Bab 1

48.5K 689 11
                                    

Tokk! Tokk!

"Asya! Bangun! Cepat siap-siap nak sekolah. Dah pukul berapa dah ni", omel Puan Nora.

Asya terus tersedar dari lena apabila ibunya mengetuk pintu biliknya dan memanggil namanya. "Ye ibu!", segera dia mengemas katilnya, mandi dan bersiap untuk ke sekolah.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Haa, Asya. Cepat breakfast. Abah dan abang Afiq dah breakfast dah", Puan Nora bersuara ketika Asya sedang melangkah ke meja makan.

"Hmm", Asya mengambil tempat duduknya di sebelah abangnya, Afiq.

Afiq menyiku lengan adiknya. "Lambat Asya bangun?", tegurnya.

"Ye. Asya tahu yang Asya dah lambat bangun", Asya mencebik.

"Dah lah tu Fiq. Janganlah mengusik Asya pulak. Asya, senyum sikit", Encik Shahrul mencelah.

"Baiklah abah", balas Asya dengan sebuah senyuman yang manis.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Setelah tiba di sekolah, Asya pantas mengatur langkah ke kelasnya.

4 Sains 1! Tunggulah kedatangan ku!

Asya memilih tempat duduknya. Tempat duduk yang berada di hadapan dan terletak di bawah kipas siling menjadi pilihan. 'Haa, aku rasa tempat ni okay sikit', dia meletakkan beg.

Mana Aina ni?

"Aina!", dia memeluk sahabatnya, Aina Natasha yang baru tiba.

Aina tersenyum. "Asya, rindu kau. Hehe"

"Jom. Aku dah cop tempat duduk untuk kita"

"Haa, jom jom"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Bangun!", laung Amir, selaku ketua kelas 4 Sains 1 setelah guru kelas mereka, Cikgu Aisyah masuk ke kelas.

"Selamat pagi cikgu!", ucapan diberi oleh semua pelajar kelas 4 Sains 1.

"Selamat pagi semua, sila duduk. Cikgu adalah guru kelas kamu semua dan cikgu akan mengajar subjek Bahasa Melayu"

"Asya, untung kita dapat guru kelas yang baik kan?", bisik Aina di sebelah.

Asya mengangguk setuju. "Kann, tahu tak apa"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kring! Loceng menandakan masa rehat telah tiba. Semua pelajar kelas 4 Sains 1 terburu-buru menyiapkan latihan Cikgu Anisah, guru Matematik mereka. Setelah Cikgu Anisah beredar dari kelas, semua pun beredar menuju ke kantin.

"Jom lah Sya. Aku malas nak beratur lambat-lambat. Nanti barisan panjang. Huh", keluh Aina yang telah bangun dari tempat duduk. Malas sebenarnya untuk beratur membeli makanan di kantin.

"Ha ah, ye tak ye jugak. Jom", mereka beredar dari kelas dan berjalan beriringan menuju ke kantin.

Setelah tiba di kantin, mereka segera beratur untuk membeli makanan dan minuman. Lapar!

"Aina, pelajar form berapa eh yang rehat sama dengan kita?", tanya Asya sambil matanya meliar melihat sekeliling.

"Form 2, 4 dan 5 lah aku rasa"

"Ouhh. Patutlah ramai semacam"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Asya termenung sendirian di halaman luar rumahnya. Afiq yang hendak berlalu ke dapur terlihat adiknya yang asyik termenung. Dia menangguhkan niatnya dan melangkah menuju kepada Asya.

Ya, Aku Isteri DiaWhere stories live. Discover now