Bab 90

59 7 1
                                    

Dia cuba memujuk maknya itu tetapi Amira tetap berkeras sehingga ayahnya turut terkena tempias kemarahan maknya.

" Awalnya mama datang hari ni, papa mana?" Melihat Amira masih berkeras mogok tidak mahu bercakap dengannya, Tengku Haizard geli hati. Itu kali pertama Amira merajuk dengannya.

" Ma, abang minta maaf. Abang banyak sangat kerja sampai tak sedar badan akan shutdown." Dua hari lalu mereka terkejut kerana Tengku Haizard tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Anak sulong Tengku Mikhail itu terpaksa di masukkan ke wad kerana tekanan darah rendah dan malnutrition*.

*SN: Malnutrisi adalah keadaan serius yang berlaku apabila diet anda tidak mengandungi jumlah nutrien yang betul. Ia bermaksud "pemakanan yang buruk" dan boleh merujuk kepada: kekurangan zat makanan

" Kalau kau tengok muka adik-adik kau masa itu..." belum sempat Ghaus menghabiskan kata-katanya dia berlari menyambut Maria di depan pintu.

" Honey, is it for me?"

" No, mak suruh bagi pada abang Zard." Mereka semua tertawa dengan muka kecewa Ghaus yang suka mengusik Maria itu.

" Untuk I tak ada ke?" Mak Su dan Maria datang dari Langkawi kerana Ghaus memaksa maknya itu dengan alasan dia rindu maknya.

Kalau betul mereka berdua berjodoh tentu hari-hari makan hati Maria dengan sikap tak matang Ghaus itu.

Mereka semua terkejut bila seorang wanita tiba-tiba masuk ke dalam bilik itu dan memeluk erat Tengku Haizard diatas katil sambil menangis.

Tengku Haizard merungkai pelukan itu dengan lembut dan menolak Aisha jauh darinya. Penampilan wanita itu berubah 90% dari kali pertama pertemuan mereka.

Haq menutup mulut dengan tapak tangan terkejut dengan penampilan Aisha itu. Dari rambut hingga ke kaki sebijik seperti Aisy Amni, rambut perang yang membezakan Aisha dan Aisy juga sudah berubah kepada hitam.

" How did you get here?" Soalan itu juga ditujukan pada Haq kerana Tengku Haizard telah mengarahkan Ozzie untuk memantau pergerakkan Mike.

Haq menjungkit kedua bahunya, dia juga tidak tahu macam mana wanita itu tiba-tiba boleh muncul di situ.

Tengku Haizard tepuk dahi, silapnya kerana tidak memberi arahan yang jelas, Ozzie bagai pahat dengan penukul. Bila diarah untuk memantau Mike hanya Mike saja yang dipantau.

Nampaknya Tengku Haizard harus memberikan arahan semula pada Ozzie dan lelaki itu perlu di latih semula supaya tidak ambil remeh tugasan yang diberikan.

" When I heard the news that you were sick, I immediately flew here. why didn't you contact me for these 3 months?"

Tengku Haizard mengisyaratkan supaya mereka semua keluar meninggalkan mereka berdua, dia harus lebih tegas dan jujur pada Aisha.

Kehadiran wanita itu buat dia susah untuk move on dari Aisy Amni.

" I tried to call you several times, but your number is out of service. Why are you trying to avoid me?" Tengku Haizard melarikan tangannya yang cuba disentuh oleh Aisha.

" Did I do something wrong, or did I hurt you? Please let me know, I will try my best to amend it." Rayu Aisha memegang kedua belah pipi Tengku Haizard supaya menatapnya.

" Aisha, I can't like you as a woman and I don't want to hurt you. You are my sister-in-law."

" Why? why you can't? She has gone..." Suara Aisha terketar menahan amarah.

" I am no longer your sister-in-law. Please don't push me away, Haizard... Please give me a chance. I believe I can make you happier than her."

Kebisuan Tengku Haizard itu buat Aisha hilang pertimbangan dan tidak dapat mengawal amarahnya tanpa sengaja menampar pipi Tengku Haizard.

Seperti tersedar dari mimpi Aisha menangis melutut diatas lantai menyesal kerana telah menyakiti lelaki pujaannya itu.

" Bro…"

" It’s okay." Balas Tengku Haizard pada Ghuas di depan pintu bilik itu.

Tengku Haizard mencabut IV drip pada tangannya dan mendekati Aisha yang menangis sambil tersujud itu.

" Why Haizard? Why can't it be me?"

Tengku Haizard mencempung tubuh Aisha dan meletakkan gadis itu atas katil. Dia menghulur segelas air pada Aisha tanpa menjawab soalan dari wanita itu.

" I will do anything for you. See I even change my hair to look like her for you."

" Have you calmed down?" Tanyanya menghulur sehelai tisu pada wanita itu.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

" Hi Haizard, selamat pulang."  Sapa Aisha di meja makan dengan mesra. Dia tak sangka yang Aisha masih belum pulang ke Italy setelah dia menolak cinta kak iparnya itu.

" I can speak malay. Mama ajar I cakap." Kening Tengku Haizard terjungkit, sejak bila Aisha rapat dengan maknya sampai wanita itu memanggil Amira dengan panggilan mama.

Bam. Bam. Bam. Bertalu-talu punching bag itu ditinju, badannya rasa segar dan bertenaga selepas keluar dari hospital.

" Woi bro relax lah sikit aku baru je beli beg tu." Tegur selepas dua punch bags miliknya bocor di kerjakan Tengku Haizard.

" Mana Haq?"

" Kenapa?"

" We need to have a little spar." Ghuas mengekek ketawa, mesti sebab Aisha masih berada di rumah Tengku Haizard walaupun Tengku Haizard telah mengarahkan Haq menghantar wanita itu pulang dua hari lepas.

" Chill lah bro. Daripada dengan dia baik kita berdua saja."

Tengku Haizard tertawa dan mengemaskan sarung tangannya sudah lama mereka tidak practice bersama.

" Wait bro! Kau nak bunuh aku s***" maki Ghaus, dia ingat dia ada peluang untuk kalahkan Tengku Haizard kerana lelaki itu menjadi kurus daripadanya.

" Aku dengar benda tak baik tentang kakak ipar kau." Ujar Ghaus dalam lelah.

" Kau ingat wartawan yang ada malam tu? Dalam camera dia ada ambil gambar Jessie berjumpa dengan Aisha."

" Tapi tujuan mereka berjumpa aku tak pasti." Ketika Ghaus merampas camera milik paparazi Ghuas membawa balik memory card dan menyerahkannya pada Amir untuk disemak isi kandungan memory card itu.

" Uncle Adam macam mana?"

" Don't know man semakin better kot lepas pindah duduk dengan mak aku. Dr.Hana cakap dia hidap depression."

" Harap-harap dah ubah angin ni makin baiklah keadaan dia."

Tengku Haizard mengangguk setuju tiada apa yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan rasa tertekan yang di alami oleh Adam itu.

" Kau pula macam mana bro?"

" Aku? Aku okay je."

" Ye kau. Kau okay ke?"

" Kita hidup atas takdir... Sampai masa kita pulang kepada-Nya." Balas Tengku Haizard menepuk dada kiri dan mengangkat jari telunjuknya keatas.

To be continued....

Book 2:Born To Be The LeaderWhere stories live. Discover now