Bab 48

7.4K 96 8
                                        

5 tahun kemudian.

Damia merenung passport di tangannya. Dia akan berpindah semula ke Singapura. Hasil usahanya selama ini tidak akan berjaya. Dia mengalah. Disebabkan usahanya untuk mendapatkan Airil, dia terpaksa menanggung malu seumur hidupnya. Papa dan mamanya telah lama berpindah ke Singapura dan menetap di sana. Mereka berpindah kerana tidak tahan akan sikapnya.

***

Pagi yang cerah itu, dia tersedar dari lena. Kepalanya terasa pening dan tekaknya loya. Mungkin dia terlalu mabuk malam tadi di kelab malam sehingga tidak sedar bagaimana dia boleh berada di kondominium miliknya.

Dia memandang ke kirinya apabila terasa seperti ada setubuh manusia di sebelahnya. Dia tergamam seketika. Segera dia bangun dari katil bersama selimut yang menutup tubuhnya. Dress hitam yang dipakainya malam tadi berada di atas lantai dipandang sekilas.

Dia menekup mulutnya. Pipinya ditampar berkali kali. Sakit. Terasa seperti mimpi. Dia terduduk di tepi katil. Dia menangis kesal. Kesal sekesal-kesalnya.

***

Cincin di tangannya ditenung. Damia mengeluh perlahan. Detik hitam itu telah lama dilupakan. Kini dia telah pun berkahwin. Berkahwin dengan 'lelaki' itu.

Helmi yang baru muncul dari tandas menghampiri Damia. "Sayang, jom. Lagi 20 minit nak pukul 12 ni", ajaknya.

Damia mengangguk lalu bangun mencapai bagasinya. Hari ini dia akan meninggalkan Malaysia dan menetap di Singapura atas arahan papanya. Dia dan Helmi melangkah pergi dari tempat menunggu itu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Suasana ruang tamu di rumah Airil agak riuh kerana kehadiran tetamu pada petang itu. Airil dan Asya saja menjemput Afiq, Irham, Farhana, Izwan dan Aina datang ke rumah Airil untuk berkumpul.

Jodoh itu rahsia Allah. Siapa sangka, Afiq kini telah menjadi suami Farhana. Mereka dikurniai sepasang anak kembar.

"Aiman Fikri, Aisya Fitri, makan kek ni dulu baru main", Afiq menyuakan sesudu kek kepada anak-anaknya yang sedang ketawa ceria dengan anak lelaki Airil dan Asya iaitu Tengku Aryan Safuan.

Irham dan Aina pula sedang leka melayan anak pertama perempuan mereka iaitu Anis Amani yang baru berusia setahun. Tidak sangka, mereka berdua selama ini bercinta dalam diam dari zaman sekolah akhirnya berkahwin juga.

Izwan pula? Alhamdulillah, dia juga telah dikurniai seorang cahaya mata lelaki. Isterinya, Fazura yang sedang menyuap anaknya, Irfan Hakimi sepotong kek coklat ditenungnya. Dia mengenali perempuan manis yang bertudung itu di tempat kerja mereka.

Sebenarnya, Fazura ialah adik kandung Farhana yang tinggal di London bersama datuk dan nenek mereka dan telah kembali pulang ke Malaysia tiga tahun yang lalu. Mereka tidak menyangka bahawa Izwan telah jatuh hati kepada Fazura. Akhirnya, mereka hidup bahagia bersama anak lelaki mereka.

Asya memandang satu persatu pasangan suami isteri yang berada di ruang tamu itu. Akhirnya, Izwan dan Fazura direnungnya. Dia tersenyum melihat pasangan itu. Alhamdulillah, Izwan akhirnya bertemu juga jodohnya. Perempuan yang lagi baik daripada dirinya. Baginya, Fazura sangat cantik dan baik orangnya.

Asya kemudiannya menoleh memandang ke kanannya. Wajah suaminya di sebelah direnungnya pula. Airil yang terasa dirinya direnung oleh Asya terus menoleh ke kirinya. Dia mengukir senyum memandang Asya. Tangan Asya dicapai dan digenggamnya erat. Asya hanya diam tersenyum.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Asya meletakkan handbag dia atas meja kerja. Dia menarik kerusi lalu duduk. Fail yang berada di atas meja dibukanya. Dia tersenyum. Projek baru kini bermula.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 03, 2019 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Ya, Aku Isteri DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang