Bab 30

7K 184 4
                                        

Asya dan Puan Nora sedang sibuk memasak di dapur. Asya sedang memotong bawang dan bahan-bahan yang lain untuk memasak tomyam manakala Puan Nora pula sibuk memotong sayur kubis untuk memasak sayur campur.

Puan Nora memandang anaknya yang sedang termenung. "Asya? Kenapa ni? Dari tadi asyik termenung je ibu tengok. Asya ada masalah?", tegurnya.

"Ehh? Err, tak ada pape ibu. Asya okay", Asya tersenyum. Dia tidak mahu menceritakan tentang Airil kepada ibunya. Tidak mahu menambahkan beban kepada ibunya.

"Hmm, ye lah. Tapi kalau Asya ada masalah, Asya cerita je kat ibu. Okay? Jangan simpan seorang-seorang", sambung Puan Nora. "Baiklah, ibu", Asya tersengih manja. Puan Nora tersenyum lalu mengusap lembut pipi puterinya itu. Salah seorang insan yang sangat berharga dalam hidupnya.

"Hahaha, abah ingat. Ehh, mana boleh lupa. Kenangan tu. Kenangan manis antara ibu dan abah", Encik Shahrul tersengih memandang isterinya di sebelah. Puan Nora hanya tersenyum.

Asya bangun dari tempat duduknya lalu melangkah menuju ke kerusi buaian yang diperbuat daripada kayu yang berada di halaman rumahnya itu. "Nak ke mana tu, Asya?", soal Puan Nora. Asya hanya tersenyum lalu menunjuk ke arah kerusi buaian tersebut.

"Haihh, bosanlah tu", sambung Puan Nora. "Biarkan je lah dia. Rindu kerusi buaian dia lah tu", balas Encik Shahrul.

Asya tersenyum sendirian di kerusi buaian kayu itu. Gembira melihat kemesraan keluarganya yang sedang berbual dan menikmati minum petang. Hatinya berasa bahagia dan tenang melihat mereka. Dia sangat bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang selalu mengambil berat tentang dirinya, seorang abang yang selalu memahaminya dan seorang suami yang cukup sempurna di matanya.

Afiq merenung Asya yang bersendirian di kerusi buaian itu. Dia mengatur langkah menuju kepada adiknya.

"Rindu buaian ni? Tak ajak Airil?", tegur Afiq. "Ha ah. Rindu.. Kalau dia nak duduk sini, dia datanglah sini", balas Asya.

"Hmm, ye lah. Tapi kan, ada orang tu kan..dia cakap dia rindu kat abang ni. Betul ke erk?", Afiq mencebik lalu memandang Asya di sebelahnya.

"Haha, betul lah. Orang tu rindu sangat-sangat kat abang dia yang handsome ni", Asya mencubit pipi Afiq. Afiq tersengih. "Alolorr, abang pun rindu sangat-sangat kat adik abang yang comel ni". Asya hanya ketawa kecil.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Sayang, tengah buat homework ke study?", tegur Airil yang baru muncul dari bilik mandi. "Homework", jawab Asya ringkas.

"Boleh buat? Nak abang tolong?"

"Tak apa. Asya boleh buat sendiri", Asya menumpukan perhatiannya kepada buku Sejarah di hadapannya. Langsung tidak memandang Airil yang duduk di sebelahnya. Airil mengambil tangan Asya lalu menggenggamnya erat.

"Sayang, kenapa ni? Sayang ada masalah ke? Cuba cerita sikit kat abang kalau sayang ada masalah", soal Airil. Pelik melihat Asya berkelakuan sebegitu.

"Tak lah. Asya okay", Asya melepaskan genggaman tangannya daripada tangan Airil dan meneruskan tumpuannya pada buku Sejarahnya.

"Tak. Abang tahu sayang tak okay. Abang tahu sayang ada masalah. I'm your husband. Bagitahu abang apa masalah sayang. Abang berhak tahu"

Lantas Asya menutup bukunya lalu mengalihkan pandangannya kepada Airil. Dia merenung wajah suaminya itu.

"Damia", jawab Asya sepatah.

"Damia? Kenapa dengan dia? Dia ganggu sayang ke? Dia buat apa kat sayang?", soal Airil.

"Abang jumpa dia kan tengahari tadi? Abang cakap abang nak study group tapi kenapa abang jumpa dia? Asya tak nampak pun abang Afiq, abang Irham dan kak Hana. Abang tipu Asya kan? Sampai hati abang kan?"

Airil tersenyum. 'Asya cemburu ni', fikirnya.

Asya menjeling suaminya yang sedang tersenyum. 'Senyum-senyum pulak. Ingat orang main-main ke? Erghh!'

"I know you're jealous"

"No! Bila masa pulak saya cemburu?"

"Ye lah tu. Cemburu tak nak mengaku erk? Tak apa, tak apa"

"You didn't answer my question. Kenapa abang jumpa dia tadi?", soal Asya lagi. Kali ini dengan muka seriusnya. Fuhhh!

"Sayang, abang pergi cafe tadi sebab nak study group tapi masa abang tengah tunggu Afiq, Irham dan Hana, entah dari mana dia muncul tiba-tiba dia dah duduk kat depan abang. Abang terkejut jugak masa tu. Lepas tu dia membebel benda yang entah apa-apa, abang halaulah dia", ujar Airil.

"Tapi macam mana sayang tahu Damia jumpa abang tadi?", soal Airil sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Masa tu Asya nak pergi kedai kek dekat situ. Asya lalu depan cafe tu, ternampak abang.. dengan Damia. Damia cakap pasal apa tadi?"

"Patutlah. Tak lah, dia sibuk tanya abang datang sini nak jumpa siapalah, buat apalah. Busybody betul! Erghh", jawab Airil dengan muka seposennya. Asya hanya tersenyum hambar.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Helmi!"

Helmi menoleh pandangan ke belakang apabila terdengar satu suara yang memanggil namanya. 'Damia? Dia nak apa pulak ni? Errr', fikirnya sambil memandang sekeliling. Tiada pelajar lain di situ. Hanya dia dan Damia.

"Nama i Damia. I nak minta tolong sikit kat you. Kalau you sudi lah. Ada ganjaran", Damia mengukir senyum sambil menunjukkan sepucuk sampul surat berwarna coklat di tangan kanannya.

Helmi memandang sampul surat itu sekilas. Dia tersenyum sinis. "Okay. I sudi tolong you. You nak i buat apa?", soalnya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Asya turun dari motosikal lalu menyerahkan helmet kepada Airil. Dia menyalam tangan suaminya lalu ingin beredar dari situ tetapi tangannya dicapai dan digenggam erat oleh Airil.

"Hari ni ada kokurikulum kan? Nanti tunggu abang kat kantin. Kita lunch sama-sama", ujar Airil. "Ermm. Aina macam mana?"

"Ajak dia sekali. Abang ajak Afiq, Irham dan Hana sekali. Kita makan ramai-ramai", sambung Airil.

"Okay. Asya masuk kelas dulu. Bye, Assalamualaikum" "Bye, sayang. Waalaikumusalam"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Asya dan Aina berjalan beriringan menuju ke kantin. Asya diam tanpa sebarang kata. Aina memandang sahabatnya di sebelah. 'Kenapa Asya diam je erk? Dia ada masalah ke?', fikirnya.

Setelah sampai di kantin, mereka mencari tempat duduk untuk menunggu kehadiran Airil.

"Asya, kau okay tak? Diam je dari tadi. Kau bergaduh dengan Airil erk?", soal Aina lalu mengambil tempat duduk di sebelah kiri Asya.

"Haa? Tak lah. Aku okay. Hehe", balas Asya sambil tersengih. "Okay. Kalau macam tu jom kita beli makanan. Aku dah lapar ni"

Asya menepuk perlahan dahinya. "Lupa pulak. Pagi tadi Airil ajak kita makan sama-sama dengan dia"

"Hai, korang! Kenapa tak makan lagi?", sapa Izwan lalu duduk di hadapan Asya dan Aina. "Ehh? Izwan. Kitaorang tengah tunggu Airil! Haa, Airil", balas Aina. Asya hanya diam dan tersenyum.

"Ouhh, patutlah. So, kita makan sekali je lah nampaknya. Abang aku pun ajak aku makan sekali dengan dia", ujar Izwan. Asya dan Aina saling berpandangan apabila mendengar kata-kata Izwan.

"Haa! Kalau macam tu, kita makan sekali je lah. Best sikit kalau lunch ramai-ramai. Hehe", sambung Aina.

'Aduh! Kenapalah aku tak terfikir Izwan pun ada sekali. Abang dia dengan Airil kan kawan baik. Dah semestinya abang Irham ajak dia sekali', fikir Asya.

Asya termenung sendirian menunggu Airil dan yang lain. Kesian. Kena jaga meja punya pasal, dia tak boleh beli makanan.

"Haihh, jauhnya termenung. Dah sampai mana?", usik Izwan yang sedang meletakkan dua pinggan nasi ayam untuk dia dan Irham.

"Eh? Haha, kat sini lagi. Tak sampai Penang pun", gurau Asya. "Haha, saya ingat awak dah sampai kat sana dah", Izwan tersenyum. Asya ketawa kecil.

Airil terkedu melihat Asya dan Izwan sedang berbual mesra. 'Mesranya lahai. Hmm'

Ya, Aku Isteri DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang