"Ouhh ye, Airil. Ni adik aku, Asya. Kau dah kenal dia kan?", sambung Afiq lagi.
'Aikk? Asya dah ceritakan kat Afiq ke pasal pagi semalam?'
"Hai Asya. Ha ah, aku dah kenal dah adik kau ni", balas Airil ramah.
'Hai Asya? Huarghh! Indahnya dunia bila dapat ucapan 'Hai' daripada abang handsome ni' Eh? Apasal rasa happy pulak ni?
"Hai abang Airil"
'Eh, jap jap? Abang Airil? Macam pelik je?'
"Panggil je Airil"
"Hai Airil", balas Asya dan tersenyum buat kedua kalinya. Airil membalas senyuman Asya. So sweet!
"Ehem ehem!", celah Afiq.
'Ishh! Abang! Siaplah balik nanti. Asya cubit-cubit abang nanti'
"Err, sorry bro", Airil tersengih sambil menyisir rambut ke belakang.
'Janganlah buat macam tu! Ishh! Pengsan jugak aku kat sini kang', Asya mengalihkan pandangannya daripada terus memandang Airil.
Kring! Loceng telah pun berbunyi. Bagus loceng. Kau berbunyi tepat pada waktunya.
"Haha, tak apa. Jomlah masuk kelas", ajak Afiq.
"Haa, jom jom"
"Okaylah bang, Airil. Asya minta diri dulu. Bye, Assalamualaikum", pinta Asya sambil bersalaman dengan abangnya.
"Bye, Waaalaikumusalam", balas Afiq dan Airil.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Asya!", laung Aina dari dalam kelas 4 Sains 1.
'Haihh, Aina ni. Kaki aku ni belum lagi nak melangkah masuk. Dah menjerit panggil nama aku. Err'
"Good morning Aina", ucap Asya setelah duduk di sebelah Aina. "Good morning too! Hehe", balas Aina ceria.
"Amacam tadi? Best dapat jumpa dengan abang handsome? Hehe"
'Aikk? Aina tahu? Ahaa, ni mesti dia nampak aku tadi", kata hati Asya.
"Biasa-biasa je. Tak best pun", balas Asya dengan muka selamba.
"Hahaha, macam tak ada perasaan je aku tengok kau ni. Dengan muka selamba kau tu", Aina mencubit pipi sahabatnya itu. Asya hanya tersenyum melihat kerenah Aina.
"Bila kau nak kenalkan abang handsome tu kat aku? Hmm. Aku tertunggu-tunggu ni wehh", Aina mencebikkan mulutnya tanda merajuk. Tak payah nak merajuk sangatlah.😐
"Nantilah. Kalau kita terjumpa dia ke", jawab Asya.
"Yeayy! Baiklah sahabatku", Aina kelihatan gembira mendengar jawapan Asya itu.
"Aina, boleh aku ikat rambut kau tu jadi tocang tiga?", pinta Asya kerana melihat rambut Aina yang hanya diikat satu.
"Boleh je"
"Okay", Asya membuka ikatan rambut Aina itu dan mentocangkannya dengan kemas.
Hanya Asya satu-satunya tukang mencantikkan dan mengemaskan rambut Aina yang ikal dan lurus itu. Kalau tidak, alamatnya rambut Aina itu diikat satu je lah.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Setelah Airil dan Afiq tiba di kelas mereka, ramai classmate mereka kebanyakannya yang perempuan mengucapkan 'Good morning' atau 'Hai' kepada Airil.
"Hai Airil!", ucap Hazirah.
"Good morning Airil !", ucap Fazura.
"Hai Airil !", ucap Syahila pula.
YOU ARE READING
Ya, Aku Isteri Dia
Romance"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...