Bab 27

6.4K 190 3
                                        

"Kak, pen biru ni berapa?", soal Asya sambil menunjuk sebatang pen biru yang dipegangnya kepada penjual di kedai buku sekolahnya.

"RM 1.50, dik"

"Nah, kak"

"Terima kasih, dik"

"Sama-sama", Asya membayar pen biru yang dibelinya lalu melangkah keluar dari kedai buku tersebut.

Ketika Asya berjalan menuju ke kantin, tiba-tiba kepalanya terasa pening.

'Ya Allah, peningnya kepala aku ni'

'Asya?', Izwan terlihat Asya yang sedang memicit-micit kepalanya. Mukanya agak pucat dan kelihatan seperti hendak pengsan.

Penglihatan Asya tiba-tiba menjadi gelap dan tubuhnya hendak terjatuh kerana pengsan.

"Asya !", lantas Izwan berlari ke arah Asya dan menyambutnya.

"Asya? Asya? Asya?", Izwan menepuk-nepuk perlahan pipi Asya.

"Aduhh, Asya pengsan lah pulak", ujar Izwan sendirian. Lantas dia mengangkat Asya dan membawanya ke bilik rawatan.

'Asya, maafkan saya. Saya terpaksa angkat awak', fikir Izwan.

"Asya pengsan ke tadi?", soal Cikgu Laila, guru yang bertugas di bilik rawatan.

"Ha ah, cikgu. Saya ternampak dia tadi. Saya tengok muka dia nampak pucat lepas tu pengsan", jawab Izwan.

"Hmm, ye lah. Awak pergilah ke kantin dulu. Nanti masa rehat habis pulak. Pasal Asya ni, awak jangan risau. Sekejap lagi dia sedarlah tu", ujar Cikgu Laila.

"Baiklah, cikgu. Saya minta diri dulu", pinta Izwan. Cikgu Laila hanya tersenyum dan mengangguk.

Izwan sempat memandang wajah Asya sekilas lalu melangkah keluar dari bilik rawatan tersebut untuk ke kantin. Cikgu Laila kemudiannya menelefon Cikgu Aisyah, guru kelas Asya.

Airil bergegas ke bilik rawatan setelah Cikgu Aisyah memberitahunya tentang Asya.

Lantas dia memulas tombol pintu bilik itu dan melangkah masuk.

"Asya? Kenapa sayang boleh pengsan ni?", ujarnya. Dia kelihatan agak cemas dan risau melihat keadaan isterinya.

"Bertenang, Airil. Cikgu dah rawat dia. InshaAllah, sekejap lagi dia sedar", Cikgu Laila cuba menenangkan Airil.

"Terima kasih, cikgu. Ouhh ye cikgu, siapa yang bawa Asya ke sini?", soal Airil.

"Izwan Idris. Dia lah yang bawa Asya ke sini. Dia cakap dia ternampak Asya macam nak pengsan tadi", jawab Cikgu Laila.

'Izwan Idris? Dia kan adik Irham?', fikir Airil. "Ouhh, okay cikgu", jawabnya.

Tidak berapa lama kemudian, Asya tersedar. Airil dan Cikgu Laila tersenyum lega. "Sayang, Alhamdulillah.. Sayang sedar jugak. Kita balik erk? Sayang kena berehat", ujar Airil. Dia mencapai tangan Asya dan mengenggamnya erat.

"Saya pengsan ke tadi?", soal Asya. Kepalanya masih terasa pening. "Ye, Asya. Awak pengsan tadi. Nasib baik Izwan ternampak awak yang hampir-hampir nak terjatuh. Dia lah yang bawa awak ke sini", ujar Cikgu Laila.

"Haa? Izwan? Aduhh !!", Asya memicit-micit kepalanya. Terasa pening.

"Sayang? Pening kepala lagi ke?", soal Airil. Asya hanya mengangguk lemah.

"Airil, cikgu rasa lebih baik awak dan Asya balik. Jumpa doktor. Jangan risau pasal kelas. Biar cikgu settlekan", cadang Cikgu Laila.

"Baiklah, cikgu. Saya bawa Asya balik dulu. Sekali lagi, terima kasih ye cikgu", ucap Airil. "Terima kasih cikgu", ucap Asya pula. "Sama-sama. Lagipun ni dah memang tanggungjawab cikgu untuk tolong korang berdua", balas Cikgu Laila.

Ya, Aku Isteri DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang