'Hmm, dah agak dah. Mesti ramai peminat punya', fikir Asya.
"Ye? Haha, perkara biasalah tu", Puan Nora ketawa kecil mendengar cerita anaknya itu.
Afiq mengukir senyum. "Okaylah ibu. Afiq naik atas dulu"
"Okaylah ibu, Asya pun naik atas jugak. Penat. Heh", celah Asya yang hanya diam dari tadi.
"Hmm, ye lah. Pergilah berehat". Asya menaiki tangga menuju ke biliknya.
Di rumah teres milik keluarga Encik Shahrul itu mempunyai tiga tingkat. Bilik Asya, bilik Afiq dan sebuah bilik tetamu di tingkat tiga manakala bilik ibu bapa mereka, sebuah ruang keluarga dan sebuah ruang pejabat milik Encik Shahrul pula berada di tingkat dua. Ruang tamu, bilik bacaan, ruang makan dan dapur pula dah semestinya di tingkat bawah.
'Erm, ada ke tak eh homework hari ni? English, aku dah buat tadi. Biologi, dah jugak. Matematik pun dah. Yes! Tak ada homeworklah! Bestnya!', cepat-cepat Asya mandi kerana ingin turun bawah semula untuk makan. Makan tak boleh tinggal. Susah nanti kalau perut masuk angin.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Haa! Makan je kerjanya", Afiq muncul dari biliknya dan terlihat Asya sedang khusyuk menikmati makanan. Hahaha! Asya, Asya.
"Eyy! Abang ni kan. Nasib baik Asya tak tercekik. Kalau Asya tercekik macam mana? Hah, abang jugak yang susah nanti. Erghh", geram Asya dibuatnya.
"Alolorr, ye lah ye lah. Abang minta maaf. Abang janji tak akan buat lagi. Okay? Sorry", pujuk Afiq setelah melihat Asya merajuk seperti budak kecil. Merajuk erk?
"Okay okay. Asya maafkan abang. Dah, jom makan sekali. Teman Asya. Boleh?", Asya mengelipkan matanya berkali-kali. Wahh wahh.
"Boleh je. Lagipun abang memang nak makan jugak ni. Lapar!"
"Alhamdulillah. Kenyang", ujar Afiq yang kekenyangan setelah selesai makan dan bersantai di ruang tamu bersama Asya.
"Alhamdulillah", ucap Asya pula.
"Hmm, Asya. Nak tak kenal-kenal dengan.."
"Airil?". Belum sempat Afiq menghabiskan ayatnya, cepat-cepat Asya mencelah.
"Eh eh, tahu-tahu je Asya ni", usik Afiq. "Kan Asya ni adik abang. Of course lah Asya tahu", balas Asya dengan muka seposen.
"Iyo lah. So nak kenal dengan dia tak?", tanya Afiq lagi. "Tak payahlah abang. Dah kenal dah pun", jawab Asya malas sambil menatap handphonenya.
"Aikk? Dah kenal dah?". Berkerut dahi Afiq kerana mendengar jawapan Asya itu.
'Alamak! Kenapalah mulut aku ni cuai sangat ni? Kan dah kantoi! Arghh! Tak apa Asya, rileks k rileks'
"Err, ha ah. Asya dah kenal dia", Asya mengeluh. "Macam mana Asya kenal dia?", tanya Afiq. Hairan.
"Pagi tadi, masa Asya berjalan nak ke kelas, dia terlanggar Asya. Habis buku-buku yang Asya pegang tu terjatuh tapi dia tolong Asya kutip buku-buku tu tadi"
"Ouhh, lepas tu?"
'Haihh, abang ni, sama je macam Aina. Huhuhu'
"Lepas tu dia minta maaf sebab dia tak nampak Asya dan Asya maafkanlah dia. Lepas tu dia kenalkan diri dia and Asya pun bagitahulah dia nama Asya", sambung Asya.
"Ouhh, macam tu ceritanya. Okay okay. So tak payahlah abang kenalkan dia kat Asya"
"Hah, tak payah! Tapi dia duduk sebelah siapa kat kelas abang?", tanya Asya pula. Barulah adil.
"Sebelah abang lah"
"Ye? Haha, patutlah dia jadi bestfriend abang" "Semestinya", balas Afiq. Ceyh! Berlagak. 😂
"Haihh, ibu tengok korang berdua seronok je berbual", muncul Puan Nora dari dapur sambil membawa makanan untuk minum petang. Biskut cip coklat dan Milo panas. Nyum! Nyum!
"Ha ah ibu. Kitaorang berborak pasal Airil", balas Afiq sambil mengambil sekeping biskut. "Emm, ha ah ibu", balas Asya pula.
"Ouhh, ibu ingat pasal apalah tadi. Minumlah", ajak Puan Nora.
"Milo, my favourite. nyum nyum!". Makanan dan minuman yang diperbuat daripada coklat memang kegemaran Asya. 💁
"Asya kan 'Gadis Coklat'. Betul tak ibu?", usik Afiq. "Ha ah, betul-betul. Ibu setuju", Puan Nora juga mengusik Asya.
"Hmph! Abang memang. Saja je nak usik Asya", balas Asya dengan mimik muka merajuknya. Heh.
"Hahaha, abang gurau je lah"
"Ye lah"
Tersenyum Puan Nora melihat gelagat anak-anaknya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Airil dan keluarganya sedang menikmati makan malam. "Airil, macam mana first day sekolah tadi? Azril dan Azzim cakap, diorang suka sekolah baru tu", tegur Puan Tengku Marliana, ibu kepada Airil.
"Alhamdulillah, okay je bonda. Airil pun suka sekolah baru tu. Classmate Airil semuanya baik and friendly", balas Airil lalu menghirup minumannya.
"Baguslah kalau macam tu. Lega hati ayahanda dan bonda dengar", celah Encik Tengku Hazrul, bapa Airil.
Airil hanya tersenyum selepas mendengar kata ibu dan bapanya.
"Okay lah, bonda, ayahanda. Airil naik atas dulu. Selamat malam bonda, ayahanda", Airil bersalaman dengan ibu bapanya sebelum masuk tidur.
"Selamat malam". Serentak ibu dan bapanya membalas ucapan Airil.
'Asya, awak adik Afiq ke?'. Dalam banyak-banyak soalan, kenapa soalan itu yang muncul di fikirannya?
"Ishh, apasal aku fikir pasal Asya pulak ni? Baik aku tidur. Lagi bagus", Airil berkata sendiri sebelum lena dibuai mimpi.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Good morning bonda, ayahanda", ucap Airil yang baru muncul dari bilik untuk bersarapan bersama keluarganya.
"Good morning"
Airil melangkah ke dapur untuk mencuci tangan dan kembali semula ke ruang makan.
"Angah, tolong ambilkan nasi goreng tu", pinta Airil kepada adiknya, Azril.
"Nah along"
"Ouhh ye, Angah, Achik. Korang berdua dapat masuk kelas apa?", Airil terlupa untuk bertanya soalan itu kepada adik-adiknya semalam.
"Angah dapat masuk kelas 3 Amanah", balas Azril. "Achik pulak dapat kelas 1 Amanah", balas Azzim pula.
Kedua-duanya tersenyum selepas menjawab soalan abang mereka.
"Baguslah kalau macam tu", Airil memulakan suapannya.
"Along mesti dapat kelas 5 Sains 1 kan?", tanya Azzim pula.
"Ha ah"
Encik Tengku Hazrul dan isterinya hanya diam dan memerhatikan ketiga-tiga putera mereka.
"Ril, cepat makan. Dah pukul berapa dah ni", kata Puan Tengku Marliana.
"Ye bonda"
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Setelah tibanya di sekolah, Airil terlihat Asya sedang turun dari motosikal Afiq di parking motosikal yang disediakan oleh pihak sekolah khas untuk pelajar-pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah.
'Asya pergi sekolah sama dengan Afiq? Afiq tu abang Asya ke?', fikir Airil. Dia tertanya-tanya sama ada Asya adik kepada Afiq atau bukan?
'Eh, apasal aku tiba-tiba sibuk sangat nak tahu pasal Asya ni? Erkk'
"Airil!", panggil Afiq. Airil terus tersedar dari lamunannya. Airil, Airil. Pagi-pagi dah fikir pasal Asya. Kahkahkah!
Lantas Airil melangkah kepada Afiq dan Asya? Asya memandang Airil di hadapannya.
'Asya pandang aku? Hahaha, indahnya dunia!'
"Good morning bro", ucap Airil. "Good morning too", balas Afiq. Asya hanya diam dan tersenyum.

YOU ARE READING
Ya, Aku Isteri Dia
Romance"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...