Bab 35

5.1K 141 0
                                        

"Haa, Izwan. Tambah nasi lagi. Jangan malu-malu. Anggap je rumah ni macam rumah sendiri", Puan Tengku Marliana mengukir senyum.

"Tambah lagi, Iz. Sedap tau masakan auntie Ana ni", celah Asya. "Ha ah, Izwan. Tambah nasi lagi", balas Encik Tengku Hazrul pula.

Izwan yang duduk di sebelah Puan Tengku Marliana hanya tersenyum. "Baiklah uncle, auntie"

Airil yang duduk di hadapan Izwan hanya diam membisu. Reaksi mukanya kelihatan agak marah. Asya yang duduk di sebelahnya sempat mengerling suaminya.

'Rupa-rupanya dia ni classmate Asya yang bonda cakap tadi. Aku ingat orang lain', fikir Airil.

'Hmm, Airil macam marah je', fikir Asya pula.

"Ril, kenapa diam je?", sapa Puan Tengku Marliana. Lantas Airil menghabiskan suapan yang terakhir.

"Airil dah kenyang. Airil naik atas dulu", Airil bangun meninggalkan meja makan dan mengatur langkah ke biliknya.

"Sikitnya dia makan", balas Encik Tengku Hazrul. "Hmm, entahlah abang"

Asya mengambil pinggannya dan pinggan Airil lalu bangun menuju ke dapur. Cepat-cepat dia mencuci pinggan dan kembali semula ke ruang makan.

"Asya naik dulu ye bonda, ayahanda, Iz", pinta Asya. Mereka hanya mengangguk.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Asya memulas tombol pintu biliknya dan melangkah masuk. Airil sedang duduk menatap handphone di atas katil. Belum sempat Asya melangkah ke katil, suara Airil menyapa telinganya.

"So, dia lah yang selamatkan sayang?"

Asya meneruskan langkahnya ke katil dan duduk di sebelah Airil. "Ye, abang. Izwan lah orangnya"

Airil meletakkan handphone ke atas meja. "Kenapa mesti dia? Tak ada orang lain ke? Entah-entah dia yang nak culik sayang", tuduhnya.

"Abang, please jangan tuduh dia. Dia tak salah. Dahlah, abang. Asya nak tidur. Esok Asya cerita"

"Huh, tak bersalah konon. Manalah tahu kot dia ada niat tak baik ke kat sayang. Muka je nampak baik. Hati kita tak tahu", sambung Airil lagi.

"Abang, janganlah macam ni. Tak baiklah kita main tuduh je. Lagipun kita tak ada bukti nak tuduh dia macam tu", balas Asya lalu memegang erat tangan suaminya. 'Kena layan dia baik-baik. Kalau tak, sampai bulan depan pun tak akan habis', fikirnya.

Airil terdiam dan merenung tangannya yang digenggam erat oleh isterinya. "Jom tidur?", ajak Asya. Airil memandang wajah Asya yang kelihatan agak lesu dan mengantuk. "Hmm, okay. Jom", balasnya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Helmi?", Airil terkejut selepas mendengar cerita Asya. Asya hanya mengangguk.

"Tak apa. Abang tahu apa abang nak buat dengan dia tu"

"Eh abang. Janganlah abang ajak dia bergaduh pulak. Abang tahu kan perangai Helmi tu macam mana? Dia ada ramai member kan? Tiga orang tau yang tolong dia culik Asya hari tu", ujar Asya.

"Hmm, okay sayang. Lepas ni, sayang hati-hati tau. Abang tak nak kehilangan sayang lagi", balas Airil.

"Okay, abang. Jangan risau. Asya janji lepas ni Asya akan lebih berhati-hati", jawab Asya. Airil hanya mengukir senyum.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Aina sedang sibuk menyiapkan homework di kantin sekolah. Asya yang baru tiba tersenyum apabila terlihat sahabatnya yang sedang sibuk menulis.

Asya melangkah kepada sahabatnya. Dia berdiri di belakang Aina. Lantas kedua-dua tangannya menutup mata Aina. Aina terkejut.

"Ehh? Siapa pulak ni? Ermm, ermm", dia meraba-raba tangan yang menutup matanya. Lembut je. Tangan perempuan ni. Heh.

"Chakk!", Asya melepaskan tangannya daripada muka Aina.

"Asya! Ya Allah! Rindunya aku kat kau", Aina bangun dan memeluk sahabatnya.

"Aku pun rindu sangat-sangat kat sahabat aku yang cantik ni. Hehe", Asya tersengih memandang Aina.

"Hmm, kau pergi mana hah? Aku rasa dah seratus kali aku call kau, whatsapp kau, tapi satu pun kau tak balas", Aina mencebik. "Alolorr, kesiannya sahabat aku ni. Nanti aku cerita erk? Panjang sangat ceritanya"

"Alaa, pendekkan je lah", pujuk Aina. "Tak boleh. Panjang jugak. Kalau pendekkan nanti kau tak faham", balas Asya. Degillah Aina ni!

"Hmm, ye lah. Kat kelas nanti kau cerita erk?", kata Aina. "Ye, aku janji. Don't worry. Okay?", Asya mengukir senyum.

"Okay"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Handphone Damia berbunyi ketika dia sedang sibuk mengemaskan rambut.

'Apa lagi mamat ni? Ishh!', rungutnya.

"Hello, you nak apa lagi?"

"What?! Diorang dah terlepas? Damn!"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Hah? Helmi?"

"Shhh.. Janganlah cakap kuat-kuat", marah Asya. Geramnya dengan Aina ni.

"Hehe, sorry.. Aku terkejut ni. Tak sangka pulak dia sanggup upah orang untuk culik kau. Errr"

"Entahlah Aina. Aku tak sangka jugak dia sanggup buat macam tu"

"Ye lah, dia dah tergila-gila sangat kat kau sampai dia sanggup nak culik kau", tuduh Aina. "Hmm, lantaklah. Aku malaslah nak fikir pasal ni lagi. Lagipun, Airil dah buat report polis. Satu hari nanti, aku akan tahu jugak siapa dalangnya. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Betul tak?", jawab Asya tenang.

"Ha ah, betul. Aku setuju"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Airil menjeling ke arah Helmi yang sedang menumpukan perhatian kepada guru yang sedang mengajar.

'Kau jangan ingat kau boleh lepas', fikirnya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Helmi sedang menunggu Damia di kawasan belakang sekolah. Kawasan itu agak lengang dan sunyi.

Damia mengatur langkah kepada Helmi. "Macam mana diorang boleh terlepas?", soalnya.

Helmi menceritakan apa yang telah terjadi kepada Damia. Damia mendengus geram.

"Tak gunalah member-member you tu. Nak uruskan hal yang kecik macam tu pun susah!", marah Damia. "Nak buat macam mana. Diorang pun tengah tidur masa tu. Bangun je, tengok-tengok Asya dan Izwan dah ada kat tingkat bawah", jawab Helmi.

"Nah. Ni first time and last time i upah you. Thanks sebab you sudi tolong i walaupun you gagal! Ergh. Lepas ni jangan cari i lagi. Bye!", Damia menghulurkan sampul berisi wang yang telah dijanjikan kepada Helmi lalu beredar dari situ.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Malam itu keluarga Airil dan keluarga Asya berkumpul di ruang tamu rumah Airil untuk mendengar penjelasan Asya tentang siapa yang menculiknya.

"Jadi Helmi lah orangnya? Dia upah kawan-kawan dia untuk culik Asya?", soal Encik Shahrul.

"Ye, abah"

"Berani dia buat macam tu kat anak ibu ni. Dia memang sengaja cari pasal erh", celah Puan Nora pula.

"Tak sangka Helmi sanggup buat macam tu. Abang ingat dia dah move on", balas Afiq pula.

"Tak apa. Yang penting sekarang ni, kita dah tahu siapa penculik yang sebenarnya. Esok kita semua kena pergi ke balai polis. Bagitahu mereka tentang maklumat ni", cadang Encik Tengku Hazrul. Semua mengangguk setuju.

"Tapi abang, kita tak ada bukti yang kukuh untuk tuduh budak tu", balas Puan Tengku Marliana. "Ha ah, betul jugak", sokong Puan Nora.

"Pasal bukti, kita letak tepi dulu. Nanti kita cari jalan untuk cari bukti tu. Apa-apa pun kita kena bagitahu polis tentang maklumat ni", jawab Encik Shahrul.

Ya, Aku Isteri DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang