Bab 28

7.4K 219 4
                                        

Asya melangkah sendirian menuju ke kelasnya. Setelah sampai di pintu kelasnya, dia terlihat Aina yang sedang sibuk menulis.

"Aina !", tegur Asya sambil duduk di tempat duduknya.

"Asya ! Rindunya kat kau. Huhu", Aina memeluk Asya di sebelahnya. "Aku pun rindu kau jugak", Asya tersenyum manis.

"Sorry tau sebab aku tak jenguk kau semalam. Aku pergi melawat Mak Ngah aku kat hospital", ucap Aina. Serba salah kerana tidak menjenguk sahabatnya itu. "Tak apa lah, Aina. Aku tak kesah", Asya tersengih. Aina hanya membalas dengan sebuah senyuman.

"Haa, apa cerita? Betul ke hari tu Izwan yang dukung kau sampai ke bilik rawatan?", soal Aina.

Asya terdiam. Kehilangan kata-kata untuk menjawab soalan itu. "Entahlah, Aina. Cikgu Laila cakap, Izwan yang dukung aku sampai ke bilik rawatan. Ermm"

"Ouhh, tapi Airil tahu ke pasal tu?", soal Aina lagi. "Airil tahu tapi Airil tak ada pun cakap kat aku pasal tu", balas Asya sambil mengeluarkan buku teks Fizik.

Asya sedang membaca novel di atas katil. Tersenyum seorang-seorang pulak tu.

Airil yang baru menyiapkan homeworknya lantas bangun dari meja belajar lalu melangkah ke katil.

Dia turut tersenyum melihat Asya di sebelahnya. 'Haishh, comelnya isteri aku ni'

"Sayang, tersenyum seorang-seorang nampak?", tegurnya. "Eh tak. Novel ni. Best. Saya kalau baca novel cinta macam ni, memang feeling lebih", Asya tersengih manja lalu menutup novel tersebut. Diletaknya ke atas meja di sebelah katil.

"Haha, ye lah isteriku yang tersayang. Sayang..", Airil tersenyum menggoda. Kahkahkah !

Dup ! Dap ! Dup ! Dap !

'Dah kenapa dengan Airil ni? Errr, pelik semacam je'

Airil mendekatkan mukanya kepada muka Asya. Dia tersenyum. Gulp ! Asya tergamam. "Kenapa sayang ni cantik sangat?", tanyanya.

Kahkah ! Buat suspen je !

"Hahaha, abang ni kan. Buat suspen je. Saya ingat abang nak minta sesuatu tadi", Asya tergelak lalu menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya. Malu duhh.

"Apa? Sayang ingat abang nak minta apa? Minta kiss? Boleh jugak kalau sayang nak bagi", Airil tersengih. "Ehh? Tak, tak, tak. Dah, saya dah ngantuk. Nak tidur", segera Asya menarik selimut menutup seluruh tubuhnya.

"Alaa, nak kiss. Bolehlah, sayang", pinta Airil dengan muka manjanya. "Tak boleh. Jom tidur sekarang. Saya dah ngantuk tahap 100% dah ni", Asya mula melelapkan matanya. Malas hendak melayan kerenah Airil. Tiba-tiba, dia terasa seperti hidungnya dicuit, kemudian pipinya diusap lembut.

'Ishh, teruk betul lah Airil ni. Nak minta penampor ke apa ni', getusnya. Mata Asya kemudiannya dibuka dan terlihat Airil yang sedang tersenyum memandangnya.

Asya memikirkan idea untuk mengenakan Airil. "Abang, tidurlah. Janganlah kacau Asya pulak. Nanti saya pening kepala lagi macam hari tu kang. Haa"

"Eh? Ye tak ye jugak. Okay, okay. Sorry, sayang. Jom tidur", ajak Airil lalu segera melelapkan matanya. Risau kalau penyakit pening Asya datang semula.

'Hah, tahu takut', Asya ketawa kecil.

Airil sedang berdiri di hadapan cermin meja solek sambil mengemaskan rambutnya. Tepat jam pukul 11.15 pagi, dia perlu berada di Cafe Murni untuk belajar berkumpulan dengan Afiq, Irham dan Farhana. Hmm, SPM lah katakan. Kena belajar dengan bersungguh-sungguh.

Pintu bilik dibuka. Asya melangkah masuk dan hairan melihat Airil yang telah siap berbaju T-shirt long sleeve berwarna kelabu dan berseluar jeans hitam. 'Wahh, handsomenya', getus hatinya. "Abang, abang nak pergi mana?"

Ya, Aku Isteri DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang