Aina tersengih. "Hehe, sorrylah Sya. Aku tunggu abang aku tadi". Jangan marah Asya. Muka tu cepat berkedut nanti.
"Ouhh, tak apa. Aku gurau je tadi". Tak apa, tak jadi nak marah. Merajuk kang Aina nanti.
"Okay. By the way, kau dah order ke?", tanya Aina.
"Dah, tadi. Aku dah pesan air favourite kau tu dan hari ni biar aku pulak yang belanja kau okay?"
"Ye? Okay. Ni yang sayang lebih ni. Haha, thanks Sya", Aina pula membuat 'muka comel'. Dua orang gadis comel ni memang suka buat muka. Heh.
"Alah, no problem lah".
Seorang waiter lelaki muncul membawa pesanan Asya. "Thank you", ucap Asya kepada waiter tersebut. "Welcome", dibalas dengan senyuman.
"Asya, cuba kau tengok abang handsome tu", kata Aina sambil menunjuk ke arah seorang remaja lelaki yang duduk tidak jauh dari mereka.
"Abang handsome?", tanya Asya.
"Ha ah. Tu. Yang duduk kat belakang tu"
Asya menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Aina.
"Handsomenya Asya", puji Aina dengan mata bersinarnya. Bersinarlah sangat. Kahkah!
"Ouhh. Yang tu?", tanya Asya sekali lagi.
"Ye, yang tu. Handsome gila wehh! Melting aku tengok dia". Eh. Dah-dah lah tu cik kak oii.
"Hmm. Handsome lagi abang aku", jawab Asya selamba lalu mengeluarkan handphone dari poket seluar.
Aina membuat muka berkerut. "Ishh, abang kau tu memang handsome tapi abang yang tu lagi handsome lah", matanya masih lagi memandang remaja tersebut.
"Woi woi, dah lah tu. Entah-entah dia tengah tunggu girlfriend dia. Hah, broken kau nanti", Asya mengusik.
"Hehe, ye tak ye jugak. Okay, dah dah. Aku tak usha-usha dia dah. Lupakan dia okay lupakan dia", Aina mengalihkan pandangannya kepada Asya di hadapan sambil mengacau minumannya.
"Haha, kelakarlah sahabat aku ni", Asya tersenyum melihat gelagat Aina. Tersipu-sipu malu Aina dibuatnya.
Mereka berdua rancak berbual sambil menikmati minuman kegemaran masing-masing. Chocolate Ice Blended ialah minuman Asya manakala Cappuchino Ice Blended pula minuman Aina. Sedap naa minum ice blended petang-petang camni.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Jam tangan Asya menunjukkan tepat pukul 6.30 petang. Dia mengambil handphonenya untuk menghantar mesej Whatsapp kepada Afiq.
'Assalamualaikum, abang. Jemput Asya sekarang eh? Cepat sikit tau'
Sorry menyusahkan Abang Fiq. Ngeh ngeh.
'Waalaikumusalam. Okay. Tunggu jap. Abang nak siap-siap dulu. Sekejap je'
'Okay, abang! No problem'
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Perghh! Terbaiklah nasi kerabu ibu malam ni. Full dah perut ni. Hehe", Afiq memuji masakan Puan Nora ketika makan malam.
"Kan abang kan. Nasi kerabu ibu ni memang terbaik!", puji Asya pula.
"Ha ah, betul betul. Abah pun setuju. Nasi kerabu ibu ni memang terbaik", Encik Shahrul pula memuji masakan isterinya. Aduhai, tiga beranak ni. Memang satu kepala. 😅
"Alhamdulillah. Baguslah kalau sedap. Kali pertama pulak tu ibu masak", ujar Puan Nora lega. Air tangan ibu lah yang terbaik.
"Hehe, ibu. Lepas ni ibu pergi berehat. Biar Asya yang basuh semua pinggan mangkuk ni", Asya tersenyum.
"Betul tu ibu. Ibu pergi lah berehat. Biar Afiq tolong Asya basuh pinggan mangkuk ni", balas Afiq yang sedang menghabiskan suapannya.
"Hah, ye lah", Puan Nora akur lalu dia dan Encik Shahrul berlalu ke ruang tamu.
"Abang, abang pergi lah berehat. Biar Asya basuh semua pinggan ni"
"Eh, tak apa lah. Abang nak tolong Asya. Nanti Asya bosan pulak sorang-sorang kat dapur ni", Afiq mengutip pinggan-pinggan yang hendak dicuci.
"Iyo lah"
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Asya baring di atas katil sambil merenung siling biliknya. 'Hmm, siapalah abang handsome yang Aina duk bising-bising kat cafe tadi. Orangnya agak handsomelah jugak. Boleh tahan. Tapi Abang Fiq lagi handsome. Haihh, sampai aku pun terikut-ikut melting jugak lah dengan Aina tadi'
Eh? Jap jap! Melting? Apakah? Hahahahahaha! K.
'Berapalah agaknya umur dia tu. Hmm, aku rasa mungkin dia sebaya dengan Abang Fiq. Mungkin?'
'Ishh, apa-apa je lah. Buat apa aku menyibuk pasal umur dia pulak? Err, dah-dah! Lupakan dia. Ishh, Asya. Asya'
Asya mengerling jam di dinding. Jam menunjukkan tepat pukul 9.45 malam. 'Haa, baik aku tidur awal sikit malam ni. Esok sekolah'
Tak berapa lama kemudian, Asya telah lena dibuai mimpi indahnya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Asya mengambil handphone yang berbunyi kerana jam penggera lalu dia 'off' kan bunyi tersebut. "Haihh, dah pukul 5.30 lah tapi mata aku ni mengantuk lagi ni. Hmm", keluhnya.
Segera dia bangun mengemas katilnya lalu menuju ke bilik mandi untuk bersiap-siap ke sekolah. Nak tak nak, kena bangun jugak. 😪
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Setelah selesai menunaikan solat Subuh dan memakai uniform sekolahnya, Asya memakai tudung pula dan membetulkannya supaya tidak senget-benget nanti ketika di sekolah.
"Ergh! Okay pun tudung ni", keluhnya sendirian.
Setelah itu dia menggalas begnya dan melangkah menuruni anak tangga menuju ke ruang makan.
"Wahh! Ibu buat kek coklat kukus lah. My favourite", Asya merenung kek coklat kukus itu dengan penuh khusyuknya.
"Haa, Asya. Cepat makan. Dah pukul 7 dah ni", ujar Puan Nora yang sedang menuang teh ke dalam cawan.
"Haa, cepat-cepat! Kek coklat kukus ibu ni sedap tau", Afiq cuba menghasut adiknya. Menghasut? K.
"Err, mentang-mentanglah Asya ni 'Gadis Coklat', ada-ada je abang ni nak mengusik Asya kan?", Asya membulatkan mata memandang Afiq di hadapannya.
Afiq tersenyum leret. "Dah. Tak payah nak buat muka sangat. Cepat sikit makan"
Encik Shahrul dan Puan Nora beredar ke ruang tamu untuk menunggu Asya dan Afiq. "Abang, saya suka tengok Asya dan Afiq bergurau tadi", kata Puan Nora kepada suaminya.
"Saya pun gembira jugak tengok anak-anak kita happy", balas Encik Shahrul. "Tu lah, saya harap Asya dengan Afiq tetap macam ni sampai lah diorang berdua tu kahwin", sambung Puan Nora.
"Kahwin? Lama lagi tu", tergelak Encik Shahrul mendengar perkataan 'kahwin' itu. Puan Nora hanya tersenyum melihat suaminya itu.
"Okay lah, saya pergi office dulu. Dah pukul 7.15 dah ni", Encik Shahrul bangun dan mengambil beg kerjanya.
"Ye lah, hati-hati ye bang", Puan Nora bersalaman dengan suaminya. Asya dan Afiq pula muncul dari ruang makan lalu bersalaman dengan Encik Shahrul juga.
"Assalamualaikum", ucap Encik Shahrul lalu memandu keretanya menuju ke tempat kerja. Puan Nora dan anak-anaknya menjawab salam.
"Okay lah ibu, Afiq dan Asya pergi dulu. Dah lambat ni", Afiq mencapai helmet dan kunci motosikalnya.
"Bye, ibu. Assalamualaikum". Asya dan Afiq bersalaman dengan Puan Nora.
"Hati-hati, Waalaikumusalam", balas Puan Nora. Asya melambai tangan kepada ibunya. Puan Nora membalas lambaian Asya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Okay lah bang, Asya masuk kelas dulu lah", Asya bersalaman dengan abangnya.
"Ye lah, abang pun. Jumpa nanti", Afiq mengenyit matanya kepada Asya. Handsome duhh!
"Baik lahhh. Bye!", Asya melambai tangan kepada Afiq.
YOU ARE READING
Ya, Aku Isteri Dia
Lãng mạn"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...