Bab 22

9.1K 257 9
                                        

Di ruang makan.

Airil dan sekeluarga sedang menikmati sarapan.

"Airil, hari ni tak keluar pergi mana-mana ke?", tegur Encik Tengku Hazrul.

"Arrr, Airil ingat hari ni Airil nak keluar jalan-jalan dengan Asya", Airil menoleh Asya di sebelah. Ingin melihat reaksi muka Asya. Asya juga menoleh kepadanya. Kelihatan dia agak terkejut.

'Alahai, comelnya isteri aku ni. Ni geram ni. Rasa nak cium je pipi dia tu. Ehh? Hahaha ! Jangan, Airil. Jangan. Sekarang ni kau kat ruang makan. Bukan bilik. Hahaha !", fikir Airil lalu tersenyum melihat Asya yang memandangnya. Lantas Asya mengalihkan pandangannya. Malu agaknya. Kahkahkah !!

"Baguslah kalau macam tu. Spend time sikit dengan Asya. Asyik busy dengan sekolah je", ujar Puan Tengku Marliana.

"Ha ah, betul cakap bonda tu. Angah dan Achik pulak? Ada pergi mana-mana hari ni?", soal Encik Tengku Hazrul lagi.

"Ha ah, ayahanda. Angah nak keluar sekejap lagi. Nak pergi rumah Faizal", jawab Azril. "Achik pun sama, ayahanda. Achik nak keluar dengan kawan-kawan sekejap lagi", jawab Azzim pula.

"Okay. Hari ni semua keluar. Bonda dan ayahanda pulak nak pergi Shah Alam hari ni. Ada hal sikit", ujar Puan Tengku Marliana.

"Ouhh, okay bonda", balas Airil. Asya, Azril dan Azzim hanya mengangguk.

Di Mid Valley..
Asya dan Airil berjalan beriringan. 'Airil, Airil. Semalam tak cakap pulak dia nak ajak aku keluar hari ni. Errr', fikir Asya. Fikiran Asya terhenti kerana Airil mengenggam tangannya.

Lantas Asya mendongak kepalanya sedikit dan menoleh kepada Airil di sebelahnya.

"Sayang, kita tengok wayang hari ni nak? Dah lama biyy tak tengok wayang", soal Airil.

"Nak. Jom. Saya pun dah lama jugak tak tengok wayang", Asya tersengih.

Sementara menunggu wayang bermula, Asya merenung popcorn di tangannya lalu memandang Airil di sebelah. Sebelum menyuap popcorn ke mulutnya, dia menyuakan popcorn itu kepada Airil. Airil membuka mulutnya seperti ingin Asya menyuapnya. Asya tersenyum lalu segera menyuapkan popcorn itu kepada suaminya.

Mereka sama-sama tersengih. 'Nak kita suap jugak. Manjanya.. Hahaha !', fikir Asya.

"Tengok apa tu, biyy? Khusyuknya", tegur Asya.

"Moment Wechat je, sayang", balas Airil.

Airil menaip sesuatu di moment Wechatnya.

'Wayang now with My Sweet Heart :')'

Selepas selesai menonton wayang, Asya dan Airil melangkah ke sebuah restoran untuk makan tengahari.

Setelah membuat pesanan makanan, Asya membuka handbagnya dan mengeluarkan handphonenya. Lantas dia membuka Wechatnya.

'Ehh?', Asya tergamam melihat moment Airil. Lalu dia memandang Airil di hadapannya.

'Fuyoo, 'My Sweet Heart'. So sweet. Hihihi', Asya tersenyum sendirian lalu membuka kamera untuk menangkap gambar Airil.

Chikkitt !

Dia menaip sesuatu untuk moment Wechatnya. 'Lunch now with My Sweet Heart :')'

'Uishhh ! 'Sweet Heart' jugak? Amboi, amboi.. Snap picture kita senyap-senyap erk', Airil tersenyum melihat moment Asya. Dia membuka kamera untuk menangkap gambar Asya pula.

Chikkitt !

'Khusyuknya dia main fon. Comel je aku tengok. Love you Sayang :*'

Airil sedang meneliti satu-persatu baju T-shirt yang dijual di sebuah kedai pakaian lelaki manakala Asya pula sedang duduk berehat melepaskan penat di atas sebuah bangku yang tersedia di kedai itu sambil memerhatikan Airil.

'Handsomenya suami aku ni. Haihh, meliting pulak aku tengok. Kahkahkah !! Tapi apa yang penting, aku dapat tudung baru, baju baru dan kasut baru hari ni. Semuanya baru. Hahaha !', fikir Asya.

"Asya?", tegur seseorang yang sedang berdiri di hadapannya.

"Ehh? Abang?", balas Asya. Afiq rupanya. Asya memandang seorang gadis di sebelah Afiq.

"Kak Farhana !! Haa, korang dating erk kat sini?", usik Asya. Farhana duduk di sebelah Asya.

"Tak lah. Kitaorang saja je jalan-jalan kat sini", balas Farhana. "Ha ah, kitaorang tak dating lah. Errr, Asya ni kan. Cubit kang", balas Afiq pula.

"Hehehe, ye lah tu", Asya tersenyum. "Tak percaya sudah. Haa, Airil mana?", soal Afiq lalu melihat sekeliling.

"Tu, kat cashier. Tengah bayar baju T-shirt dia", Asya menunjuk ke tempat Airil yang sedang membayar bajunya.

"Ehh? Afiq? Farhana? Korang pun ada kat sini?", tegur Airil lalu bersalaman dengan Afiq. "Ha ah, kitaorang saja je jalan-jalan kat sini", Afiq tersenyum.

"Ouhh. Hahaha, okay okay. Samalah dengan kitaorang. Jalan-jalan jugak", Airil menjeling Asya yang sedang memandangnya.

"Ouhh, ingatkan dating. Alaa, comel je aku tengok korang ni. Baju dah lah sama colour. Sweetnya. Hehe", usik Farhana sambil tersengih.

"Hahaha, ada-ada je lah akak ni", balas Asya. Malunya.. Huhuhu..

"Hahaha, okaylah Afiq, Hana. Aku dan Asya balik dulu", Airil melihat jam tangannya.

"Okay, bro. Hati-hati", pesan Afiq.

"Okay, Assalamulaikum", ucap Airil dan Asya. "Waalaikumusalam", jawab Afiq dan Farhana serentak.

Damia masuk ke dalam kereta milik bapanya dan terlihat Airil menunggang motosikal yang baru keluar dari pagar sekolah. Asya pula ada di belakang Airil.

"Pak Mat, ikut motosikal tu", arah Damia kepada pemandunya. "Baiklah, Cik Damia", balas pemandu tersebut.

Airil memasuki perkarangan rumahnya dan memberhentikan motosikalnya di ruang parkir.

Asya dan Airil tidak perasan akan kehadiran Damia di situ.

'Ouhh, rumah Airil kat sini rupanya. Hmm', fikir Damia yang tersenyum sinis.

"Jalan, Pak Mat", arahnya lagi.

Asya yang muncul dari dapur segera memulas tombol pintu biliknya. Dia melangkah masuk sambil membawa secawan Milo panas untuk Airil.

"Biyy, ni air", Asya meletakkan cawan itu di atas meja belajar. Airil sedang sibuk mengulangkaji pelajaran.

"Thank you, sayang", ucap Airil. Asya hanya tersenyum.

"Biyy nak study sampai pukul berapa?", soal Asya.

"Sampai pukul 11. Kalau sayang dah ngantuk, sayang tidurlah dulu. Dah pukul 10 ni", balas Airil yang sedang sibuk menulis.

"Okay, biyy. Saya tidur dulu. Good night, Assalamulaikum", ucap Asya. "Okay, sayang. Good night, Waalaikumusalam", balas Airil.

Tepat jam pukul 11 malam, Airil mengemas buku-bukunya lalu melangkah ke katilnya.

Dia kemudiannya duduk di sebelah Asya yang telah lena dibuai mimpi. Lalu dia merenung wajah Asya lalu mengusap pipi isterinya itu.

"Sayang.. saya sayang awak sangat-sangat. Masa kita terlanggar hari tu, bila saya tatap mata awak, saya rasa saya dah jatuh cinta dekat awak. Dan sekarang awak dah jadi isteri saya, tanggungjawab saya. Saya tak tahulah sama ada awak cintakan saya ke tak tapi saya harap saya tak bertepuk sebelah tangan. Saya janji saya akan jaga awak, lindung awak dan setia hingga hujung nyawa. I love you", Airil menghembus nafas lega lalu tersenyum.

Asya tersedar dari lenanya. Dia membuka matanya lalu memandang Airil yang telah lena di sebelah.

'Airil ada cakap sesuatu ke tadi? Aku rasa macam terdengar suara dia je tadi. Errr', fikir Asya.

Ya, Aku Isteri DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang