pada Adam kerana memiliki isteri seperti Jessica bagi Adam Jessica adalah seorang wanita yang sempurna.
Semasa Adam menerima panggilan telefon dari Tengku Mikhail, Adam rasa tak sedap hati kerana isterinya tiada di sisinya dan di rumah.
Doktor menolak keluar dua jasad dari wad ICU untuk di pindahkan ke bilik mayat sebelum process pendaftaran dan penuntutan jenazah di lakukan.
Adam meraung bila melihat wajah pucat Jessica yang di selumbungi dengan kain putih itu. Dunianya rasa gelap, separuh jiwanya telah di ragut kasar.
" Zard." Tengku Mikhail menarik lengan anaknya menyelak kain putih yang menutupi wajah putih bersih Aisy Amni itu.
Saat melihat doktor menolak jasad Aisy Amni keluar dari wad seperti satu tamparan kuat di mukanya, membangunkannya bahawa dia telah kehilangan Aisy Amni untuk selamanya.
Wajah Aisy Amni kelihatan sangat tenang walaupun kali terakhir wanita itu bernafas adalah ketika dia dan Jessica terjatuh dari bangunan Mikhail Holding.
Haizard tak dapat menahan air matanya bila melihat wajah pucat isterinya itu, dia mengusap pipi Aisy Amni dengan penuh kasih.
Suara jeritan Aisy Amni masih tergiang di telinganya.
" Ya Allah mummy... Mummy." Thomas sempat menangkap tubuh Nor Ansha sebelum wanita itu rebah tak sedarkan diri.
" Encik boleh bawa balik kedua-dua jenazah selepas selesai semua prosedur." Maklum doktor menolak katil.
" Haizard..." Tengku Mikhail buntu, tak tahu bagaimana untuk menenangkan anaknya yang tampak hilang arah dan menangis menyalahkan diri sendiri.
" Hold him." Haniff dan Hasiff memeluk Tengku Haizard, menghalang abangnya itu dari terus menyakiti diri sendiri.
" Aisy! Aisy! Aisy!" Jerit Tengku Haizard berlari mengejar Aisy Amni yang di bawa ke bilik beku itu.
Malam pertama mereka sebagai suami dan isteri menjadi malam terakhir mereka dan terpisah kerana takdir.
To be continued...
YOU ARE READING
Book 2:Born To Be The Leader
Adventure🌹 COMPLETED🌹 Dilahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang besar dan bahagia, segala keinginannya di penuhi dengan usaha dan sokongan keluarga tercinta, mengejar erti kehidupan dan mencari kenikmatan dunia tanpa halangan. Tengku Adam Haizard...