"Ha ah, ermm. Macam mana erk nak cakap, err..", Asya terasa gementar untuk menceritakan kepada Aina tentang lamaran Izwan untuknya.
"Alaaa, cakap je lah. Apa dia?", kelihatan Aina sudah tidak sabar untuk mengetahui apakah 'something' yang Asya hendak bagitahu.
"Err, macam ni, hari tu Izwan ada la..lamar aku untuk ja..jadi girlfriend dia. Hmm", tergagap Asya memberitahu hal itu kepada Aina.
Aina tercengang selepas mendengar cerita Asya itu. "Hah? Biar betul? Izwan Idris?"
"Ha ah, Izwan Idris. Erm"
"So, apa jawapan kau?"
"Aku tak tahulah Aina. Dia bagi aku masa dalam dua minggu. Aku tak suka dia lah. Lagipun aku anggap dia sebagai seorang sahabat je. Tak lebih dari tu", luah Asya.
"Erm, pada pendapat aku lah kan, lebih baik kau tolak lamaran dia tu. Ye lah, kau kan tak suka dia. Kau bagitahu je dia perasaan sebenar kau terhadap dia", kata Aina.
"Entahlah, Aina. Aku pun tengah confius ni. Isnin ni, aku kena bagitahu dia apa jawapan aku"
"So kau dah buat keputusan?"
"Bila aku fikirkan balik pendapat kau tu kan, aku rasa lebih baik aku tolak lamaran Izwan tu. Ye lah, tahun depan kita kan SPM, malas aku nak couple-couple ni. Hmm"
"Hah, betul betul. Aku setuju dengan keputusan kau tu. Lebih baik kau tolak je lamaran dia tu"
"Thanks, Aina. Kalau kau tak ada, tak tahulah apa yang jadi. Hehe"
"Hehe, most welcome Asya. Kau kan sahabat aku"
"Hmm, okay"
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Ketika Airil sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya, Puan Tengku Marliana muncul dari dapur lalu duduk di sebelah Airil yang sedang khusyuk menonton drama.
"Airil, esok Airil ada pergi mana-mana?", Puan Tengku Marliana bersuara.
"Esok? Tak pergi mana-mana pun. Kenapa bonda?", pandangan Airil masih lagi ditumpukan kepada televisyen.
"Esok, ayahanda nak bawak kita pergi jumpa sahabat lama dia. Kita pergi dalam pukul 10 pagi esok", ujar Puan Tengku Marliana.
Airil berkerut dahi mendengar kata-kata bondanya itu. "Sahabat lama ayahanda?"
"Ye, sahabat lama ayahanda. Sahabat sejak zaman sekolah rendah. Bonda harap, esok, Airil janganlah keluar pergi mana-mana eh? Bolehlah kenal-kenal dengan anak-anak sahabat ayahanda tu"
"Ouhh, okay bonda. Siapa nama sahabat ayahanda tu? Jauh ke rumah sahabat ayahanda tu?", tanya Airil lagi.
"Esok Airil tahulah nama sahabat ayahanda tu. Tak jauh pun rumah dia. Dekat je", Puan Tengku Marliana lalu naik menuju ke bilik tidurnya.
"Siapalah agaknya sahabat ayahanda tu? Hmm", Airil bersoal sendiri.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Asya, buat apa tu?", tegur Puan Nora setelah terlihat Asya sedang khusyuk bermain handphonenya.
Asya memandang ibu sekilas. "Online Twitter je, ibu. Kenapa ibu?"
"Ouhh ye, esok Asya ada keluar pergi mana-mana tak?", tanya Puan Nora.
"Tak ada, ibu. Kenapa ibu? Macam ada sesuatu je?"
"Macam ni, sahabat lama abah nak datang rumah kita esok. So, ibu harap, Asya janganlah keluar pergi mana-mana esok. Bolehlah Asya kenal-kenal dengan anak-anak sahabat abah tu", ujar Puan Nora.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ya, Aku Isteri Dia
Romance"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...