Bab 3

5.2K 213 8
                                    


TENGKU HAIZARD ralit mengemas buku dan barang yang akan di bawa, buku-buku yang tidak dibawa di susun kemas atas almari.

You're gonna grow and have a good life
I'm gonna do what I've got to do" (stay up there, stay up there)

So, rockabye baby, rockabye
I'm gonna rock you
Rockabye baby, don't you cry
Somebody's got you
Rockabye baby, rockabye
I'm gonna rock you
Rockabye baby, don't you cry
Rockabye, no (Rockabye-rocka-rocka-rocka-bye)

Tengku Haizard mencari telefon bimbitnya yang tidak henti berdering tapi tidak tahu di mana dia letakkan itu.

" Hah kau nak apa?." tanya Tengku Haizard sebaik sahaja menjawab panggilan si pemanggil.

" Aku tak join malam ni." butang loud speaker ditekan, Tengku Haizard kembali meneruskan kerja mengemasnya.

" Kau gerak pukul berapa esok?. Kau nak aku datang tak?." tanya si pemanggil.

" Pukul 3 petang tak payah datang buat semak je nanti."

" Eleh kau takut aku yang jadi watak utama sebenarnya, kan?. Hahahaha. Weh bro, budak perempuan haritu cari kau."

" Banyaklah kau. Kau ambil jelah budak tu bawak dia pergi shopping ke apa ke nanti claims."

" Part claims tu aku suka tapi lepas tu kau nak aku buat apa dengan budak tu? Tak kan dah keluar duit nak hantar balik macam tu je?"

" Ikut kau lah nak buat apa pun tapi jangan lebih-lebih pula, nanti tak ada orang nak jamin kau keluar." ujar Tengku Haizard membuatkan si pemanggil ketawa kuat.

" Abang." Tengku Haizard menoleh melihat seorang budak perempuan yang muda setahun dari adik perempuannya dan terus menamatkan panggilan telefon.

" Ehh Ana buat apa dekat sini?." tanya Tengku Haizard mengitai keluar bilik, terkejut, bimbang perbualannya didengari oleh ibunya.

" Mama cakap abang tengah mengemas so ada apa-apa yang Ana boleh tolong." tanya Nor Ansha melangkah masuk bilik Tengku Haizard.

" Ohhh. Tak ada. Sikit lagi dah nak siap ni."

Tengku Haizard mengaru belakang kepala sebelum kembali menyambung kerjanya.

Suasana kembali sunyi Tengku Haizard masih ke hulu dan ke hilir didepan Nor Ansha menyusun barang-barangnya.

" Tak apa Ana biar abang buat sendiri nanti tangan Ana sakit." Tengku Haizard mengusap perlahan tangan Nor Ansha dengan tangan besarnya.

" Ana datang nak tolong abang kemas bukan nak tolong tengok saja."

" Abang dah siap kemas pun sikit je lagi ni."

" Dekat sini pun banyak university kenapa abang tidak suka tinggal disini dengan kami ke?"

" Ana sebelum ni abang memang dah belajar dekat sana tapi abang balik sini sebab nak spend time dengan family kita." balas Tengku Haizard melabuh punggung sebelah Nor Ansha di atas katil.

Dia telah berjanji pada Tengku Mikhail untuk menyambung semula pengajiannya di sana sebaik saja dia tamat SPM.

" Ana dah habis study ke semua?. Esok Ana paper apa?."

" Esok Sains. Paper last." jawab Nor Ansha perlahan, menunduk kepalanya.

" Jawab elok-elok okay nanti boleh masuk sekolah menengah sama dengan Mia atau Ana dah ada sekolah menengah pilihan Ana?."

" Ana tak kisah pun sekolah mana-mana tapi mommy nak hantar Ana pergi private school sama dengan anak kawan mommy."

" Okay juga tu private school pun bagus."

" Tak boleh ke abang tunggu Ana habis exam dulu baru abang pergi? Ana ada something nak bagitahu abang."

" Abang tak boleh janji lagipun papa abang dah book flight. Jom turun bawah." ajak Tengku Haizard mengusap kepala Nor Ansha.

" Ana tidur dengan Mia malam ni sebab Uncle Adam dah balik." maklum Tengku Damia sebaik sahaja melihat Nor Ansha dan Tengku Haizard turun dari atas.

" Okay tapi Ana..." Nor Ansha memandang Tengku Haizard disebelahnya sebelum meneruskan langkah turun ke bawah.

" Makan malam dah siap. Cuci tangan tu dulu." ujar Amira sambil memukul perlahan tangan anak kembarnya yang cuba mencubit lauk.

Selesai menjamu selera Amira membawa keluar puding susu untuk keluarganya yang ralit menonton cerita perang itu.

" Cerita apa ni?." tanya Tengku Mikhail melabuh punggung di sebelah Amira, menarik isterinya kedalam pelukkan.

" Ouch. Ish Papa ni. Bencilah." Tengku Damia memuncungkan bibir kerana Tengku Mikhail menolak kepalanya yang berada di atas riba Amira.

" Cerita askar. Asiff nak jadi askar bila besar nanti!. Beng! Beng! Beng!." kata kembar adik, berdiri didepan televisyen membuat gaya memegang senapang.

" Aniff pun. Beng! Beng! Beng!."

" No. Papa tak suka askar." kata Tengku Mikhail mengewang tangannya supaya anak kembarnya itu beredar dari depan televisyen.

" But why?." tanya si kembar serentak.

" Army for bad guys."

" NO! ARMY for GOOD GUYS. They save our country." balas si kembar kuat, hampir bergegar rumah dengan jeritan mereka.

" Manja." kata Tengku Mikhail, Amira menepuk perlahan lengan suaminya. Suka mengusik.

" Bising lah korang berdua ni macam perempuan."

" Amboiii, sedapnya mulut jangan nak kutuk perempuan eh. Kami tak mengada pun macam dorang berdua ni." kata Tengku Damia memandang tajam kearah Tengku Haizard.

Nor Ansha ketawa sampai merah muka bila Tengku Damia membaling bantal kearah Tengku Haizard tapi sempat di elak.

Tengku Haizard menjelirkan lidahnya pada adik perempuannya itu membuatkan Tengku Damia menjerit kegeraman.

Nor Ansha menundukkan wajahnya yang semakin memerah bila Tengku Haizard mengenyit sebelah mata padanya.

" Mana remote tv?." tanya Tengku Mikhail pada isterinya.

" Tu dekat si kembar."

" Haniff bak sini remote papa nak alih cerita lain. Tah apa-apa tengok cerita macam ni."

" NO!. No one dare touch this. It's mine." balas Tengku Haniff memeluk kejap remote itu ke dadanya.

" I bought it with my money..."

" I also have money and that's not Papa's money but it Mama's money." balas si kembar tidak mahu mengalah.

" Well your mama is my wife and she belong to me." balas Tengku Mikhail tidak mahu memberi muka pada anaknya untuk menang.

" Mama tengok papa ni."

" Mama dah lama tengok papa." balas Amira sambil ketawa.

" Hey budak I'm sick of you."

" You think only you. I sick of you too."

Tengku Mikhail terkrjut mendengar balasan anaknya itu tidak percaya dan memandang Amira berani betul budak lelaki 11 tahun itu memangkahnya.

Amira ketawa melihat reaksi suaminya.

To be continued...

Book 2:Born To Be The LeaderWhere stories live. Discover now