Bab 47

3.4K 54 0
                                        

"Okay. Terima kasih, cikgu", Airil meletakkan handphone di atas meja kecil yang terletak di sebelah katil Asya.

"Cikgu Abdullah ke?", tanya Asya sambil mengunyah roti coklat. Nyum nyum!

"Ha ah. Cikgu bagi kita cuti seminggu"

"Wah! Seminggu? Tak ku sangka, tak ku duga"

"Haha, kenapa pulak?"

"Ye lah. Bukan senang tau nak dapat cuti camni. Cikgu Abdullah pulak tu yang bagi. Hehe", Asya tersengih dan.. Airil tersenyum. Ngehngeh.

Pintu bilik wad dibuka. Puan Nora dan Puan Tengku Marliana masuk dan memberi salam.

Asya dan Airil menjawab salam serentak.

"Asya.. Alhamdulillah, Asya dah sedar. Ni ibu ada bawakkan bubur dan nasi goreng untuk korang berdua", Puan Nora meletakkan bungkusan bekalan makanan di atas meja.

"Wah! Terima kasih, ibu", ucap Asya gembira.

"Kepala Asya okay? Rasa sakit lagi ke?", tanya Puan Tengku Marliana lalu mengenggam erat tangan menantunya itu.

"Alhamdulillah, dah kurang sikit bonda. Ibu, bonda, abah dan ayahanda mana?", tanya Asya kerana tidak melihat kelibat bapa dan bapa mertuanya.

"Abah dan ayahanda singgah cafe. Abang Afiq pun ada sekali tapi dia pergi tandas jap", balas Puan Nora.

Handphone Airil bergetar menandakan mesej Whatsapp masuk. Daripada Afiq.

'Ril, keluar jap. Aku ada kat luar ni'

'Asal duduk kat luar? Masuklah'

'Aku ada something nak bagitahu kau. Aku tak nak ibu aku dan bonda kau tahu. Dan Asya jugak'

'Hmm. Ye lah. Jap'

"Airil keluar sekejap ibu, bonda", pinta Airil. Puan Nora dan Puan Tengku Marliana mengangguk. Asya hanya mengerling Airil yang sedang menuju ke pintu.

Kaki Airil dilangkah ke bangku sofa yang terletak di luar pintu bilik wad. Dia duduk di sebelah Afiq.

"Dah lama ke Asya sedar?", tanya Afiq.

"Dah lama dah. Petang tadi. Kau nak cakap apa?"

"Pasal Helmi. Dia dah dibuang sekolah"

Airil menghembus nafas lega. Lega kerana mendengar berita yang dikatakan oleh Afiq.

"Baguslah. Lepas ni tak ada siapa akan ganggu aku dan Asya lagi. Hmm. Macam mana kau tahu?"

"Cikgu Abdullah bagitahu aku kat sekolah tadi. Cikgu cakap mamat tu bukan setakat kena buang sekolah je tapi dia akan dimasukkan ke pusat pemulihan. Kat Negeri Sembilan", ujar Afiq.

"Erm, bagus tindakan Cikgu Abdullah. Biar mamat tu sedar diri. Dia memang layak pun masuk ke pusat tu", luah Airil geram. Geram dengan sikap Helmi terhadapnya.

Afiq memegang bahu Airil. "Rileks, Ril. Aku tahu kau sakit hati dengan Helmi. Apa yang penting sekarang ni, kau dan Asya dah selamat"

Airil memandang Afiq di sebelah. Dia tersenyum lega. "Jom, masuk. Kau tak rindu adik kesayangan kau ke? Haha"

"Ehh of course lah rindu! Haha, jom"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Pagi itu Aina sedang sibuk menulis kehadiran pelajar kelasnya. Walaupun bukan tugasnya tetapi dia terpaksa lakukan kerana Asya dan Amir tidak hadir. Izwan yang baru tiba segera mendekati Aina.

Ya, Aku Isteri DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang