Bab 39

4.8K 136 0
                                        

Selepas waktu rehat, Airil, Afiq dan Irham berjalan beriringan melangkah ke kelas mereka. Haihh, tiga sekawan ni!

"Wei, dioranglah!"

"Wahh, my crush!"

"Handsome gila!"

Afiq dan Irham tersenyum bangga apabila terdengar bisikan pelajar-pelajar perempuan yang terlihat mereka. Tapi Airil? Huh, dari tadi asyik serius je.

Segera Airil duduk di tempatnya setelah tiba di kelas. Afiq dan Irham yang berdiri di hadapannya memandang sesama sendiri.

"Kau okay tak, Ril? Dari tadi serius semacam je. Chill lah bro", tegur Afiq melihat sahabatnya itu yang sedang mengemaskan laci meja.

"Tu lah. Rileklah bro. Kau ada masalah erk?", tegur Irham pula. "Tak ada pape lah. Aku okay. Tetiba hari ni rasa tak ada mood", balas Airil. Tangannya terhenti mengemas apabila terlihat sebuah sampul berwarna coklat yang terletak elok di dalam lacinya.

Dia mengambil sampul itu lalu dibelek-beleknya. Dicarinya nama pemilik yang meletakkan sampul tersebut tetapi tiada apa-apa nama yang tertulis.

"Sampul apa tu?", soal Afiq hairan.

"Entah"

"Cer kau bukak. Tengok isinya", kata Irham. Airil membuka sampul itu. Sampul itu berisikan beberapa keping gambar. Gambar Asya dan Izwan.

Airil tersentak melihat gambar-gambar tersebut. Dia bangun lalu beredar keluar dari kelas.

"Ril! Kau nak pergi mana?", laung Afiq yang mengejar Airil hingga ke pintu kelas. Irham pula mengambil gambar-gambar yang dicampakkan oleh Airil tadi di atas meja. Terlopong mulutnya apabila melihat gambar-gambar tersebut.

'Gambar Asya dan Iz? Aduh! Confirm Airil pergi cari Iz kat kelas dia', fikirnya.

"Gambar apa tu Ir..", Afiq mengambil gambar daripada tangan Irham. Dia terkejut melihat gambar itu.

"Asya? Izwan? Wei, ni gambar adik-adik kita ni Irham!"

"Aku rasa Airil pergi cari adik aku kat kelas 4 Sains 1 lah", teka Irham. "Jom, wei. Kita tak boleh biarkan diorang bergaduh", ajak Afiq. Tergesa-gesa mereka keluar dari kelas dan menuju ke kelas 4 Sains 1.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Langkah Airil semakin laju menuju ke kelas 4 Sains 1. Dia melonggarkan tali lehernya dan melipat baju long slevees putihnya hingga ke paras siku.

Dia terlihat kelibat Izwan dan Amir yang sedang berjalan beriringan menuju ke kelas mereka.

"Izwan!", panggilnya kasar.

Langkah Izwan dan Amir terhenti di tepi pintu kelas mereka tatkala terdengar suara senior mereka itu. Mereka menoleh ke belekang melihat Airil yang menuju ke arah mereka.

Dush!

Satu tumbukan tepat menghinggap di muka Izwan. Izwan terjatuh ke atas lantai.

Amir yang tidak keruan lantas masuk ke dalam kelas dan melangkah ke meja Asya.

"Asya! Iz..Izwan!"

"Kenapa dengan Izwan?", soal Asya hairan. Aina di sebelah juga memandang hairan. Amir menunjuk ke arah pintu kelas mereka.

"Ya Allah! Abang!", Asya terkejut melihat Airil dan Izwan di pintu kelas mereka. Segera dia bangun dan melangkah ke pintu kelas. Aina dan Amir juga mengikutinya dari belakang.

Damia yang perasan akan tingkah laku mereka terus bangun dari tempatnya dan berdiri berdekatan dengan meja guru untuk melihat kejadian di pintu kelas mereka.

Ya, Aku Isteri DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang