"Airil !", panggil Damia apabila terlihat Airil yang sedang berjalan menuju ke kelas.
'Aduhh, Damia dah ternampak aku lah pulak. Errr', Airil menoleh pandangan ke belakang.
"Airil, how are you? I tak tahu pulak yang you sekolah kat sini. Terkejut i. Bila you pindah ke sini? Dah 2 tahun kita tak jumpa kan?", Damia tersenyum.
"Sihat je. Arrr, awal tahun ni i pindah ke sini. Ikut my parents. So i kenalah sekolah kat sini. Bila you dan family you balik sini?", soal Airil sambil melihat sekeliling. Takut jugak kalau Asya ada kat situ ke. Huhuhu..
"Ouhh. Last week, family i nak balik sini. So i terpaksalah ikut. Ouhh ye, Azril dan Azzim pun sekolah kat sini ke?"
"Ouhh, ha ah. Okaylah, Damia. I nak cepat ni. I pergi dulu. Bye", Airil melangkah pergi dari situ. "Okay. Bye", Damia memerhatikan langkah Airil.
'Airil, Airil. I tak sangka yang you sekolah kat sini. I akan teruskan plan i untuk dapatkan you. 2 tahun dah berlalu dan i akan teruskan plan i tu", Damia tersenyum sinis.
Airil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bingung memikirkan pasal Asya dan Damia.
'Damia, Damia. Kenapa kau muncul dalam hidup aku lagi? Ishh, habislah aku kalau dia tahu yang aku dah kahwin dengan Asya', fikir Airil.
"Bro ! Haa, termenung jauh nampak", tegur Afiq yang baru tiba.
"Hmm, aku tengah risau ni"
"Risau? Asal? Pasal Asya ke?"
"Cousin aku. Dia sekolah kat sini. Semalam baru masuk", ujar Airil.
"Cousin kau? Siapa? Kenapa kau nak risau pulak?", Afiq bingung.
"Damia. Dia anak saudara ayah aku. Dia suka kat aku dulu. Aku anggap dia tu sebagai cousin je. Tak lebih dari tu. Lepas tu, dia ikut family dia pindah ke Singapura. 2 tahun aku tak jumpa dia. Sekarang ni dia tiba-tiba muncul. Dia dan family dia baru pindah kat sini"
"Ouhh. Kisah masa silam lah ni. Hmm, dia form berapa?"
"Form 4. Yang aku risau sekarang ni, dia classmate Asya. Aku risau bro. Cepat atau lambat, dia akan tahu jugak siapa Asya sebenarnya"
"Hmm, betul jugak. Kang tak pasal-pasal dia buat sesuatu yang tak baik kat Asya. Haishh, tak boleh duduk diam aku macam ni", Afiq pula yang risau. Risau memikirkan tentang adiknya. Siapa tak risau kalau adik kita sendiri berada dalam keadaan yang bahaya.
"Aku lagi risau bro. Asya tu isteri aku. Dia dah jadi tanggungjawab aku untuk jaga dia. Hmm"
Selepas waktu rehat..
Asya dan Aina berjalan beriringan menuju ke kelas mereka. Mereka terlihat Najwa sedang berdiri di pintu kelas sambil menyilangkan tangan seperti menunggu sesuatu.
Mereka terus berjalan hingga ke depan pintu kelas.
"Asya, aku nak bagitahu sesuatu kat kau. Penting sangat-sangat ni", tegur Najwa dengan nada suara yang agak perlahan sambil melihat sekeliling. Risau jika Damia ada di situ.
"Apa dia, Najwa?", soal Asya. Aina hanya diam mendengar perbualan mereka.
"Tadi, semua orang dah keluar dari kelas dan gerak ke kantin. Tinggallah aku, Damia dan Sarah kat dalam kelas. Masa tu, aku terdengar perbualan Damia dan Sarah. Diorang berborak dalam nada yang sederhana, tapi agak jelaslah aku dengar topik perbualan diorang tu", ujar Najwa.
"Ouhh, okay. Diorang borak pasal apa?", soal Asya dengan reaksi muka ingin tahu.
"Aku dengar Damia cakap kat Sarah yang dia ada seorang cousin kat sekolah kita ni"
"Cousin? Siapa?", soal Aina pula.
"Aku dengar Damia sebut nama suami kau, Asya. Tengku Airil Syazwan bin Tengku Hazrul. Terkejut aku dengar. Tak sangka duhh. Aku tengok reaksi muka Sarah pun sama macam aku. Terkejut gila-gila lah"
'Hah?! Tak mungkin. Betul ke cerita Najwa ni? Damia cousin Airil? Tapi kenapa reaksi muka Airil biasa je, macam tak ada pape je bila aku cakap nama penuh Damia semalam? Hmm', fikir Asya.
"Hah?! Biar betul? Kau sure ke Najwa? Entah-entah bukan Airil tak? Ishh, tak mungkinlah Damia tu cousin Airil", balas Aina. Tak percaya apa yang diberitahu oleh Najwa.
"Betul. Aku sure sangat-sangat. Aku tak tipulah. Aku cerita kat korang benda yang betul", balas Najwa.
"Okay, tak apa lah. Nanti aku tanya Airil. Btw thank you Najwa sebab kau bagitahu aku pasal ni", ucap Asya.
"Hmm, no problem lah Asya. Okaylah, aku masuk dulu", pinta Najwa lalu melangkah masuk ke dalam kelas. Asya dan Aina juga mengikuti langkah Najwa.
Asya menunggu Airil di tempat parking motosikal. Dia berdiri sambil menyilangkan tangannya di sebelah motosikal Airil.
Airil ternampak Asya yang sedang menunggunya tetapi Asya tidak perasan dirinya lalu dia bergegas ke tempat parking itu.
Dia berjalan dengan perlahan-lahan lalu menutup kedua-dua mata Asya dari arah belakang.
"Ehh? Ehh? Siapa ni?", Asya cuba untuk menepis tangan Airil.
"Tekalah siapa", usik Airil dengan nada suara seperti suara kanak-kanak. "Hahaha, okay. Saya tahu ni siapa. Biyy, biyy.. Alahh, saya kenal sangatlah suara ni", Asya tersenyum.
"Aummchakk !", Airil melepaskan tangannya dari muka Asya.
![](https://img.wattpad.com/cover/39541940-288-k432956.jpg)
YOU ARE READING
Ya, Aku Isteri Dia
Romance"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...