Perhimpunan Isnin sedang berjalan seperti biasa. Asya menoleh ke sebelah kanannya.
Izwan.
Izwan sedang menumpukan perhatian kepada pengetua yang sedang berucap di atas pentas. Asya memandang Izwan di sebelahnya.
"Huh, tak bersalah konon. Manalah tahu kot dia ada niat tak baik ke kat sayang. Muka je nampak baik. Hati kita tak tahu"
Asya teringat kata-kata Airil tempoh hari. 'Takkan lah dia upah Helmi untuk culik aku? Tak. Tak. Tak. Asya, be positive sikit boleh tak? Izwan tak sejahat tu okay. Hmm'
Kelihatan Izwan tak keruan kerana dia merasakan seperti seseorang yang sedang memerhatikan dia dari sebelah kirinya.
Dia cuba menoleh ke sebelah kiri. Berkerut dahinya.
Asya.
Tetapi Asya tidak merenungnya. Dia memandang ke hadapan menumpukan perhatian kepada ucapan pengetua.
'Takkan lah dia pandang aku tadi?', fikir Izwan lalu meraup rambutnya ke belakang. Alaa, alaa.
Asya sempat mengerling Izwan sekilas lalu tersenyum menahan ketawa. Entah apa yang lawak pun tak tahu lah.
'Nasib baik tak kantoi. Fuhh, selamat!'
"Okay, setakat ni je ucapan saya untuk hari ni. Terima kasih"
Finally! Puan pengetua telah menghabiskan ucapannya. Semua pelajar menepuk tangan setelah mendengar ucapan 'terima kasih' daripada pengetua.
"Kepada semua pelajar Tingkatan 4 dan 5, sila bangun dan beredar ke dewan ilmu untuk seminar Bahasa Melayu Spm. Terima kasih", ucap Cikgu Fazli selaku guru bertugas pada minggu tersebut.
"Yeay! Asya, aku tak sangka hari ni kita ada seminar duhh. Bestnya!", kata Aina teruja.
"Eh eh? Suka pulak dia. Ni mesti ada pape ni.. Kan?", teka Asya. Ye lah, pelik tengok si Aina ni excited sangat pasal seminar tu. Seminar je pun.
Pot. Pet. Pot. Pet. Duduk diam-diam dan dengar penceramah jemputan memberikan ceramah tentang subjek BM. Grrr. Boringnya!
"Mana ada pape! Saja nak excited sikit", balas Aina. "Ye lah Cik Aina Natasha oii"
Segera semua pelajar Tingkatan 4 dan 5 bangun dan beredar ke dewan ilmu secara teratur.
Asya dan Aina cepat-cepat memilih tempat duduk setelah masuk ke dalam dewan ilmu. Mereka memilih tempat duduk di bahagian tengah.
Asya duduk dan menoleh ke sebelah kirinya. Mujur kosong.
'Aku harap student perempuan lah yang duduk kat sebelah kiri ni'
No boys. Girls only! Cehh!
Lalu Asya menoleh ke sebelah kanannya. Kelihatan Aina sedang mencari-cari seseorang.
"Kau cari siapa?", tegur Asya hairan. "Arrr, aku cari..cari.. Haa! Tu pun kak Farhana!", Aina melambaikan tangannya kepada Farhana yang sedang mencari tempat kosong.
"Hmphh! Ye lah tu", Asya memeluk tubuhnya memandang hadapan.
"Hai, korang!", sapa Farhana mesra. "Hai!", balas Asya dan Aina serentak. Haihh, dah macam kembar dah.
"Duduk kat sini, kak", Aina menepuk-nepuk kerusi kosong di sebelah kanannya. Lantas Farhana meletakkan beg lalu duduk.
"Kenapa kak Hana sorang je? Kak Adilah mana?", soal Asya. "Kak Adilah tak datang. Hmm, sorang-soramg je lah akak hari ni", balas Farhana.
"Ouhh, patutlah", jawab Asya dan Aina serentak. Ishh! Sama lagi!
"Tapi, mana abang-abang macho tu semua, kak?", soal Aina pula. Ewahh! Abang macho. Kahkahkah!
"Abang-abang macho? Haa,jap lagi diorang sampai lah tu", tergelak Farhana mendengar soalan Aina tadi.
Tupp! Ada seseorang duduk di tempat kosong sebelah kiri Asya. Asya mengerling 'seseorang' yang duduk di sebelahnya.
Airil rupanya.
Airil hanya tersenyum memandang Asya di sebelah. Asya tersenyum hambar.
"Macam tak suka je kita duduk kat sini", tegur Airil sambil membuat muka 'duckface'. Pikir comel? Grrr.
"Suka lah. Suka sangat-sangat", balas Asya. Macam tak ikhlas je. Ahaks.
"Okay", balas Airil sepatah.
Ketika itu Izwan, Irham dan Afiq memilih tempat duduk di hadapan mereka. Izwan duduk di hadapan Farhana, Irham duduk di hadapan Aina manakala Afiq pula duduk di hadapan Asya. Di hadapan Airil pulak? Orang lain. Tak kenal. K.
Asya terlihat Izwan mengerlingnya. Airil yang menyedari situasi itu terus mencuit pipi Asya.
Asya tersentak lalu memandang Airil. Airil tersenyum dan membuat muka seposen.
Asya mengetap bibir menahan geram melihat reaksi Airil. Terus dia mencubit lengan kanan Airil.
"Aduh! Sakit!", Airil menggosok-gosok lengannya. Asya hanya menjeling dan memandang ke hadapan.
"Hai, Airil!", sapa Damia yang duduk di sebelah kiri Airil. Airil dan Asya tergamam tak terkata.
Airil tidak membalas sapaan Damia. Kini Airil berada di tengah-tengah antara Asya dan Damia. Errr.
"Kenapa korang diam.. Ouhh, okay. Faham", terhenti kata-kata Aina kerana terlihat Damia yang berada di sebelah Airil.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Semasa seminar berlangsung, Asya tidak dapat menumpukan perhatian kerana Airil.
Cuit pipi. Ambil pen. Pastu bisik-bisik panggil, "Asya", "Darling", "Sayang" dan sebagainya. K. Asya dah fed up dengan Airil.
Damia mengerling Airil dan Asya. 'Menyesal aku duduk kat sini', fikirnya. Tu lah. Siapa suruh hang duduk kat situ? Haa, padan muka.
Airil mengambil sehelai kertas notepad milik Asya. Dia menulis sesuatu pada kertas itu.
Diserahkan kertas tersebut kepada Asya. Asya mengambilnya dan membukanya.
'Tunggu abang lepas habis seminar ni kat tangga tingkat bawah. Tu je. Love you♡' -Encik Husband-
"Okay", balas Asya lalu melipat kertas itu dan menyimpannya ke dalam bekas pensel.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Semua pelajar tergesa-gesa keluar dari dewan ilmu lalu menuju ke kelas masing-masing. 'Kesian Aina pergi ke kelas sorang-sorang sebab aku kena jumpa si 'Encik Husband' tu'
"Nak apa?", soal Asya. Airil kini berada di hadapannya.
"Nak sayang", jawabnya.
'Sabar Asya sabar'
Asya menarik nafas dengan perlahan-lahan lalu menghembuskannya. Aikk? Dah macam aktiviti PJK. Memanaskan badan sebelum bermain di padang.
"Hehe, gurau je. Abang nak bagi sayang coklat ni", Airil menghulurkan sepeket KitKat.
'Okay, favourite aku tu'
Asya mengambilnya. "Maseh. Kenapa tak bagi je masa kat dewan ilmu tadi?", soalnya.
"Sama-sama, princess. Sebenarnya, abang nak temankan sayang ke kelas lah"
'Laa? Dia nak jumpa aku ni sebab tu je?'
"Haa, ye lah yelah. Jom"
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Setelah sampai di pintu kelas 4 Sains 1, ramai pelajar perempuan berbisik-bisik apabila terlihat Airil dan Asya.
"Tu haa. Peminat awak tu", Asya membuat muka seposen. "Ouhh, okay. Abang pergi dulu", pinta Airil. Laa? Tak excited pulak bila jumpa peminat.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Asya meletakkan beg lalu duduk. Aina di sebelah pulak asyik duk tersengih-sengih dari tadi. "Amboi, siap hantar kau sampai ke depan pintu kelas", perli Aina.
"Dia yang nak hantar aku. Ehh, Cikgu Aliana tak masuk ke?", Asya cuba menukar topik.
"Tak. Tadi Amir cakap Cikgu Aliana tak datang hari ni", balas Aina yang sedang sibuk menyusun bukunya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ya, Aku Isteri Dia
Romance"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...