Hujung minggu itu, Airil membawa Asya bersiar-siar di taman tasik. Mereka menikmati pemandangan tasik tersebut. Indah dan tenang sekali.
Airil mengeluarkan handphone dari poket seluar. Dia membuka kamera lalu mengundurkan diri menjauhi Asya.
"Sayang, candid sikit"
Asya menggeleng-geleng kepalanya. "Tak nak"
"Alaa, please. Satu gambar pun tak apa", pinta Airil. Asya akur lalu memandang tasik seperti yang diminta oleh Airil.
Chikkit!
Airil tersenyum melihat gambar candid Asya. "Nak tengok", Asya menghulurkan tangan meminta handphone Airil. Airil menyerahkan handphonenya.
'Wuishh! Cantik duhh! Tudung aku siap berterbang-terbang sebab ditiup angin. Wuuuu. Kahkahkah'
"Hantar gambar tu kat saya nanti", Asya menyerahkan semula handphone kepada Airil. "Baiklah, Asya sayang"
Asya mengeluarkan handphonenya pula. Dia juga membuka kamera seperti Airil. "Abang, pandang sini"
Airil terus tersenyum memandang kamera handphone Asya. Haishh! Senyuman tu. Asal comel sangat? Ehh? Hahaha!
Chikkit!
"Wuu, sweet couple!", ujar Airil. Sukalah tu.
Asya membuka akaun Instagramnya. Gambar tadi dipostkan ke Instagram. Sempat juga dia men'tag'kan username Instagram Airil.
Airil juga sedang sibuk scroll gambar-gambar di akaun Instagramnya. 'Ehh?', dia tersenyum bangga melihat gambar yang dipost oleh Asya. Bangga sebab ramai yang like gambar tu. Errr.
'126 likes. 72 comments'
'Asya post gambar ni dalam 15 minit yang lalu pun dah lebih 100 likes. Instafamous lah katakan. Ehh, silap. Kau pun Instafamous jugak Ril. Dua-dua Instafamous. K', fikirnya.
"Moh kita selfie lagi", ajak Airil. Haihh, tak puas-puas lagi.
Chikkit!
Gambar itu dipostkan ke akaun Insta Airil pula. Asya post, dia pun sibuk nak post.
"Dia pun sibuk nak post jugak", perli Asya. Matanya masih lagi menatap handphonenya.
"Mestilah", Airil tak nak kalah. Nak lawan lah tu gambar siapa yang paling banyak likers. Erkk.
"Wuuu! Banyaknya!", soraknya. Bangga.
"Dah, jom balik. Saya laparlah", keluh Asya. Perut dah berbunyi minta makanan. "Alolorr, jom. Kita cari restoran dekat-dekat sini"
'Haihh.. Orang nak balik tapi boleh pulak dia ajak makan kat kedai', fikir Asya.
"Jom", terpaksalah akur. Ermm.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Asya melangkah ke kelasnya sambil membawa buku rekod milik Cikgu Aisyah. Ketika dia melalui sebuah lorong di blok D, ada seorang pelajar lelaki datang dari arah hadapan. Pelajar itu terkejut apabila terlihat Asya. Lantas dia mengundurkan diri dan berlari dari situ.
"Budak tu kan..? Adik!", laung Asya lalu melangkah dengan laju untuk mengejar pelajar tersebut.
Bukk! Asya jatuh terduduk kerana dilanggar oleh seseorang. Nasib baik buku rekod Cikgu Aisyah tak rosak. Kalau rosak..matilah nak!
"Aduh!", adu Asya kesakitan. 'Hmm, apalah nasib kau ni Asya. Asyik terlanggar dengan orang je. Grrr'
"Aduh!", adu Izwan pula. Ehh? Rupa-rupanya Izwan lah orang yang terlanggar Asya tadi. Heh. Dia pun terjatuh jugak.
"Ehh? Asya? Awak okay tak? Arr, saya minta maaf sebab terlanggar awak", ucap Izwan serba-salah. Dia bangun lalu menghulurkan tangannya kepada Asya.
Errr.
"Haa? Okay okay, saya okay. Tak apa, tak apa", balas Asya lalu dia cuba untuk bangun sendiri tetapi.. "Auchh!"
"Meh sini saya tolong", Izwan mencapai tangan Asya. Mujurlah berlapik. K. Tiada sesiapa pun di situ. Asya akur lalu bangun dengan perlahan-lahan.
"Awak nak ke mana? Bilik guru?", soal Asya. "Ha ah, Cikgu Aisyah minta tolong amikkan buku teks dia. Awak lari tadi nak kejar siapa?", soal Izwan pula.
"Errr, tadi saya nampak budak Form 1 tu. Dia lari bila saya panggil dia. Tu saya terus kejar tu"
"Budak Form 1 tu? Mana? Mana?", Izwan melihat sekeliling. Tiada sesiapa pun di situ.
"Dia dah lari dah", Asya mencebik. "Laa, tak apa. Nanti kita discuss ngan Aina dan Amir pasal budak tu. Dah, jom ikut saya", ajak Izwan. "Nak pergi mana?", Asya terpinga-pinga dengan ajakan Izwan.
"Temankan saya pi bilik guru lah. Takkan lah nak pergi ke hati saya pulak kan? Hehe", usik Izwan. Asya hanya tersenyum hambar.
"Okay, jom"
Helmi yang bersembunyi di sebalik dinding yang berdekatan dengan lorong tersebut tersenyum sinis menatap handphonenya. Dia berjaya menangkap gambar Asya dan Izwan.
'Kalau aku bagi gambar-gambar ni kat Airil, confirm diorang gaduh dan hubungan diorang pulak? Akan hancur. Fuhh!', fikirnya.
Asya, Aina, Izwan dan Amir sedang berbincang tentang rancangan mereka untuk mencari pelajar lelaki Tingkatan 1 yang terlibat dalam kes penculikan Asya tempoh hari.
"Mir, kau dah check kehadiran cikgu tak? Ada cikgu yang tak datang ke hari ni?", soal Izwan. "Dah, tadi. Cikgu Anisah je yang tak datang hari ni", balas Amir.
"Cikgu Anisah? Laa, sekarang kan waktu Maths? So, cikgu siapa yang ganti?", soal Aina pula. Amir melihat jam tangannya. "Ha ah lah. Sekarang waktu Maths. Aku tengok kehadiran cikgu tadi, tak ada siapa pun yang ganti untuk Cikgu Anisah"
"Okay, cun! Kita boleh guna masa Maths ni untuk cari budak Form 1 tu", cadang Asya. "Aku setuju", sokong Aina.
"Okay. Kalau macam tu, Asya, awak pergi cari budak tu dengan Aina kat blok kelas-kelas Form 1. Saya dan Amir cuba cari budak tu kat makmal sains, makmal komputer dan pusat sumber. Manalah tahu kot budak tu menyorok ke", ujar Izwan. Asya dan Aina mengangguk setuju.
"Ha ah. Betul jugak cakap kau, Iz. Jom lah, kita gerak sekarang", ajak Amir. Lantas mereka berempat bangun lalu melangkah keluar dari kelas.
Damia menjeling melihat Asya, Aina, Izwan dan Amir yang melangkah keluar dari kelas. 'Diorang nak pergi mana? Pelik', fikirnya.
"Damia, diorang nak ke mana tu? Ponteng ke?", tanya Sarah di sebelahnya.
"Manalah aku tahu"
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Asya dan Aina menuju ke blok A di mana kelas-kelas Tingkatan 1 berada di tingkat dua dan tiga di blok tersebut.
Mereka menaiki tangga ke tingkat dua apabila tiba di blok A. Mereka berjalan di koridor sambil memerhatikan pelajar-pelajar yang sedang sibuk dengan p&p di dalam kelas. Guru-guru yang sedang mengajar hanya tersenyum melihat Asya dan Aina yang melalui koridor kelas mereka. Asya dan Aina membalas senyuman guru-guru tersebut.
"Tak ada ke Asya?", tanya Aina. Asya menggeleng-geleng kepala. "Kau ingat tak muka budak tu?", tanya Aina lagi.
"Ingat. Jom kita cari kat tingkat tiga pulak", ajak Asya lalu mereka menaiki tangga ke tingkat tiga.
"Aina, tu budak tu", ujar Asya apabila mereka terhenti di pintu hadapan kelas 1 Cerdas. "Mana?", soal Aina.
"Tu..", Asya menunjuk ke arah seorang pelajar lelaki yang duduk di bahagian belakang kelas tersebut. Pelajar itu tersentak dan tergamam apabila terlihat Asya dan Aina yang berada di pintu hadapan kelasnya.
YOU ARE READING
Ya, Aku Isteri Dia
Romansa"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...