Asya membuka pintu bilik guru lalu melangkah keluar. Langkahnya diaturkan dengan laju menuju ke pondok sebelah dewan yang berada di tingkat bawah.
Jam di tangannya ditatap sekilas. Pukul 2. 'Aduh! Mesti Airil marah'
Asya tergamam apabila terlihat Airil yang sedang berdiri memeluk tubuh sambil menyandarkan badan pada tiang pondok tersebut.
Asya melangkah dengan perlahan menuju kepada Airil. 'Lantaklah kalau dia nak marah aku pun. Aku redha', fikirnya. Aihh, ayat pasrah. Huhuhu.
"Abang, sorry. Asya tolong.."
"Tolong siapa? Tolong Izwan?", tuduh Airil. Kini Airil berdiri di hadapan Asya. Asya mendongak memandang wajah Airil.
"Sampai hati abang tuduh Asya macam tu? Benci sangat ke abang kat Asya ni sampaikan abang nak tuduh Asya yang bukan-bukan? Hah?", balas Asya sayu.
"Kau tahu tak hampir 15 minit aku tunggu kau kat sini macam tunggul? Kalau ye pun kau ada hal ke, apa salahnya kau mesej aku dulu? Senang cerita aku boleh je tunggu kau kat tempat parking!", marah Airil.
Asya tersentak. 'Kau? Aku? Selama ni dia tak pernah pun ber'aku kau' dengan aku. Betul lah dia berpura-pura je selama ni. Dia memang tak sayangkan aku. Dia kahwin dengan aku pun sebab terpaksa', getus hati Asya.
Afiq yang sedang menuju ke tempat parking motosikal terus menghentikan langkahnya apabila terdengar suara Airil. 'Tak silap aku tu kan suara Airil? Dia marah siapa?', kakinya diaturkan ke arah dewan.
'Asya?', Afiq terkejut kerana terlihat Asya dan Airil di pondok itu.
"Ouhh. Abang marah? Habis tu? Selama ni, Asya tunggu abang sampai 15 minit kat sini? Asya tak marah pun kan? Sekarang ni abang nak marah Asya pulak?", marah Asya pula.
"Kurang ajar punya isteri!", Airil ingin menampar pipi Asya tetapi sempat dihalang oleh Afiq.
"Berani kau eh nak tampar adik aku?", kata Afiq sinis.
"Adik kau ni memang tak reti hormat aku erk?", balas Airil.
"Macam mana dia nak hormat kau kalau kau sendiri tak pernah nak hormat dia?", perli Afiq sambil mengangkat kening.
Asya yang berdiri di belakang Afiq terus memeluk lengan abangnya.
"Asya okay?", tanya Afiq lalu menoleh ke belakang. Asya mengangguk perlahan.
"Kalau kau rasa adik aku ni menyusahkan kau, biar aku sendiri yang hantar dia balik dan aku pun sanggup datang rumah kau awal pagi untuk hantar dia", kata Afiq.
Airil terdiam seribu bahasa. Dia memandang wajah sayu Asya. "And one more thing. Fyi, aku paling pantang sekali bila ada orang yang berkasar dengan adik aku. Kau ingat tu, Ril! Kau ingat! Jom, Asya. Abang hantar Asya balik", lantas Afiq mencapai tangan Asya lalu beredar dari situ.
Airil memandang kelibat Afiq dan Asya yang telah pergi. Dia meraup mukanya lalu beredar dari situ.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Asya turun dari motosikal Afiq setelah sampai di hadapan rumah mertuanya. "Abang tak nak singgah sekejap ke?", tanyanya.
"Erm, tak apa lah. Lain kali lah ye", Afiq tersenyum manis. "Okay. Hmm, terima kasih abang", ucap Asya.
"Sebab?"
"Sebab abang hantar Asya balik"
"Tak apa. Asya kan adik abang. Dah jadi tanggungjawab abang. Okaylah, abang pergi dulu", Afiq mengundurkan motosikalnya.
"Okay, hati-hati abang"
Afiq mengangguk. "Assalamualaikum", ucapnya.
"Waalaikumusalam", balas Asya lalu membuka pintu pagar dan melangkah masuk ke dalam rumah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ya, Aku Isteri Dia
Romansa"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...