Airil merenung surat yang diterima daripada guru disiplin sekolahnya. Surat gantung sekolah.
Dia meraup mukanya lalu meletakkan surat itu ke atas meja belajar. Disandarkan badannya pada kerusi. Dia mengingati perbualannya dan Izwan bersama Cikgu Abdullah di bilik disiplin.
***
"Kenapa kamu berdua bergaduh tadi?", tanya Cikgu Abdullah sambil memandang Airil dan Izwan yang berdiri di hadapannya. Irham yang berdiri di sebelahnya hanya mendiamkan diri.
"Se..sebenarnya..", Airil gugup.
"Sebenarnya apa?!"
"Sebab masalah peribadi, cikgu", balas Izwan.
"Kalau ye pun sebab masalah peribadi, janganlah bawak sampai ke sekolah. Sekolah ni tempat untuk belajar, bukan untuk bergaduh!"
Zass! Bunyi rotan Cikgu Abdullah yang melibas (Betul ke? Hahah sis sudah confius lorh) meja guru menyapa telinga mereka. Gulp! Bahu mereka terhinjut sedikit kerana terkejut. Haa, tahu takut. Kahkahkah!
"Irham, kamu pun terlibat jugak ke?", tanya Cikgu Abdullah kepada Irham di sebelahnya.
"Errr ta..tak cikgu. Sa..saya cuma nak halang diorang je", balas Irham.
"Hmm, baiklah. Nanti kamu berdua datang jumpa saya lepas waktu sekolah. Saya nak bagi surat cinta kat kamu berdua", kata Cikgu Abdullah kepada Airil dan Izwan. Haihh, tak pasal-pasal dapat surat cinta daripada Cikgu Abdullah.
"Su..surat cinta?", tanya Airil dan Izwan serentak.
"SURAT GANTUNG SEKOLAH!", jawab Cikgu Abdullah tegas.
Surat gantung sekolah? Terlopong mulut mereka berdua. Matilah, nak!
***
'Kenapalah cikgu nak gantung aku sampai seminggu? Haihh', fikirnya.
"Matilah aku kalau bonda dan ayahanda tahu pasal surat gantung ni"
Langkah Asya terhenti di hadapan pintu biliknya. Dia teragak-agak untuk membuka pintu tersebut.
'Aduh, nak panggil ke tak erk? Kalau tak panggil kang bonda marah pulak. Hmm, panggil je lah', fikir Asya.
Ketika tangan Asya ingin memulas tombol pintu itu, Airil telah pun membuka pintu tersebut dari dalam.
Airil tercengang apabila terlihat Asya di muka pintu. 'Aduh, dah lama ke dia berdiri kat depan pintu ni? Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi erk? Haishh', fikirnya tidak keruan.
"Kenapa?", tanya Airil. Serius je nada dia. Hmph!
"Arr, tak ada pape. Bonda..bonda suruh panggil abang tu..turun makan", balas Asya. Aiseh, gugup pulak dah.
Airil hanya diam dan terus melangkah pergi dari situ menuju ke tangga. Asya mengikuti langkahnya dari belakang.
'Hmm, dia masih marah kat aku. Tak apa, Asya. Satu hari nanti, hati dia akan lembut jugak. Ingat kata-kata Aina, be strong Asya. Be strong', fikir Asya sambil merenung Airil yang membelakanginya. Haihh, tengok dari belakang pun nampak handsome jugak. Sebab tu lah dia ada ramai fans kat sekolah tu. TAS D'Luvers. (Tengku Airil Syazwan D'Luvers) Errr. Geli pulak aku dengan nama tu.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Selepas makan malam, Asya membantu Cik Lin mengelap dan menyusun pinggan yang telah dicuci di dapur.
'Macam mana cara nak lembutkan hati Airil erk? Aku dah lah tak pandai dalam bab-bab macam ni. Errr', getus hati Asya.
"Jauhnya Asya termenung. Kenapa? Teringat kat siapa?", sapa Cik Lin di sebelah.
"Err, tak ada pape Cik Lin. Asya okay je", balas Asya. "Tak payah lah tipu Cik Lin. Cik Lin tahu Asya ada masalah. Kan?"
"Ermm, macam ni Cik Lin. Kawan baik Asya sorang ni, dia bergaduh dengan kawan dia. Dah dua hari diorang tak bertegur. Dia cuba cari jalan nak berbaik balik. Tapi dia keliru. Cik Lin tahu tak macam mana nak selesaikan masalah macam tu?", tanya Asya. Ehh Asya, macam ada kaitan dengan diri sendiri je? Huhuhu.
"Hmm, kawan dia tu lelaki ke perempuan?"
"Lelaki"
"Hmm, kalau lelaki, susah jugak tu. Tak apa, Asya cuba cakap kat kawan Asya tu tentang cadangan Cik Lin ni. Cuba pujuk elok-elok, cakap dengan lembut, ajak berbincang, minta maaf. Haa, mungkin boleh berbaik balik kalau guna cara-cara tu", cadang Cik Lin.
"Hmm, bagus jugak cadangan Cik Lin tu. Okay, nanti saya bagitahu dia pasal cadangan Cik Lin tu. Terima kasih, Cik Lin. Hehe, sayang Cik Lin", Asya tersengih lalu memeluk Cik Lin.
"Haa, ye lah. Sama-sama. Dah, dah. Habis Cik Lin jadi kecik nanti. Hah, pergi naik. Tidur. Esok sekolah. Cik Lin nak sambung kerja ni", balas Cik Lin.
"Hahaha! Cik Lin ni. Tak akan kecik punya. Asya ni yang kecik ada lah"
"Eyhh! Dah, pergi naik. Dah pukul berapa ni", Cik Lin mencekak pinggang memandang Asya. "Hehe, okay. Selamat malam Cik Lin!", ucap Asya lalu mengatur langkah menaiki tangga ke biliknya.
"Selamat malam. Haihh, Asya..Asya..", Cik Lin tersenyum sendirian lalu menyambung kerjanya.
Asya menongkat dagu sambil merenung Aina di hadapannya. Berkerut dahi Aina memandang Asya yang sedang merenungnya.
"Kau okay ke tak ni? Demam ke?", Aina menetapkan tangannya pada dahi Asya. Tak panas pulak.
"Aku okay lah. Mana ada demam", balas Asya lalu memandang sekeliling. Cari siapa lah tu.
"Habis tu, kenapa kau duk tenung aku macam tu? Makanlah nasi goreng tu. Sedap tau. Bagilah aku kalau tak nak", Aina meneruskan suapannya. Aihh, sedapnya nasi goreng ni! 🙆
"Haihh, kau tak breakfast ke pagi tadi? Lapar bukan kemain lagi. Sampai nasi goreng aku pun kau nak", Asya mula menyuakan sesudu nasi goreng ke mulutnya.
"Hehe, ha ah. Tak sempat lah weh. Aku bangun tepat-tepat pukul 6.30 kot. Ehh, Asya. Apa citer semalam duhh? Najwa Whatsapp aku malam semalam, dia kata Airil dan Izwan ikut Cikgu Abdullah pergi bilik disiplin. Abang Irham pun sekali", ujar Aina.
"Hah? Biar betul weh? Patutlah Izwan lambat masuk kelas semalam"
"Ha ah. Eh, Airil tak cakap apa-apa kat kau ke semalam?", tanya Aina.
Asya hanya menggeleng perlahan. "Laa, dia masih marah kat kau?", tanya Aina lagi.
"Ha ah. Aku cakap sikit-sikit je dengan dia. Cara dia cakap dengan aku pun serius je bunyinya"
"Hmm, sabar lah Asya. Satu hari nanti mesti hati dia akan lembut jugak. Alaa, kau try lah pujuk dia, cakap dengan lembut. Mungkin dia boleh sedar yang kau memang tak bersalah"
"Nantilah aku try", jawab Asya malas. Malas nak pikir. Biarlah. Hmm.
Damia memandang tajam ke arah Asya dan Aina yang sedang berbual. "Babe, kes Asya dan Airil semalam tu memang kerja kau ke?", tanya Sarah di hadapannya.
Pandangan Sarah kepada makanannya terus dikalihkan ke arah Damia. "Ehh Damia ni. Aku tengah bercakap dengan dia, dia boleh diam je? Mia!", Sarah melambaikan tangan ke muka Damia.
Damia tersentak. "Ishh! Terkejut aku. Apa?"
"Haa, ni mesti kau tengah usha Airil kan? Mana? Mana? Mesti Afiq ada dengan dia sekali. Mana diorang babe?", tanya Sarah sambil melihat ke arah pandangan Damia tadi. Haihh, Sarah ni. Peminat Afiq rupanya. Huh. 😒
"Apa yang kau merepek ni? Bila masa pulaklah aku usha Airil? Erghh", Damia menyedut air kotak Milonya.
"Dah tu? Kau usha siapa tadi?"
"Tak ada siapa lah. Hah, kau cakap apa tadi?"
"Pasal Asya dan Airil semalam tu memang kerja kau kan?"
"Taklah. Bukan kerja aku. Aku rasa ni kerja orang lain", teka Damia.
"Kau rasa siapa?"
"Mungkin fans Airil? Airil tu kan ada ramai fans"
"Hmm, entah-entah fans Asya tak? Alah, Asya pun ada fans dia jugak", teka Sarah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ya, Aku Isteri Dia
Romantizm"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...