"Good morning bonda, ibu", ucap Airil yang baru muncul dari bilik. Dia menyalam tangan Puan Nora.
"Good morning Airil. Pergi breakfast cepat lepas tu datang sini bincang dengan Asya tentang persiapan untuk wedding korang berdua", sahut Puan Tengku Marliana. Puan Nora hanya diam tersenyum.
"Okay, bonda. Airil pergi breakfast dulu", Airil beredar ke ruang makan.
Asya memandang Airil yang sedang melangkah ke ruang makan. "Ibu, bonda, Asya pergi temankan Airil breakfast boleh? Kesian pulak dia breakfast sorang-sorang", pintanya.
"Ehh, dah semestinya boleh sayang. Pergi lah temankan Airil", balas Puan Nora. "Haa pergi lah", balas Puan Tengku Marliana pula.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Nasi goreng cina", Airil membuka tudung saji yang ada di atas meja makan lalu melangkah ke dapur untuk mencuci tangan.
Setelah selesai mencuci tangan, dia kembali semula ke ruang makan dan tergamam kerana terlihat Asya sedang mencedok nasi goreng cina untuknya.
'Asya?'
"Terima kasih. Sayang dah breakfast ke?", Airil duduk di sebelah Asya yang sedang berdiri mencedokkan lauk untuknya.
"Sama-sama. Dah. Tadi saya dah breakfast kat rumah. Awak nak minum air apa? Saya boleh buatkan", balas Asya.
"Okay. Buatkan saya Milo, boleh? Tapi sayang buat yang suam punya boleh?"
"Okay. Boleh je. Sekejap". Asya menapak ke dapur untuk membancuh Milo. 'Peminat Milo jugak ke? Sama pulak macam aku erk?', Asya tersenyum sendiri.
"Nah, air awak", Asya meletakkan minuman itu di hadapan Airil.
"Thank you sayang", Airil tersenyum.
"No problem", Asya mengambil tempat duduk di hadapan Airil. Airil mula menikmati makanannya.
"Sayang nak makan jugak ke?", Airil hairan melihat Asya yang duduk di hadapannya.
"Tak, saja saya nak temankan awak makan. Boleh kan?", tanya Asya. Rasanya tak salah kan?
Airil senyum. "Boleh je. Tak ada lah saya bosan duduk sorang-sorang kat sini. Ouhh ye, ibu dan bonda dah plan dah tema untuk wedding kita?".
"Haa, pasal wedding kita, ibu dan bonda suruh kita bincang sama-sama. Diorang nak kita pilih tema apa, warna tema apa, nak buat kat mana", ujar Asya.
"Okay. Lepas saya habis breakfast ni kita bincang eh?"
Asya menggangguk setuju. "Erm awak. Boleh tak saya nak minta sesuatu?"
Pandangan kepada nasi goreng cina terus dikalihkan ke hadapan memandang Asya. "Boleh. Apa dia?", tanya lembut. Alahhh.
"Boleh tak awak jangan panggil saya 'sayang'? Saya tak suka dan saya tak ready lagi", Asya cuba berterus terang.
Airil mengukir senyum. "Okay. Kalau itu yang awak nak, saya akan ikut"
"Thanks", ucap Asya. Handphone dari dalam poket seluar dikeluarkan. Kita tatap handphone pulak. Malas nak tatap wajah Airil.
'Awak, saya dah sampai dah'
'Okay, sekejap. Saya otw keluar ni'
Pagi itu Asya ke sekolah dengan Airil. Sejak dah jadi tunang ni, dia pergi ke sekolah dan pulang dari sekolah dengan Airil. Maklumlah terpaksa. Ibu bapa mereka yang minta. Huhuhu..
Asya tergesa-gesa menyarungkan kasut sekolahnya. Dia terlihat Airil yag sedang berdiri di sebelah motosikal dengan kedua-dua tangannya di dalam poket seluar. "Sorry buat awak tertunggu", ucapnya tercungap-cungap.
"Ehh, tak apa. Sempat breakfast tak tadi?", Airil menghulurkan helmet kepada Asya.
Asya mengangguk. "Dah"
"Okay, jom"
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Asya turun dari motosikal Airil lalu menghulurkan helmet yang dipakainya. Ramai juga pelajar-pelajar sekolah itu yang memandang mereka berdua. Pelik dan hairan agaknya.
"Balik nanti awak tunggu saya kat pondok sebelah dewan erk", pesan Airil sambil menyerahkan beg sekolah Asya.
"Okay. Saya masuk kelas dulu. Bye, jumpa nanti"
"Okay. Bye"
Asya menggalas beg lalu berlalu dari situ.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Hai, Sya. Datang dengan tunang nampak? Sampai hati kau tak jemput aku. Ermm", tegur Najwa yang sedang mengemas meja guru di hadapan Asya.
"Hai. Eh eh, kau ni Najwa. Pagi-pagi dah menyakat aku. Alolorr, janganlah merajuk. Nanti aku kahwin, aku mesti akan jemput kau. Ouhh ye, Aina tak datang lagi ke?", Asya meletakkan beg di atas kerusi lalu mengemas laci mejanya.
"Belum. Sekejap lagi dia sampai lah tu. Hah, kahwin? Okay, boleh je. Hahaha, bukan apa. Aku tak sangka kau bertunang dengan Tengku Airil Syazwan, 'Abang Hot SMK Dusun Nanding'. Pelajar senior yang paling handsome kat sekolah kita ni. Untunglah kau Asya", puji Najwa yang agak terlebih.
"Hmm. Ehh, mana ada untunglah. Aku tunang dengan Airil pun sebab terpaksa. Haihh, permintaan parents lah katakan. So apa boleh buat. Terpaksalah bertunang", terang Asya.
"Ouhh, okay okay. Macam tu ceritanya"
"Hai Sya, Najwa. Korang borak pasal apa ni?", tegur Aina yang baru tiba.
"Hai Aina. Tak ada pape lah", jawab Najwa. Asya hanya tersenyum.
"Hah, Sya. Kau borak dengan Najwa tadi pasal apa duhh? Gossip erk? Nak tahu jugak", tanya Aina lagi. Ehh Aina ni. Suka betul bergossip. Haihh.
"Gossip? Haha, tak ada lah. Najwa tanya kenapa aku tiba-tiba boleh bertunang dengan Airil. Pasal tu je", jawab Asya yang sedang khusyuk menyiapkan latihan Matematik.
"Ouhh. Hehe, dah agak dah. Mesti satu sekolah kita hari ni tengah bising-bising bergossip pasal kau dengan Airil. Maklumlah, kau tu ramai peminat. Airil pun ramai peminat. Dua-dua sama-sama 'Hot' kat sekolah kita ni", omel Ain. Merepek dan tersangatlah merepek.
Asya ketawa hambar. "Aku 'Hot'? Huh, merepek je lah kau ni Aina. Airil sorang je lah yang hot kat sekolah kita ni"
"Laa, merepek apa pulak. Kau comel, cantik, pandai, rajin pulak tu. Kau tu sama je macam Airil. Ramai peminat. Tak nak mengaku pulak", Aina memeluk tubuh.
"Amboi, amboi. Kau pun comel, cantik, pandai, rajin jugak macam aku", Asya memeluk Aina di sebelah. Saja je nak ambil hati.
"Wahh wahh. Hahaha, okay okay", Aina tersengih.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
14 March 2015.
"Okay. Done. Wahh, Asya nampak cantik sangat-sangat!", puji Farhana.
"Terima kasih kak sebab makeup kan Asya. Hiaskan Asya ni.", ucap Asya. Dia mencapai tangan Farhana lalu digenggamnya erat.
Farhana tersenyum. "Sama-sama Sya. Lagipun akak dah anggap Asya macam adik akak sendiri"
"Okay. Kalau akak kahwin dengan abang Afiq, Asya lah orang yang paling happy sekali sebab dapat kakak ipar yang cantik macam Kak Hana ni"
Farhana ketawa. "Eh eh? Ke situ pulak? Macam-macam lah Asya ni", dicubitnya pipi Asya.
"Hehe. Err.. akak.. Asya nak bersendirian sekejap boleh? Nak tenangkan fikiran. Nervous pulak rasa"
"Okay. Akak keluar dulu ye", Farhana mengemas alat-alat solek. Dia beredar keluar dari bilik itu.
Asya kemudiannya duduk di hadapan meja solek. Merenung dirinya yang telah siap dengan dress pengantin berwarna putih. Hari ini hari perkahwinannya. Hari yang dinanti-nanti oleh ibu bapanya.
'Haihh, kenapa lah aku dikahwinkan dalam usia macam ni? Umur 16 tahun dah kena kahwin. Kenapa ibu dan abah nak aku kahwin dalam umur macam ni? Peliklah. Hmm'

ANDA SEDANG MEMBACA
Ya, Aku Isteri Dia
Romance"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...