Di kelas 4 Sains 1. Asya sedang membaca novel sambil menunggu Aina yang belum tiba.
'Mana Aina ni? Lambatnya dia hari ni. Dah 7.30 ni', Asya melihat jam tangannya.
"Good morning, Asya", tegur Damia. Sarah yang berdiri di sebelah Damia hanya diam memandang Asya.
Asya mengalihkan pandangannya sekilas ke hadapan lalu sambung membaca novelnya.
"Good morning", jawab Asya acuh tak acuh. 'Menyampah betul lah tengok muka minah ni. Pagi-pagi dah terpacak depan mata. Harap muka je cantik tapi hati? Errr', fikir Asya.
"Lusa you free tak? I nak jumpa you kat luar. Ada something i nak cakap kat you", soal Damia dengan muka lagaknya.
"Free je. Tapi kenapa awak nak jumpa saya kat luar pulak? Saya rasa tak perlu kot nak jumpa kat luar. Kat sekolah ni pun boleh. Tak payah lah susah-susah awak nak jumpa saya kat luar", balas Asya.
"I tahu. Tapi i tetap nak jumpa you kat luar Sabtu ni. Lagipun i nak jumpa you personally. Only us", balas Damia.
"Okay. So awak nak jumpa saya kat mana? Dan pukul berapa?", soal Asya. "Okay, kita jumpa kat Mid Valley je. Pukul 2.30 petang", balas Damia.
"Okay", Asya setuju.
Asya membetulkan tudungnya di hadapan cermin. Dia menoleh kepada Airil yang sedang nyenyak tidur.
'Airil, Airil. Dah syok makan lepas tu terus tidur. Lena pulak tu', Asya tersenyum sendirian.
'Eh? Macam mana nak minta izin kat dia yang aku nak keluar ni? Aduhh, terlupa nak tanya dia tadi', fikirnya lagi.
Asya mencapai handbagnya lalu melangkah keluar dari biliknya.
"Terima kasih, Pak Din. Susah-susahkan Pak Din je", ucap Asya kepada Pak Din, pemandu keluarga Airil. "Ehh, tak apa lah Asya. Tak susah pun. Haa, nanti Asya nak balik naik apa?", soal Pak Din.
"Asya balik naik bas je nanti. Pak Din jangan risau. Ouhh ye, kalau Airil tanya Pak Din, saya pergi mana, Pak Din jawab yang saya pergi Mid. Ada hal sikit. Boleh tak, Pak Din?", pinta Asya.
"Okay. Boleh, boleh. Hati-hati ye", pesan Pak Din. Lantas Asya mengangguk dan keluar dari kereta.
Asya duduk di sebuah bangku. Menunggu kedatangan Damia. Dia kemudiannya mengeluarkan handphonenya lalu membuka akaun Wechatnya.
'Biyy, maafkan saya sebab tak bagitahu biyy tadi. Saya nak keluar sekejap. Pergi Mid je. Ada hal sikit. Biyy jangan risau. Saya akan jaga diri'
"Hai, Asya. Sorry buat you tertunggu. Dah lama sampai ke?", sapa Damia mesra.
"Hai. Is okay lah. Saya sampai dalam lebih kurang 10 minit yang lalu", Asya tersenyum mesra.
"Ouhh, okay. Jom, kita pergi satu butik ni. Kat butik tu ada sale. I nak shopping barang sikit kat situ", ajak Damia. "Okay, jom"
Asya dan Damia membelek-belek baju yang dijual di butik itu.
"So apa tujuan awak nak jumpa saya hari ni? Awak nak cakap something kan? About what?", soal Asya.
"Okay, actually i nak minta maaf kat you pasal hari tu. Entah kenapa i rasa sakit hati kat you and i langgar you sampai you terjatuh. I betul-betul nak minta maaf", ucap Damia.
"Okay, saya maafkan awak. Biasalah, kita ni manusia. Semua manusia pernah buat kesilapan. Is okay lah, Damia", Asya tersenyum.
"Thank you, Asya. Tak tahu lah apa jadi kalau you tak maafkan i. Mesti i akan rasa bersalah sangat-sangat kat you", balas Damia. Asya hanya diam dan tersenyum.
"Ouhh ye, itu yang first. Yang kedua, i nak bagitahu sesuatu kat you pasal Airil", nada suara Damia agak serius.
'Airil?'
"Airil? Kenapa dengan Airil?", soal Asya.
"Hmm, you kan dah jadi isteri Airil so i nak ucap congrats untuk korang berdua. Sorry kalau dah terlambat sangat but yeah, i ni baru dapat tahu yang korang berdua memang dah kahwin. I tak sangka jugak sebenarnya tapi tu lah, i dengar cerita kat sekolah tu yang korang kahwin sebab parents erk?", soal Damia.
"Thank you, Damia. Hmm, tak apa lah. Saya tak kesah. Errr, btw kitaorang kahwin memang sebab permintaan parents. Kitaorang terpaksa terima", balas Asya.
"Ouhh, okay. Sorry lah i tanya soalan tu. Errr, bukan apa, i just nak tahu perkara yang sebenar. Tu je"
"Ehh, tak apa. Btw awak ni cousin Airil ke? Hari tu masa kita kat pondok sebelah dewan, saya tengok awak dengan Airil macam dah lama kenal je?", soal Asya.
Damia tergamam. 'Hmm, nampaknya Airil dah bagitahu Asya siapa aku sebenarnya', fikirnya.
"Errr, actually i.. i ni cousin Airil. Dia cerita kat you pasal i ke?"
"Ha ah, dia cakap yang awak ni cousin dia, satu-satunya anak saudara ayahanda. Betul kan?", soal Asya pula.
"Yupp, betul. Ermm, okay. Now, i nak cerita kat you pasal Airil. You kena tahu siapa Airil sebenarnya. You kan dah jadi isteri dia so you kena tahu", sambung Damia lagi.
"Okay"
"Sebenarnya, Airil tu.. playboy orangnya. Ermm, i bukan nak kutuk dia tapi memang itu lah perangai Airil yang sebenarnya", ujar Damia. Asya agak tersentak.
"Ye lah, Airil tu handsome orangnya. Berketurunan Tengku. Pandai, aktif kat sekolah. And dia memang terkenal kat sekolah tu. Samalah macam kat sekolah lama i dan Airil dulu. I satu sekolah dengan dia dari Darjah 1 sampai Form 2 so i memang tahu lah macam mana perwatakan dia tu masa kat sekolah", ujar Damia lagi.
"Masa i melangkah ke sekolah menengah, i sendiri pun terkejut tengok perangai Airil. Girlfriend keliling pinggang. Selalu berkepit dengan perempuan. Pergi kelas dengan awek, pergi library dengan awek, pergi kantin pun dengan awek. Kadang-kadang i pun geram jugak dengan Airil tu. Suka mainkan perasaan orang perempuan. Hmm', sambung Damia lagi.
"Betul ke apa yang awak cakap ni?", Asya agak ragu dengan cerita Damia.
"Betul, Asya. Buat apa i nak tipu you. I ni kan cousin Airil. I tahulah perangai Airil tu macam mana. Hmm.. Bukan apa, i cuma tak nak you menyesal nanti. Hati-hati lah ye", jawab Damia.
Asya hanya diam memandang Damia di sebelahnya.
"Okay lah, Asya. I pergi dulu. Bye. Ingat kata-kata i tadi. Be careful", Damia melangkah menuju ke cashier sambil membawa dua helai baju dress.
Airil tersedar dari lenanya. Dia melihat sekeliling biliknya. Hairan kerana Asya tiada. Dia melangkah ke bilik mandi dan mengetuk pintu namun tiada suara yang menyahut. Lalu dia melangkah ke bilik persalinan tetapi Asya tiada di situ.
'Aikk? Mana Asya ni? Kat bawah ke?', Airil menggaru kepalanya.
Dia melangkah ke meja belajarnya lalu mengambil handphonenya.
'Dah pukul 6.30 rupanya. Ishh, lamanya aku tidur. Ehh?', Airil terkejut terlihat mesej Wechat daripada Asya.
'Asya pergi Mid? Ada hal? Hal apa? Dengan siapa?', bertubi-tubi soalan yang keluar dari fikiran Airil.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ya, Aku Isteri Dia
Romance"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...